Search This Blog

Tuesday, December 15, 2009

kecik kecik cili padi

kecik kecik cili padi...padi di tanam di dalam sawah...
badan kecik tak cukup gigi...tapi perangai memang macam nak kene belasah

haha pantun plak aku..

semalam aku gi beli burger...dah kol 7lebih mase tuh..(buruk perangai dah megrib baru nak gi beli). masa dok tunggu brader berger tu memasak dengan penuh rintangan(gas abes,anak yang banyak soal dan bertanya..nape ayah jual berger???)...sesuatu yang maha dahsyat berlaku depan aku.jeng jejengggg..

tgh dok bosan tunggu..datang dua beradik...si adik lelaki lingkungan umur 3@4 tahun,dan si kakak 5@6 tahun..kedua duanya mempunyai raut wajah yang amat comel dan muka yang ceria...dan begitu mesra bergurau senda...

sehinggalah gurauan mereka berubah menjadi malapetaka yang sangat menakutkan...

tgh si adik tggu berger yang diorder...kelihatan mereka berdua tergelak gelak...amat mencuit hati...hingga aku terdengar dialog ini dari si kakak..
"aku tarik k**e(zakar lelaki) kau"..

pergh aku terkejut gile gaban ah...and aku pandang diorang..mcm takde ape berlaku...
hmm maybe tersalah dengar...

kemudian gelak tawa merea bersambung lagi..hingga terdengar pulak sesuatu yang lebih dahsyat dari si adik...ni kata dia..

"aku cucuk p*p*k(faraj wanita) ko"

aku mase tu menahan diri dari memijak mijak due orang budak tersebut..dan kali ini aku pasti tidak salah kerana mamat disebelah aku tros usha diorang ngan muke tak puas hati and sound ape bende tah kat bebudak tuh...

dan rupanya baru aku perasan..apa yang membuat mereka tergelak gelak tadi adalah kerana permainan si adik menarik seluar si kakak dan si kakak menarik seluar si adik...

nauzubillah..ya allah kau peliharalah zuriat aku dari melakukan perkara seperti ini...

di mane salahnya hingga ia berlaku...fikir fikir kan sendiri...

cuma yang membuat aku terfikir selepas itu....
jika di hadapan orang lain gurauan mereka adalah sebegitu rupa..bagaimana agaknya ketika mereka berada berdua saja di rumah...

semoga allah mengembalikan fahaman islam kepada mereka yang mengaku diri mereka muslim...ameen

Sunday, December 13, 2009

Allah maha pengampun....

assalamualaikum...
segala puji bagi allah..tuhan yang satu yang telah mencipta sekalian alam...
mengatur perjalanan alam dengan cukup sempurna...
selawat dan salam ke atas junjungan mulia muhammad s.a.w..

alhamdulilah berjaya merajinkan diri mengupdate...
agak busy selepas berenti kerja..
busy dengan bende yang ntah ape ape je...

kembali pada tajuk...

"ALLAH TU KAN MAHA PENGAMPUN DAN SEDANGKAN NABI PON MEMAAFKAN UMAT"

kat mane biasa kita dengar bende nih and bila masa biasa kita lihat orang cakap macam nih..

1>dalam kuliah agama oleh penceramah penceramah samaada bertauliah ataupon tidak,wahabi mahupon sufi,graduan azhari dan juga dari UPSI...haha

itu keadaan yang aku anggap biasa...

ha tapi yang kedua ni keadaan luar biasa bagi pendapat aku...
kata kata tadi juga diungkapkan ketika mana

2>due pasangan yang belum berkahwin ditangkap berkhalwat ataupon berzina..atau ringan ringan atau segala apa yang setaraf atau lebih teruk darinya...

inilah satu fenomena baru yang sering aku perasan..
berlaku di depan mata aku(berdasarkan pengalaman aku bersama golongan ini)..
dan juga berdasarkan cerita orang lain kepada aku atau berdasarkan ape ape jelah..

seakan ianya satu alasan yang kukuh untuk mengelakkan para pencegah maksiat bertindak menasihati,menangkap dan mencegah kemaksiatan yang berlaku..

bayangkan bila mana sepasang anak muda lelaki dan perempuan ditangkap khalwat...dan sebagai saudara seagama dan juga rakan..kita menasihati die..dan mengikatkan die dengan balasan di dunia dan akhirat yang allah janjikan...
balasan jika tidak bertaubat dan sebagainya...

kemudian ini jawapannya

"allah maha pengampun,nabi pon maafkan umat..kenape nak marah marah aku?"

"ngko tak tau ape perasaan aku,camne hati sanubari aku,dan pengaruh sekeliling aku camne..ape hak ngko nak salahkan aku"

"tak adil kalau ngko meletakkan beban salah ni atas aku sorang je...aku taknak pon bende ni berlaku"

"senang untuk kau cakap..tak berlaku pada kau..kau hanya tau nak menyalahkan aku atas ape yang berlaku"

macam macam lagi contoh ayat sebenarnya...

pernah sekali aku berkata pada golongan ini...

"mmg btol allah maha pengampun dan nabi pon maafkan umat...
tapi masa bila yang ko sedar yang allah maha pengampun dan nabi maafkan umat"

dan ini jawapan paling bangsat aku terima..

"tiap kali aku buat bende tu aku sedar dan menyesal...."

ape rase bile korang terima jawapan gitu..nak pelempang..ye mmg rase nak lempang...
tapi org kate berdakwah biar berhemah...
so aku pon tak lempang sebab die jauh dan berlainan jantina ngan aku..haha

ape die ingat allah ni mcm top up celcom???
bile syok ko enjoy gile gaban punye terbabas..
bile abes kredit baru ko menggagau nak gi carik 7 eleven beli kad top up baru...

bile nak berzina..macam macam style ko buat..
bile dah kantoi kene tangkap...baru kata saya memang dah insaf dan bertaubat...

hai la manusia...senang btol main main ngan hukum agama...
semoga allah memberi hidayah kepada kita semua insyaallah...

sebagai tugasan kepada sesiapa yang membaca...

fikirkan jawapan kepada kata kata ini

"apa hak ngko nak ingatkan aku pasal hukum hakam ni..and apsal ko nak kecoh kecoh cakap pasal balasan syurga neraka ni...allah kan maha pengampun dan nabi pon ampunkan umat"

fikir fikir kan...

salam alaykum w.b.t


Wednesday, December 2, 2009

publisiti murahan

assalamualaikum..

berikut disenaraikan teknik teknik mencari publisiti murahan yang berkesan...eh berkesan ke??

1. laksanakan pengajaran dan pembelajaran math dan sains dalam bahasa inggeris...
kemudian tukar semula kepada bahasa melayu dengan alasan "selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

2. keluarkan undang-undang kenderaan tua@lama@reput@old skool@tidak bergetah diwjibkan menjalani ujian di puspakol...
kemudian dibatalkan dengan alasan "selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

3. berjanji akan mengkaji semula kandungan kursus BTN selepas berapa punya lama doktrin rakyat dengan alasan
"selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

ini hanyalah teknik teknik terkini yang telah dipraktikan dan insyaallah teknik teknik lain akan menyusul lagi di masa masa mendatang...

selamat mencuba!!!!satuuuuu malaysia.............


Tuesday, December 1, 2009

sekali sekala je....

salam...
sekali sekala...kdg kdg ditulis skali skala...
beza ejaan je..pi lantak lah..

tapi sekali sekala yang macam ni takleh nak pi lantak..

sekali sekala je daing berdue ngan awek
sekali sekala je pegang tangan die
sekali sekala je main cuit cuit
sekali sekala je nyanyi same same dalam karaoke box
sekali sekala je gi tengok wayang bedua
sekali sekala je pi dok kat taman ngan si die
sekali sekala je kuar sampai lewat malam
sekali sekala je dok rapat rapat
sekali sekala je ium pipi die
sekali sekala je ringan ringan
sekali sekala je berzina
sekali sekala je awek aku mengandung
sekali sekala je nak dapat anak luar nikah
sekali sekali je anak aku nnti nak wat ape yang sekali sekala aku wat..

sekali sekala je allah turunkan bala..
tapi sekali turun kaw-kaw punye beb..


apsal la ramai sangat manusia bodoh (dikatakan bodoh sebab aku yakin mereka tahu perbuatan mereka salah) yang sekali sekala berbangga dengan kemaksiatan mereka..

muke hensem..alhamdulillah.
dapat plak awek cun..alhamdulillah.

pastu pi kepit awek..usung ke hulu ke hilir..rapat rapat amek gambar boh dalam internet and wat caption..
"my hero"
"my baby"
"my honey"
"my one and only"

*^$(&$(&$(^%$)&*(*)(%#&$@ la wei!!!!

nak doa kene mintak yang baik baik je..doa kecelekaan bagi mereka adalah bercanggah dengan ajaran islam...(fahaman timbalan perdana menteri)

tapi ni blog aku..

semoga allah memberi mereka ini peluang untuk bertaubat dan memalinkan hati mereka dari kemaksiatan...
dan semoga allah memberi mereka balasan jika masih lagi degil
(ada mana mana puak umno nak kate aku sesat???)..
muwahahahaha

Friday, November 20, 2009

strategi itu penting

entry kedua malam ni..
mata takleh nak lelap la plak..adeh..

malas nak intro...
korang tau ape itu strategi?
carik sendiri maksud die..
tau ape itu perancangan??
cari sendiri jugak kalau tak tau..

cume terdetik di hati nak berbicara strategi nabi s.a.w dalam menyebarkan islam..
aku tak cite sume..setakat yang aku tau je..

ingat mase nabi nak berhijrah ke madinah?orang mekah sok sebok nak bunuh baginda mase tu kan...
so baginda keluar rumah bersama abu bakar r.a ketika hari siang panas terik..
mase aku belajar, pensyarah aku tanya..nape agaknya nabi kuar time hari panas gitu..?

bila aku dok kat mekah tros aku dapat jawapan die..
waktu tghhari panas gitu..orang orang arab ni ramainye suke berehat dan tidor..dan mereka tidak keluar rumah kerana ia teramat panas...
malah sehingga kini..ada je aku rasa kedai or pejabat arab ni yang bukak kol 10 pagi..pastu lepas zohor dalam kol 12 die tutup sampai lepas asar..ajaibnye bisnes die tetap maju haha..

seterusnya..
nape nabi tanak bunuh je ketua munafiq walaupon dah dikenal pasti orangnya..
sebabnya ialah..
kalau nabi terus bunuh die..bayangkan ape orang kafir dan orang yang baru menganut islam mase tu akan fikir.
mereka mungkin akan kata..muhammad dan sahabatnya membunuh sesama islam..betulkah agama islam ni??

maka tindakan nabi itu telah menyelamatkan usaha dakwahnya dari terbantut..

seterusnya lagi..

seperti yang semua sedia maklum,penduduk mekkah sebelum fathu makkah telah mendirikan semula kaabah..namun disebabkan kekurangan wang yang tidak terlibat dengan penipuan, size kaabah yang baru telah menjadi lebih kecil berbanding size yang dibina oleh nabi allah ibrahim a.s.

jadik kenapa masa umat islam memasuki kota makkah semula..nabi tidak mengarahkan agar kaabah direnovate menjadi seperti binaan asalnya???

sebabnya..
baginda ingan mengelakkan pandangan negatif orang kafir dan penganut islam yang baru terhadap islam..
jika kaabah diruntuhkan dan diubah..mereka mungkin akan kata..
muhammad dan sahabatnya merosakkan kaabah..

maka dengan tidak berbuat demikian rupa..selamatlah usaha dakwah baginda dari terhenti takat tu je..
islam pon tros berkembang dan berkembang..

dekat sini dapat dilihat kenapa perlunya ada perancangan dan strategi dalam dakwah..

teringat soalan pakcik pakcik jemaah surau berdekatan rumah ni pada seorang sahabat yang sedang kompius nak peluk islam atau tidak..
camni soklan die..

"eh..are you ready to cut off that thing down there(sunat)??"..
ketika itu aku terasa nak aje hayunkan senduk bubur lambuk yang sedang aku cedok kat medula oblongata pakcik tersebut..hahaha

udah le kawan tu baru nak try try kenal islam gi join program kat surau semua..die dah sebok takutkan kawan tu..plak tu pegi gune prkataan "cut off that thing"..
ape ingat sunat ni potong abes sume sekali ke..haha..gile la itu macam machaa..

jadi kepada sape sape yg bace..(kalau ade la)..
jom merancang strategi dalam berdakwah..

salamzzz
islam yang telah berkembang..
laksana bunga yang indah..hehe


aku pon merasa

assalamualaikum..

wohh sungguh lame tak update..

teruskan pada ceritanya...last week..or maybe last 2 weeks..
seorang student di adni pass kat aku blog twin die..
aku pon bace nye bace dan bace...sekali sume entry aku bace daa..
boleh dilihat di sini

ape yg aku sangat suke nak bace..adalah berkenaan aktiviti mereka...
terutamanya bila ia berunsur kebajikan..membersihkan mesjid,kubur,malah mereka juga menziarahi rumah warga emas dan bermesra dengan mereka...

jauh di sudut hati ini aku seriously merasa sangat jeles...kenape time aku sekolah takde program mcm ni?..kenapa time aku kolej dulu due kali je prog ngan anak yatim?..kenape time universiti aku kat mesir persatuan asyik wat program baca buku je manjang dan melancong??

usah dikenang perkara yang lalu..haha

namun minggu lepas..sesuatu telah berlaku...
aku merasa sangat gembira kerna berjaya melibatkan diri dalam tragedi yang berlaku di depan mata...aku yakin allah itu adil..jika hafsah bersama kembarnya aisyah dan rakan mereka yang lain berpeluang membuat kebajikan..aku juga sama...

ketika pulang dari KLIA dan LCCT menghantar 3 orang muallaf pulang ke sabah dan sarawak..sesuatu telah berlaku di depan mata aku di exit bangi dari arah seremban..

di kala hujan lebat telah mula reda..sebuah peugeut(btol ke ejaan die) telah terbabas dan berpusing dan melanggar pembahagi jalan di depan aku..abes bersepah sepah organ dalam enjin kete tu kat tengah jalan...

maka aku yang hanya due kereta di belakang beliau tros berhenti dan keluar membantu..hehe
alhamdulillah si pemandu selamat..cume keretanya..adoyai..mmg kasim selamat cucuk mata pakai cangkul kalao tgok kete jadi gitu haha...

maka di kesempatan yang ada..aku dan beberapa pemandu lain berpeluang membuat beberapa kebajikan pada pagi itu..
kami telah memberi kata kata semangat kepada driver tersebut dan kami membersihkan jalan raya dari serpihan kaca dan parts kereta yang berterabur..sambil kami juga lari bertempiaran bile kereta lain yg drebarnya sengal dah nampak eksiden pon nak bawak laju laju lagi...

ahaks bestnya bila dapat membantu orang di dalam kesusahan...

peristiwa tersebut membuat aku berfikir betapa allah maha adil...setiap hamba pasti diberikan peluang untuk membuat amal kebajikan tidak kira di mana saja mereka berada..hanya si hamba saja perlu pandai mencari ruang untuk melakukannya..

fikiran kembali melayang ke zaman sekolah dan kolej...ada je sebenarnya program kebajikan sebegini rupa dijalankan..mungkin aku yang sebenarnya tidak mahu melibatkan diri dan tidak mencari peluang yang allah taala berikan...

sekian..bersama memperjuangkan negara berkebajikan..

Thursday, November 12, 2009

sehari ber MC

bismillah...
assalamualaikum w.b.t

hari ni aku telah dikurniakan MC oleh seorang doktor yang baik hati..

sedanng nyenyak tidur...
krukkk krukkk(bayangkan sendiri mcam mane bunyiknye)..
perut aku berbunyi dan memulas dengan amat hebat..

dan aku terus mendapatkan segala keperluan dan ke bilik air..
perkara yang sama berulang 4,5 kali dan aku mengambil keputusan ke klinik sewal jam 7.30 pagi..
dan natijahnya..

"Dr. bagi awak rehat ye..Kang terlepas kat opis kang salahkan Dr. plak tak bagi MC"..

terima kasih dan aku tersenyum padanya...

namun aku masih akan ke opis kejap lagi..sebab aku telah menempah makanan nak belanja opismate makan tghhari..hehe...

namun ceritanya masa di klinik tadi...memandangkan ia adalah klinik swasta ini suasananya :-
>>>layanan dari doktor dan nurse yang sentiasa tersenyum dan mesra+++cun plak tuh..hahaha
>>>tempat menunggu yang selesa.
>>>tidak ramai orang.
>>>ada tv besar giler dan mampu dilihat oleh seisi klinik tersebut.
>>>terdapat lebih dari seorang doktor.

berbanding satu ketika dahulu pengalaman membawa kawan ke sebuah hospital kerajaan.
>>>ramai gile orang menunggu.
>>>bising dengan jeritan dan tangisan pesakit(bermula dari raungan kerna eksiden hingga ke bisul pecah di punggung.
>>>tempoh menunggu yang agak lama.(kami sampai jam 9.45 malam..dan bertemu doktor jap 3 pagi)
>>>ada tv yg kecik dan suara tidak dapat didengar+++kebisingan pesakit yang menunggu.
>>>penghawa dingin yang tidak berapa sejuk..mungkin kerana terlalu ramai orang.
>>>staff(doktor dan nurse) yang marah-marah,tidak melemparkan senyuman..dan bercakap kasar dengan pesakit yang telah berumur..
>>>terdapat hanya seorang doktor yang kelihatan sangat penat dan seolah olah mengharapkan semua pesakit mati terus supaya dia tak perlu kerja syif malam..

ini lah bezanya sebuah klinik swasta dengan sebuah hospital kerajaan...
ia tidak mewakili semua klinik dan hospital ye..ada saja di sesetengah tempat keadaannya adalah terbalik sama sekali..

di mana asal usul silapnya semua perkara ini.adakah sikap hospital kerajaan yang tidak professional??

aku suke menggunakan perkataan orang politik...
lihat kembali kepada akar umbi institusi kerajaan sendiri...mungkin akan jumpa silapnya di situ...
mungkin jika negara ini bebas dari sebarang jenis korupsi..
kesihatan,pendidikan,malah ntah ntah perkahwinan pon boleh jadi free...hahaha

kagum dan terpesona seketika tatkala melihat rumah rumah besar yang hanya didiami beberapa orang sahaja berbanding hospital atau klinik kerajaan yang kecik dan pesakitnya melimpah ruah..

Thursday, November 5, 2009

usah malu jika benar.

assalamualaikum

sering terdengar ini???
"berkata benarlah walaupon ianya pahit".
(",)
and yg ni mesti jarang dengar kan..
"kenapa muke masam pahit je bile dengar sesuatu yang benar??"
hehe

satu fenomena alam yang senang dilihat berlaku pada manusia yang membuat kesalahan dan dengan megahnya tanpa sebarang rasa salah dan malu..mempromosi kesalahan itu di depan orang lain...
akan tetapi..bila mereka ditegur secara terang-terangan..atau mungkin ada yang berseloroh akan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan...

tiba-tiba mereka merasa malu(di manakah kemaluan mereka selama ini???)...tidak dapat menerima kenyataan...segan...seperti mengharapkan mereka tidak dikenali sesiapa..terasa ingin membenam kepala di dalam tanah seperti burung ostrich...dan bermacam aksi yang membahayakan atau langsung tidak memberi cabaran dilakukan..

teringin rasenye membawa contoh berlandaskan pengalaman..

mulekan dari segi politik..
satu ketika..semasa masih bergelar mahasiswa al-azhar di bumi tanta, mesir...hadir seorang teman..ke lawan ek??due due la..
beliau terus bertanya..."Azrin..sehat ke?ingat abang lagi?(kerana beliau tua setahun dari aku)..
aku melihat mukenye dan kemudian tersenyum..seraya berkata..
"owh..abg (*-*)(name perlu dicensored)..mane leh lupe..abang jadi fasilitator Kelab UMNO Selangor masa kursus Bahasa Arab pelajar baru Selangor kan??"
serentak dengan itu beliau tersentak...muke ala ala blushing kemerahan gitu...dan cube mengelak aku dari meneruskan perbualan...dan dalam masa yang sama ramai sahabat lain yang mula mengalihkan pandangan pada dia dan membuat muke terkejut dan tidak suka...

"baru aku sedar..dia segan dilabelkan sebagai ahli Kelab UMNO Selangor di Mesir"
kenape?mungkin kerana UMNO itu salah...

kisah kedua..

aku terlihat gambar seorang kawan lama..berpegangan tangan dengan seorang wanita...alhamdulillah aku bersyukur.
beliau jauh lebih muda dari aku dan sudah berpeluang mendirikan rumah tangga(betapa aku bersangka baik dengan beliau)
hinggalah satu masa...aktiviti berpegangan tangan mereka berlangsung di depan mata kepala aku sendiri..
dengan spontan dan terenyum aku berkata..
"wahhh tahniah ek..lagi cepat dari abang kawennya..tak jemput pulak tu..senyap senyap je"
si wanita lantas menarik tangan dan berlalu..
aku serba salah..adakah aku mengganggu hubungan intim mereka..
kemudian kawan aku pula berkata..
"abg tak payah la nak perli perli saya depan org ramai..saje nak malukan kitorang"
rupe-rupenye diorang tak kawen pon lagi..
haha..aku hanya tersenyum dan berkata.."pegilah pujuk die..tapi pastikan dengan cara yang dibenarkan leh agama..and aku takkan mintak maaf kat korang berdua atas ape aku cakap tadi"

ape perlunya die merasa malu bila ditegur?
owh mungkin dia baru tahu bahawa bukan mahram tidak boleh berpegang-pegangan

kes seterusnya..

hampir 3 tahun tidak bertemu seorang kawan lama..hai la rindunya...sms dibalas balas..sepakat untuk berjumpa di KLCC..
"jom ikut saya jumpa kawan"..katanya pada aku...dan aku bergurau.."nak perkenalkan makwe kat ke?.."..."takdelah" jawabnya..
maka kami berjalan..hingga bertemu seorang gadis..
cantik mukanya...berseri..terasa ingin melihat berulang kali..tetapi rambut yang menjurai hingga ke bahgian blkang badan menghalang untuk pandangan yang seterusnya.
"u sehat ke?.."mereka saling bertanya khabar selepas mereka bersalaman dan bertemu pipi seperti sepasang suami isteri..
aku terkedu,terkejut,terkesima,ter ter dan ber ter ter lagi..
aku hanya mengalihkan pandangan dari mereka..
dan kemudian..
"meet my very best friend..ini azrin..kawan sekolah dulu"..
si gadis cantik menghulur tangan kat aku...aku hanya mampu tersenyum dan meletakkan tangan di dada tanda hormat padanya...beliau terkejut namun kemudian tersenyum jua.
selesai mereka bertemu dan berbual mesra seketika..kami beredar..dan aku memulakan bicara ketika lunch..
"dah lama and dah biasa ke bersalan and berlaga pipi dengan pompuan?kenapa tak bercium mulut je tadi?alang alang nak wat dosa kan.."
suara aku yang kuat membuatkan pengunjung meja sebelah memandang kami dan terlopong seketika.
dan kawan aku berkata..
"slow la sikit..malu la orang lain dengar"

barangkali dia tak pernah tahu selama ini bahawa perbuatan itu salah..tapi jika tak tahu kenapa perlu malu??

kenapa dikala maksiat kita lakukan..kita megah..kita bersungguh..dan selesai dari itu..kite berbangga dan menceritakan kejahilan kita pada semua..

kenapa ketika maksiat itu berlangsung..tiada langsung rasa malu pada manusia sekeliling..tiada rasa segan pada mata mata yang melihat..

dan amat buruk

tiada rasa bersalah pada pihak yang memberi pinjam kepada kita akal,mata,badan kaki dan tangan..

usah malu jika kita di pihak kebenaran...tetapi jika kesalahan kita diperbetulkan oleh orang lain..terima lah ia..dan merasa malulah untuk melakukannya lagi..

wahai orang-orang yang beriman..masuklah kamu ke dalam kebaikan@keselamatan, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan..sesungguh syaitan itu bagimu adalah musuh yang nyata

Saturday, October 31, 2009

jangan tinggalkan mereka

bismillah..alhamdulillah

wohh sungguh lama tak berupdate..
busy busy busy..

johor dah pegi alhamdulillah..
sabah tak jadi...
mid valley pon same cancel jugak...

itu antara kerja promosi usim yang aku kene wat hehe..

kembali pada tajuk asal....

ketika di johor seminggu yang lalu....
sorang sorang aku jalan kol 11 malam gi carik makanan..
sebabnya aku tunggu kawan yang tak sampai sampai and aku tertido..

maka dikala malam aku berjalan itu..
terlihat di dalam pub di bawah hotel...
anak melayu dan cina berpakaian seksi menjolok mata..
dirangkul pinggang oleh pasangannya..

hehe...ape la diorang nih..nak menggalakkan aku kawen cepat nih haha..

maka teringat aku pada diri sendiri beberapa tahun yang lalu..

dulu aku membenci kawan aku yang merokok...
aku membenci kawan aku yang join skin head@punk@bla bla bla..
aku membenci kawan aku yang berpakaian seksi..
aku membenci kawan aku yang cerita pada aku bahwa die telah berzina...
aku membenci kawan aku yang derhaka pada mak ayah dia...
aku membenci kawan aku yang kuat melawan cikgu...

gile ramai aku benci..sape je yang aku suke kalo camni???
haha
mak papa aku sayang..abang kakak keluarga aku sayang..makwe aku pon aku sayang..hahaha ramai ramai..

hingga la satu masa aku ditegur sendiri oleh sorang kawan aku yang berciri ciri seperti salah satu yang tersenarai di atas..

gini kata kata die..
"aku tau la ko belaja agama..ngaji jejauh naik flight ke hulu ke hilir..tapi kalo ilmu ko tu tak digunekan nak tegor org perangai jahanam cam aku ape pekdahnya...setakat ko nak dok kat mesjid gi ajar org org tue yang tak reti nak buat dosa mcm aku ni ape guneye..diorang sume baik dah...tobat dah..takde nak gi kepit ngan pompuan sume..."

aku tersentak..terdiam..terkejut..terkesima..terkentut tidak sama sekali ye..
pastu ngan selambe aku meneruskan aktiviti makan aku yang terhenti tadi...kawan aku pon wat muke hangin ngan aku...

punce die cakap gitu kat aku sebab die perasan aku cube menjauhkan diri dari bergaul dengan die dan kawan kawan yang lain yang jugak menurut die separa jahanam...

bermula pada detik itu sebenarnya aku merasa aku perlu merubah diri aku..
btol gak kate kawan tuh..
sape lagi nak menegur puak puak separa jahanam ni kalau bukan kengkawan diorang sendiri..

jadi kalau aku menjauhkan diri dari diorang..sampai bile diorang nak sedar akan kesalahan yang dibuat...dieorang maybe tahu itu salah..tetapi terlupa aje rasenye..

jadi aku bertekad untuk terus berkawan dengan kawan kawan aku yang berperangai separa jahanam ini...
pernah sekali kawan aku menghembuskan asap rokok kat muke aku..sebab nak ajak aku try bende tuh...aku jerit TAK NAK!!!!haha x la sampai menjerit...

pernah juga kawan aku berlaga pipi dengan kawan berlainan jantina di depan aku...dan awek cun tersebut mempelawa aku melakukan perkara yang sama...wohoo..alhamdulilah iman kuat...kalau tak sudah tentu aku ada pengalaman baru dan dosa yang baru..haha

dan pernah aku berjumpa ngan kawan yang matanya merah menyala..aku tanya..ko lepas abes shooting cite padiyappa ke??
dan selambe die jawab.."tak ah bro..baru layan ganja and main ngan awek gua..."

perghh gile kentang beb...kawan aku tu haha...

so aku ni ngan mulut yang tidak dicover insurans oleh takaful ikhlas(terima kasih kepada agent yang sentiasa mengambil berat)haha..
aku pon sound le kawan kawan yg wat silap nih...tapi ngan cara yang baik dan die respond baik..

tak la aku kate..wohh berzina..rejam rejam rejammmmmmmmmmm....

kesimpulan yg nak aku katakan...

kepada kengkawan lulusan azhar...kuis@kisdar...kiblah..smapkajang dan sesape je la..
kalo kawan kite berperangai separa or fully jahanam...jgn terus menjauhkan diri dari mereka..
bantu mereka sekadar yang kita mampu...nasihatkan mereka dan ingatkan mereka akan balasan atas kesilapan yang mereka lakukan..

and kalau nak selamat..kat ujung nasihat tu selitkan ayat gini..
"kali ni aku tegur salah silap ngko..tak bermakna aku ni suci bersih macam iklan dobi..jauh lagi nak kata aku maksum...so satu masa kalo ko nampak aku wat silap..ko tegur aku balik..kite manusia beb"...

sekian dari aku...

Tuesday, October 20, 2009

hai la sampah..

assalamualaikum..
lemenye tak update..
jom bicara lagi pasal akhlak..hehe

semalam ptg gi pasar malam..
jalan jalan sambil minum air kelapa dalam cawan plastik dibeli dengan harga singgit..
sedut sedut sedut..eii dah abes plak...

maka mata meliar mencari...
"mane gerangan uncle Ton??...uncle TONG SAMPAH sebenarnya..hehe

sekali tak kelihatan la plak..
so masa beli bawang..saje ah tanye si peniaga Melayu itu..
"dik..kedai ko ade tong sampah tak..nak buang cawan ni bole??..(baikkan aku..minta kebenaran nak bagi sampah kat orang lain)..hahaha

sekali si adek itu menjawab..
"sampah buang bawah je bang.."

wohh aku terkesima..terkejut..teruja ke??terkentut tak lagi ye hehe..

aku tgok die..and tanye lagi..
"buang kat mane??"

"bawah meja"..die kate..

aku lantas menjawab.."takpe saya pegang"..

di dalam hati aku mempersoalkan..camane gerangan latarbelakang pendidikan agama beliau..

sudah amat bagus beliau berkecimpung dalam perniagaan...itu mmg islam galakkan..
tapi bab kebersihan..aku tak sure die ikut ajaran agama mana...

aku tidak mengkafirkan die..jangan salah faham ye...

maka aku berusaha mencari tong sampah..dan terjumpe alhamdulillah..
maka bersemadilah sampah itu di tempat yang wajar baginya.

namun aku masih keliru...
kenapa begitu bengapnya manusia ini yang tidak menjaga kebersihan alam pinjaman tuhan ini..

bayangkan ada org meminjam kereta anda..
dan kereta tersebut dipulangkan dalam keadaan berpasir,berlumpur dan sebagainya..marah kan??
bayangkan orang meminjam baju anda dan dipulangkan dalam keadaan ia basah berpeluh dan waaaaangiiiiiiiiii...marah kan?
bayangkan orang meminjam buku anda dan dipulangkan dalam keadaan berconteng monteng..marah kan??
dan bayangkan orang meminjam anak gadis anda dan dipulangkan dalam keadaan tidak suci..laaagi anda marah kan????

maka bayangkanlah..anda meminjam alam ciptaan tuhan dan tidak dipulangkan padanya dalam keadaan yang sepatutnya...anda ingat die tak marah kat anda???

haha..

bersama menjaga kebersihan..
aku mintak maap kat sorang pakcik yang mana anak die kene jerit ngan aku sebab buang sampah dari tingkap kereta depan mata aku...nasib pakcik la aku bukak tingkap mase tu and anak pakcik kene maki ngan aku..haha..aku suke toyota rush yg pakcik bawak..tapi aku kasihan kat kereta tu sebab dapat tuan yang tak reti nak menghargai pinjaman tuhan..

and kepada peniaga pasar malam..
bersama kita menjaga kebersihan..yehaaaa...!!!

Sunday, October 11, 2009

masuklah UMNO

salamz...

kali ini entry politik lagi..
kalau tak suke dan nak kate aku fanatik..
boleh pegi baca blog lain yang korang rasa tak fanatik..
kalau rase entry aku kali ni bersifat berat sebelah dan hanya menilai sebuah parti sahaja..
ye memang benar..sebab ade satu lagi parti dah kompem tak berguna..hahaha

ini blog aku..harap maklum..

Ingin menyertai UMNO dan sekutunya @ BN..
sile lengkapkan borang jika anda memiliki krateria berikut..

Berkemahiran dalam memberi dan menerima rasuah..

Mempunyai kepakaran memutar belit..

Kreatif mengampu dan mengipas pimpinan parti..

Mempunyai leher yang longgar untuk mengangguk tanda setuju dengan segala keputusan parti..

Berkeupayaan memarang kepala para petugas parti lain..

Tidak berprinsip dan mampu menjadi fleksible dengan slogan perdana menteri yang berubah-ubah

Merasa sakit bilamana anda ditepuk..dan menunjukkan kesan lebam di tengkuk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar..

dalam kata lain..jika anda seorang yang BAIK HATI, AMANAH, BERPRINSIP, JUJUR, IKHLAS dan segala sifat mahmudah yang seangkatan dengannya...maka permohonan keahlian anda tidak akan diluluskan..

hehe..blog aku...aku punye suke la..

tahniah kepada ISA SAMAD...atas kemenangan bermajoriti 5000...
teruskan perjuangan kepada pakatan rakyat...lawan tetap lawan..
dan tahniah juga kepada umno dan pengundinya..kerana berjaya istiqomah mencalon dan memilih pemimpin yang kaki rasuah..haha

Thursday, October 8, 2009

jangan salahkan mereka...mereka hanyalah....

bismillah...
sunyi blog nih..lame tak update..
banyak isu nak cerita tapi lagi tebal rasa malas nak memulakan bicara..haha

kali ini aku nak bicara hal politik...eh mungkin keselamatan negara...hmm atau cerita pihak berkuasa???..maybe berkait semuanya..

saban hari bermacam cacian dan makian dan kejian danpenghinaan juga cemuhan..hamburan..tuduhan dan ber an an an an lagi dilemparkan kepada pihak berkuasa negara...iaitu polis..jarang sekali kepada golongan tentera...

pernah sekali aku menyertai tunjuk perasaan...jeritan begini pernah aku dengari..

"jage jage..ada anjing(polis) mai tu.."

pernah juga berbunyi gitu..

"polis anjing umno..."

namun tidak semua polis begitu..

pernah aje aku senyum pada sorang polis dan kata padanya..

"tadah la tangan doa sekali ngan kitorang sume..."..muke die still macam nak mintak diterajang..tapi die tadah jugak tangan..sekali aku tengok tag nama die...loh...polis hindu rupenye..ahaks aku malu sendiri...

kenape ye...

bile pimpinan pembangkang dikasari....kite memarahi polis dan mengatakan mereka tiada etika..

bila pemimpin kerajaan di kawal sepanjang hari...kita kata polis adalah balaci..

bila polis suruh bersurai...abes depa sume kene maki...

bila polis kejar..sume penunjuk perasaan berterabur lari...sambil memaki maki...

bila beng hock "terjun" bangunan...org kata polis berdiam diri...

bila exco umno kata "ditumbuk"...sume polis bekerja mencari bukti

bila pemuda pas kene taji..panggg parang hinggap di dahi...polis kate masih belum tahu siapa yang nak disyaki..

macam macam kita dengar hal pak polisi kat malaysia nih...
ada yang busuk hati...ada juga yang baik hati...
ada yang berhaluan kanan..ada juga yang berhaluan kiri...
ada yang benar benar ikhlas berbudi..ada yang suke jadi SB..siput babi ke?

macam macam lah kesahnya kan...
dan dari hari ke hari kekurangan polis ini semakin dikenal pasti..
bukan oleh mereka sendiri tapi oleh org yang dizalimi..

dan dengan itu juga smakain bertambah pandangan negatif dan caci maki pada pak polisi(nape aku menyokong bahasa indonesia nih???)

jangan salahkan mereka...mereka hanyalah manusia yang bisu,buta dan tuli...kire ok lah aku kata mereka masih lagi manusia..

hahaha..polis polis..patutla dari kecik aku tak penah teringin nak jadi polis...

Wednesday, September 16, 2009

alah..masing masing lah

bismillah..
salamalaykum

ape kabar semua?semoga sehat insyaallah..
aku sehat je..masih berdebar menunggu tawaran sambung wat master..bile la nak dapat surat jawapan nih..

ok..lupekan dulu hal master..

entry sebelum ni kite dah borakkan pasal rapat tak rapat sof di dalam solat..
jadi di dalam entry kali ini..ingin aku bawakan satu lagi fenomena umat islam yang seringkali berlaku di depan mata kita...
tapi kita diamkan kerana sering beranggapan..
"alah biasa lah tu"..

seminggu yang lalu...
kebetulan aku ke sebuah surau untuk bersolat zohor...
alhamdulilah tetibe surau itu ramai pengunjungnya..
mungkin disebabkan ramadhan..
takpe alhamdulillah..
(sekadar gambar hiasan)
so nak dijadikan cerita..selesai berwuduk aku masuk ke surau..
dan kelihatan 5,6 org pengunjung surau mengambil sorang satu sejadah..
dan dibentangkan berjauhan antara satu sama lain..

"eh apehal lak nih.."kata hatiku hehe..
maka dengan spontan aku berkata pada semua..

"eh solat jemaah ah ramai ramai.."

dan ini jawapan sorang dari mereka..

"alah..masing-masing lah solat..."

aku terkedu..terkejut..terkesima...dan alhamdulillah tidak terkentut..haha sib baik tak batal wuduk...

dan pengunjung yang lain juga bersetuju dengan si mamat tadi...

dan seperti biasa..mulut laser aku memainkan peranannya..
"eh korang ni tak tau ke solat jemaah tu dapat ganjaran lebih..semayang zohor je pon..bukan kene bace kuat-kuat..dah dah..meh sini aku jadi imam..."

maka kami pon bersolat berjemaah alhamdulillah...

dan semalam..sekali lagi perkara ini terjadi...
ketika berwuduk ada 4 org pengunjung lain bersama aku...dan mereka selesai berwuduk dulu..
aku terasa gembira..yey dapat jemaah lagi...
sekali aku masuk surau...

huk aloh..semua dah semayang sendiri sendiri...
ape perangai la puak puak nih...

ada org yang akan berkata..

"biasa ah tu..dah jadi adat org mesia"

aku tak setuju...
benda benda yg menampakkan kebodohan umat islam kenapa kita nak anggap sebagai biasa..
org yang beranggapan begini maknenye beranggapan juga bahawa umat islam menjadi bodoh adalah perkara yang biasa...

dan aku terpikir plak..
kepada golongan yang suka menuduh mereka yang berzikir sendirian selepas solat sebagai WAHHABI....apa pula gelaran yang nak korang berikan pada mereka yang datang ke surau dan masjid dan kemudian bersolat secara bersendirian....
adakah ini juga kategori WAHHABI????

hanya orang bodoh akan jawab YA!!!

hahaha...
kasar ke bahasa aku..ahaks sori...ni kan blog aku..jangan lupe ye hehe

Friday, September 11, 2009

istauf..istaqim..wa'tadiluuu

seringkali kite tersengar muazzin akan berkata..
"safffff"
sebelum beliau melaungkan iqamah..

teringat ketika belajar dulu...
Dr aku kata..muazzin skrang suke amek aleh tugas imam..

tugas muazzin adalah melaungkan azan dan iqamah...
dan tugas menyebut "saff" atau yang seerti denganya dan memastikan saf makmum dalam keadaan baik adalah tugas si imam..

namun pensyarah aku juga kata..
jangan sebok pertikai muazzin kalau beliau gila kuasa nak buat jugak perkara ini..
tetapi berseboklah kita menegur si imam jika dia tidak melaksanakan tugas dia..

namun minggu lepas aku berpeluang solat terawih di kg halaman..
lame rasenye tak balik ke sana..
alhamdulillah si imam tak lupa tugasnya dan si muazzin juga turut membantu melaksanakan tugas si imam...

namun masih terdapat kekecewaan..

jemaah hanya mendengar arahan imam meluruskan sof...
tetapi mungkin mereka tak perasan imam itu juga menyebut..
"rapatkan sof anda"

aku usaha dua tiga kali meminta jemaah di sebelah kiri aku merapatkan sof dengan aku..
tapi gagal..
malah aku dijeling oleh beliau..
dan aku juga dijeling atas ke bawah oleh jemaah di kanan aku..
hanya kerana aku merapatkan kaki aku dengan kaki dia..

adakah beliau beranggapan aku gay untuk menyentuhnya????
hahaha
aku masih normal...haha

sehingga rakaat ke lapan..aku masih gagal dalam usaha merapatkan sof itu...
maka beredarlah aku balik ke rumah mkcik kerana mengantuk bermusafir di siang hari...

sampai bila agaknya perkara ini akan berlarutan...
pernah sekali aku menjadi imam..
aku menunggu jemaah di sof kedua memenuhkan sof pertama..
namun jemaah tersebut ingkar dengan arahan aku haha..
dan jemaah di sof pertama kata kat aku..
"alah semayang je"..

haha..sib baik aku tak gelak dalam solat aku sebab teringat bende tuh..

so..kepada sesapa yang menjadi imam...
pastikan jemaah anda berada dalam sof yang sebaiknya..
dan kepada makmum....dengarlah cakap imam anda...

sekian

Monday, September 7, 2009

good luck guys

salam..

good luck to primary 6 students sekolah islam adni
UPSR is easy..dont worry just be happy and make sure u dont get E..
hehe

semoga allah memudahkan urusan anak anak murid aku jawab exam UPSR diorang insyaallah
6 ghifari rulezzz...haha

E,E,E a never ending E

just came back from a meeting..
huhu 3 hours meeting..demn it

anyway..everybody were laughing in the meeting..
dunno why..
sometime the things are not funny..
they lough still..
maybe becoz of the fasting..hehe

then sumbody mention about e-student..
maka otak aku bergerak..

e-student
e-mail
e-banking
e-service
e! online

eeeeee meluat aku kalo dah banyak sangat huruf E...

haha..

Monday, August 31, 2009

kasihan si babi

assalamualaikum
selamat berposa kepada mereka yang berposa..
kepada yang tidak berposa..jangan lupa ganti..agak agak tanak ganti...siapkan diri nak kene bakar ngan api neraka haha..

entry aku kali ni berbunyi seolah olah aku berperikemanusiaan kepada sejenis haiwan yang menjadi punca penyakit dahsyat dan haram dimakan oleh seantero umat islam.
so..apsal lak aku nk kesian kat die??

aku menjadi kesian kepada spesis babi ini kerana mereka telah menjadi satu ikon bagi manusia pelik yang ingin menyamakan taraf mereka dengan spesis babi..

jika sebelum ini..mungkin kita biasa mendengar percakapan seperti nih..
"gile babi cun minah tu"..
"mamat tu kaye gile babi siot.."
"pandai gile babi ah student tuh.."
atau..
"anda ni mempunyai simptom dijangkiti selesema babi ni.."..kata si doktor.. haha..

tapi populariti babi semakin meningkat dari hari ke hari..
baru je tadi aku melayari satu blog yang agak bersahaja penulisannya..aku suka..
dan di dalam tu lebih banyak menceritakan perihal kehidupan harian si empunya blog..

bace punye bace..sambil menghayati gambar gambar beliau dan kawan-kawannya...
aku terperasan satu benda...
minah ini amat menggemari perkataan babi..

aku tak tau kenape babi begitu mendapat tempat di hatinya..
ini antara anasir babi yang terdapat di dalam blognya..
beliau menyatakan rumah kawan beliau besar gile babi...ada kawan yang berperangai macam babi...gambar kawannya dilabelkan sebagai babi...dan sekolah yang bosan gile babi..

babi babi begitu banyak bertebaran di dalam blog beliau sehingga aku sampai kepada satu gambar dan penulisan yang membuatkan aku terus tutup blog beliau dan tak hingin lagi membaca keselamberan penulisan beliau...

di bawah gambar beliau yang comel,cute,cun dan sudah tentu menjadi buruan pakwe pakwe di zaman ini...beliau meletakkan label ini

"senyum macam babi"..

akhirnya aku sedar...kenape begitu banyak istilah babi di dalam hidup beliau...
kerana beliau sendiri menyatakan yang senyumannya yang sebenarnya manis itu adalah seperti babi...

jika beliau seburuk babi...semoga suatu masa beliau sedar dan tidak membabikan diri sendiri...
akan tetapi jika babi kelihatan seperti beliau...haha sudah tentu ramai yang menjadikan babi sebagai haiwan peliharaan kesayangan dan disimpan di bilik tidur.

aku taknak nyatakan laman blog beliau di sini...kerana aku tidak suka mempromosi keburukan orang lain...
dan aku tidak mahu babi babi di dunia merasa bangga kerana dikatakan comel seperti awek tadi..
atau
aku juga tidak mahu babi babi di dunia kecik hati dengan beliau kerana menyamakan spesis babi dengan beliau...

bukan niat aku untuk membabikan sesape di sini...semoga semua umat islam di atas muka bumi ini menjaga kehormatan diri dan kemuliaan diri yang allah kurnniakan.

sekian

Wednesday, August 19, 2009

ia akan berubah...

jika pandangan pertama memulakan bibit percintaan...
pandangan itu akan menjadi lemah..rabun dan mungkin buta...

jika sentuhan kulit tangan yang lembut menjadi puncanya...
ia akan berkedut dan kasar bila tiba masanya...

jika harta yang banyak menjadi idaman...
satu ketika kan pasti berkurang jua...

muka yang ayu,licin dan manja...
kan pasti dijamah usia...

tulang yang kuat gagah perkasa...
reput seiring peningkatan usia...

senyuman manis penawar duka...
kerutan dan kedutan juga hujungnya...

lenggokan dan bentuk badan yang mempesona...
hanya di tanah tempat terbaring akhirnya...

bercintalah kerananya yang maha esa...
semoga ia akan kekal dn diberkati sentiasa...

teringat dahulu ada seorang kawan...clash dengan makwe die..
kerana gara-gara si kawan aku nih...
mahukan makwenye kekal slim selepas mereka berkahwin...
dan dalam masa yang sama...
si kawan aku nih mahukan anak yang banyak...
jika isterinya menjadi gemuk dan tidak slim..dia tidak ragu ragu untuk menceraikannya...
itu kata dia...

hai la nasib die...cintanya kerana cutting badan makwenye yang power..mantap gitu...
maka kesannya....si makwe meninggalkan die kerana yakin setelah die beranak banyak nanti..amat susah untuk menyelimkan badannya....dan jika tidak slim..mungkin diceraikan oleh suaminya...

nasihat aku kepada diri sendiri dan orang yang membaca...

terima lah pasangan anda seadanya...
hehe
jiwang pulak malam nih haha

Sunday, August 16, 2009

terengganu darul iman

last week...
jam 11.30 malam..ari kames malam jumaat..
pemanduan dimulakan..
destinasi dituju>>>>marang terengganu..

setengah jam perjalanan...
krohh krohhh...pemanduan aku terganggu..
"bunyi kereta rosak ke nih"..
owh bukan...bunyik abang aku berdengkur kat seat belakang rupenye..
mmg cam kerbau bunyik die..haha

semangat dikekalkan dalam keadaan membara...
pemikiran pada awalnya menyatakan...
"asalkan selamat tak kesah la kalau lambat.."
tapi di dalam perjalanan yang diselimuti kegelapan malam..
pendirian tadi bertukar..
"lagi cepat sampai lagi bagus...masa pon jimat.."

zass kelajuan vios abang aku mencecah 160 km/j...adakalanya ia menjadi 180...
5 jam kemudian...aku di marang sudah haha..

pagi jumaat di marang...
wohoo pertama kali aku diajak tengok upacara sembelihan kerbau..
ni untuk qekah anak abg aku...
aku pon bergegas nengok kerbau ditumbangkan..
org kampung ni ikat kerbau tu sampai die takda can langsung nak bergerak..
apatah lagi kalau die nak berjoget haha..

kelebihan org kampung ni juga terserlah..
setelah setiap inci isi isi kerbau tersebut dimanfaatkan..
tapi najis dalam usus tu die buang ah haha..

and hari tu juga aku makan gulai kerbau...
gulainye sedap..tapi dagingnya agak liat dan berbau siket...

and adat org situ yang baru aku tau..
setiap kali ada majlis kenduri dan sebagainya..
para tetamu akan datang membawa gula dan dihadiahkan pada tuan rumah..
kenapa???aku tak tau..
sebab bile ku tanya..
diorang pon kata...
"ntah le..dari dulu dah jadi camtu"..
so aku layan aje haha...

and perjalanan balik bermula seawal pagi sabtu..
aku menjadi pemandu berhemah dan berjaya mengelak dari disaman..
haha tahniah

Sunday, August 9, 2009

cameron highland 2..

salamalaykum
seperti yang aku janji..
kali ni aku sambung lagi pasal trip ke cameron highland

and kali ni aku khususkan berkenaan dengan seorang nyonya tua si penjual baju di sana..
malam sebelum balik semula ke KL..
aku kuar ah sorang sorang gi jalan..
hasrat di hati nak carik adiah untuk akak dan ehem ehem(Sape ye?)

jalan dalam sejuk tuh..masih ade minah orang putih dan lelaki lelaki mereka hanya berseluar pendek ala ala seluar dalam berjalan jalan dan mereka hanya bersinglet saja

kulit biawak ke ape puak puak nih..
takpon kulit batang kelapa sawit haha

memula aku stop satu kedai yang mana penjualnya adalah dua orang adik manis melayu..
sumpah mmg cun..
baju ketat gile wa cakap lu beb..
tapi masih bertudung...(bole ke camtu)

die pon pelawa masuk kedai..tgok tgok baju..hmm
sumenye ala ala bohsia je nape nih..
aku pon tanye

"dik..takde ke t-shirt yg labuh labuh sket"
ni jawab die.."takde la bang..tak jual yg tu..abg nak cari untuk sape"
"untuk makwe.."kata aku..
and ini jawapan die...
"kasi la die pakai yg fit fit mcm ni bang..sedap mata mandang.."
"hmm takpe la..saya tanak makwe saya pakai seksi depan orang laki bukan mahram die.."kata aku dan aku berlalu..

aku ke kedai sebelah..
"encik..mali mali sini tengok baju..cantik cantik banyyyak mulah woo.."kata seorang nyonya tua.
aku terus bertanya.."untie..you ada jual ke t-shirt labuh labuh punya"..
jawabnya.."ada maa..ini baju aa..cikgu perempuan banyak suka..tutup aurat woo..saya pon pakai tengok ha..encik mau angkat untuk sapa?..."
"untuk saya punya gulfriend la untie"..kataku

dan kemudian untie tu tanye gini..
"die punye body cutting macam mane?"..
aku blur..ape aku nak jawab???
then aku just bgtau kate tinggi lebeh kurang cam aku tapi sangat kurus berbanding aku hahaha..

nyonya tersebut dengan selamba panggil budak pompuan baju ketat kedai sebelah tadi..
and ni die buat..
"encik..die punya badan baik aa macam ini amoi?..."
aku pon kate..."ye la kot..haha die tak penah pakai mcm ni ma..mana saya tau cutting badan dia.."

dan kemudian bende paling lawak nyonya tu buat and aku kompem budak tu malu gile gaban peringkat alam semesta nye ah..
"dah amoi..lu sana pegi..baju ketat..tak bagus woo..ini encik jaga baik dia punya makwe.."..hahahaha

sempoi nyonya nih...awek tu gelak je and blah..

and sebelum aku blah dari kedai tu..si nyonya sempat bertanya..
"kenapa u tak mau datang berdua saja dengan gulfrn you?..duduk dua hari satu malam saja enjoy sini ok ma..hotel satu bilik dua orang duduk murah ma..."

aku tersenyum dan menerangkan apa yang patut...
and nyonya tu kata..
"waa..manyak bagus maa u punya agama..takpa takpa..nanti you kawen baru u duduk satu bilik maa..sekarang jangan tau..nanti takut dapat anak takda nikah maa..tak elok.."

hehe..semoga satu masa untie ini menerima hidayah dari allah insyaallah...juga awek kedai sebelah tu haha...

jika si makcik tua beragama budha berbangsa cina ini begitu mudah paham dan menerima ape yang aku terangkan dalam masa kurang 2 minit berkenaan sedikit ajaran islam...kenapa yang lahir lahir memang dah sedia islam masih lagi tak reti reti nak paham ape yang agama islam ni ajar...

jom pikir

Saturday, August 8, 2009

sungguh penat

wahh..
penat betul hari nih...
early in the morning,
i went out for breakfast with papa..
mase makan my bro came and joined us..
so..
aku terus gerak gi umah untie..
bawak untie aku gi pasar..then go back to her house..
then out again with her...
we went for early lunch at a minangkabau reataurant in hentian kajang..
sri senggalang ke ape ntah name die..
the mangi juice was so WOWWYY..gile nye sedap wa cakap lu..
then we went to the plaza perabot in reko..

she bought a jacket hanger sumthing like that lah..
and tomorrow i'm going back there to buy her a dining table for 4.
nice place to buy furniture.
i really wanna buy the japanese style almari and the simple single bed kat kedai tu..
wait for the next salary lah haha..

so petang lepas zohor..hantar my aunt balik..
balik umah je tros kuar balik gi umah nenek kat kg.baru..
wahhh...got so ramai sedara kat situ..
even cousin yang ntah bile kawen pon ade..
siap ada anak lagi adek sedara aku tuh..
haha tahniah anyway..

then lepas maghrib..
JAYA JUSCO lets GO...haha..ini yang aku tunggu..
pusing pusing cari baju untuk my big bro..
nak start keje baru next monday...

tgh pusing pusing..
sumbody hit me from behind..
"sorry sir" she said..
"aik..this arab gurl look so familiar to me"..i said
"assalamualaikum ust"..sumbody gave salam but not the girl yang terlanggar tadi..
wah wah my student ASMAA HISHAM. shes an egyptian..
tak sangka jumpe die kat situ..
seriously happy jumpe die walau pon just chat for 2 minutes je kot..
this girl was so cool mase ajar die kat adni dulu..
one of my students yang banyak hafal quran mase kelas hafazan..
GOOD LUCK ASMAA..

then we went to the nasi lemak antarabangsa..
laksa for me..
damn la cili padi bersepah sepah dalam tuh..
and the chef terletak garam berkilo kilo kot..
anyway..kenyang la walau tak enjoy the food..

vroomm my bro's avanza masuk mrr2 nak balik bangi..
sume orang tido except me and my first nephew imran..
tak adill..kenape driver tak leh tido sekali hahahaha..

wah wah wah indahnya dah sampai umah...
inilah satu hari cuti yang memenatkan tetapi menyeronokkan...
haha..
dah takde idea aku nih

Wednesday, August 5, 2009

kan sengal kalo jadi camnih

jom klik sini and bace...
pastu kite sesame berfikir..
and sesame berfikir lagi..
teruskan fikir...
senyum...
bersyukur kite jadi seorang muslim..
teruskan lagi berfikir..
dan beri cadangan yang membina...

cadangan aku...
---jemputlah kenal dan anuti agama islam..insyaallah ini tidak akan berlaku---

hehe..

Wednesday, July 29, 2009

tahan dan kurung die

apesal menggelabah je tajuk entry kali ni kan..
suke aku la..ni blog aku haha..
hari ni aku tak tau ape nak buat kat opis..
keje aku dah siap..
so aku dok saje melangut..
time rehat gi library bace buku..
and kembali buhsan...
maka terbukaklah di monitor laptop aku segala jenis berita..
politik..sukan..hiburan..sume aku bukak..
peluang kerja kosong juga tidak aku abaikan..
aplyyyyyyyyyy haha..

hah jom patah balik kat tajuk entry aku nih...
tahan dan kurung die...sambung lagi..
biarkan dia terseksa..
macam binatang di zoo negara...hmm lebih teruk kot..

tajuk ni aku buat sebabnya 1 ogos ni ada himpunan mansuh ISA..
bagi mereka yang bernama ISA..
jgn risau..bukan anda yang dimaksudkan haha

aku TERbace blog blog para reformis..
terlihat akan satu dua penulisan dari seorang anak tahanan ISA..
dan Isteri seorang tahanan ISA..

sang bapa dan suami ini ditahan tanpa sebarang perbicaraan..

namun apa yang menarik minat aku bukanlah penulisan itu sendiri...
tetapi komen komen yang dilemparkan oleh para pendukung ISA terhadap penulisan sebegini rupa yang inginkan kebebasan dan pengadilan kepada tahanan ISA.

pengomen yang mengguna nama seperti..
'anak melayu'
'pendukung ISA'
dan sebagainya giat memberikan hujah hujah yang berunsur carutan,cacian,makian dan biadab lagi tidak beradab terhadap para pejuang ini..

dan mereka melibatkan pula bangsa lain di negara ini di mana bangsa lain turut dicaci dan dimaki..

dan seperti biasa...
pimpinan UMNO dan BN dipuji akhirnya..

hmm ok la kot..kalo kite marah die maybe die kate..
'aku komen seimbang..ada maki ada puji"

dahulu aku pelik dengan perangai pendukung ISA,UMNO dan BN ini...
tetapi kini aku tak pelik lagi...
sebab rupa rupanya memang perangai die gini..

setiap kali aku membaca komen sebegini rupa..
aku hanya mendoakan dua perkara..
semoga puak puak ini bertaubat..
ataupon semoga mereka masuk ISA dan disebat-sebat..
sekali tetibe mati tak sempat nak taubat..
alamak..tak terkira sakitnya badan bile kene libas ngan malaikat..

ape pon...
aku tetap menyokong gerakan mansuh ISA..
dan semoga himpunan aman sabtu ini membuka sudut pandang orang UMNO dan BN untuk sedar akan kezaliman pemimpin mereka..
aku mencadangkan agar mereka belajar dan mencari maklumat tentang lensa kamera..
supaya mereka boleh menjadikan mata dan minda mereka seperti lensa yang mampu menangkap gambar dalam ruang lingkup yang lebih besar dari kamera biasa..

berfikirlah di luar kotak..(aku menyokong bahasa melayu..so pepandai ah pikir ape bahasa inggeris die haha)

kalo lah ramai yang bace blog aku pasnih..mau ramai yang menyokong UMNO dan BN nak hentam aku kat sini..

tapi ape aku kesah..
ini blog aku yang punya...hahahah
silekan silekan

salamzzz

Monday, July 27, 2009

cameron highland

salamzz..
lame rase tak berupdate blog nih..
agak busy dengan kerja yang tak best di office..
and agak busy juga menyeronokkan hati dengan
PELANCONGAN KE CAMERON HIGHLAND..
hehe

pagi sabtu yang lepas..
pepagi lepas subuh aku drive bersama sama ngan akak and makcik menuju ke cameron highland.
dengan harapan...
aku akan bernapas dan berasap asap mulut siang dan malam..
aku perlu berbaju sejuk pagi ke pagi esoknye...
aku akan merasa seperti kesejukan yang dialami ketika di jordan dan beijing..

tottttt...
tekaan aku salah..
cameron highland waktu tu lebeh kurang je cam bangi..
and waktu sejuk die macam bangi ketika hujan..
apsal ntah...

aku kecewa...

tapi subhanallah..
perjalanan yang memenatkan dan memeningkan(jalan pusing2)
tapi ilang rasa penat bila melihat alam indah ciptaan tuhan..

mengantuk kerana tidur hanya 2 jam pada hari jumaat malam sabtu juga
terus ilang sebaik melihat keindahan cameron highland..

and yang pasti...sesuatu yang aku sangat mahukan..
mencelup kaki walau seketika di sungai yang cantik di tengah tengah
ladang teh 'BOH'..
yeahhhh aku berjaya..
air die betul betul punye sejuk..
kalah peti ais mak aku beb..
maka secara rasminya sudah dua kali aku mencelup kaki di sungai yang sama..(haha gelabah je ni pon nak kecoh)..

tibe tibe terasa mata aku sangat mengantuk...
untuk itu..entry berkenaan dengan cameron highland akan bersambung kemudian..
dan ianya akan lebih berkisar tentang seorang nyonya tua yang sangat best..
yang memberi aku banyak diskaun dan nasihat berguna...
tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuzzzzzzzzzzzzZZZzZz
krohh krohhh...oi!!!!sape berdengkur tu??haha

Thursday, July 23, 2009

itulah lumrah

salam...
ari ni sungguh letih..
hmm minggu ni kot sangat meletihkan..
bulan ni pon gile nye letih..
hmm maybe start 1 JUN dulu aku asyik rase letih dan takde semangat je..

tadi semasa di ofis..
dapat panggilan telefon kawan lama..
ahaks ustaz arif musa..
lame tak jumpe..
and tak sia sia jumpe bile die belanje aku nasi ayam and cendol hehe
sayang arip muwah muwah muwah..

member aku sorang nih baru dapat anak..
tahniah diucapkan dan semoga Aufa menjadi seorang anak yang solehah..

sebut pasal anak...
bermakna bertambahnya jumlah manusia di atas muka bumi ini..
tapi ahad lepas..
sorang sahabat di kuis dan azhar kehilangan ibunya..
takziah buat ustaz mustafa kamal ahmad misra..
semoga allah merahmati ibunya dan sekalian umat islam

inilah lumrah alam..
bila ada yang lahir..
ada saja yang pergi..
kadang kadang tak ada yang lahir..
asyik pergi je mane yang ade...

same je mcm bende lain..
nasik di dalam pinggan..
makin lama makin berkurangan..
kemudian bertambah disebabkan perut yang tak penah kenyang..
dan ia tetap akan kembali berkurangan..
sampai sudahnya abes sume nasi dalam periuk ditelan..
sib baik senduk tu panjang..
kalo tak sure ilang gak haha..

itulah lumrah kehidupan..
mane ade yang kekal abadi melainkan allah yang maha besar..
malah para anbiya pon wafat..
para ulama juga pergi meninggalkan dunia..
para penjenayah pon begitu..
mujahid..munafiq..musyriq..sumenye bakal meninggalkan dunia ini..

amalan je lah yang boleh dibawak bersama

teringat ketika di Adni..
sewaktu mengingatkan anak-anak murid tersayang akan balasan akhirat kelak..

ada yang bertanya..
kekayaan ayah saya tak akan menjamin syurga ke ustaz..?
ayah saya dato'...tak terjamin ke?
tidak tidak dan tidak kata aku..
tapi boleh je kalau kamu nak jadikan perkara perkara tu sebagai punca kamu masuk syurga..

pandai la hangpa pikir sendiri camne..

zaman sekarang ni ramai anak muda yangs emakin bijak..
bila diajak kearah kebaikan..
ini katanya..
"saya muda lagi..ikut adatnya..abg yang mati dulu nanti"..

jangan lupa wahai anak muda..
orang zaman skrang ramai yang suke minum kelapa muda..yang tua megah bergantung lagi kat pokok..haha

pemikiran ala ala anak muda ni lah aku rasa yang membuatkan mereka gemar membazir nyawa di tengah highway...
memang benci melihat mereka merempit tak tentu hala..menyumpah seranah aku di dalam hati..
tetapi kalau tiba di depan sane kepala mereka bersepai di celah tayar treler..
sedih juga rasenye..
kenape mcm tu je ko abeskan nyawe ko..

rugi dik rugi..

so di entry kali ini..
jom bermuhasabah diri..
bersediakan menghadapi hari kemudian yang bakal tiba ntah bila bila..

bersama kita memikirkannya..
bak kata 'pakdie' sahabat lama..orang melayu memang malas berfikir..

semoga bebelan kali ini menjadi peringatan untuk aku dan ngko sume...
cayalah
salamzzz

Saturday, July 18, 2009

pasar malam

kol 6.30 ptg aku kuar...
gi kedai photostat..
then fi pasar malam..
tujuannya hanya ingin..
mencari nasi kerabu untuk akak..
and mak nak yow ca koi(btol ke eja camni??)

maka bermulalah ekspedisi aku menuju ke pasar malam..
dengan harapan menggunung ledang tingginya...
tolonglah tak ramai orang..
aku berdoa doa biar sume orang balik
tengok Man U kalahkan Malaysia..
supaya pasar itu menjadi aku yang punya hua hua hua...

tetapi ternyata harapan dan sangkaan aku sangat bercanggah dengan realiti sebenar pasar malam...

takpelah..dah sampai kan..terus je la..
ape yg aku perasan..pasar malam ni makin lama makin sempit..
peniaga makin suke meletakkan khemah mereka ke depan..
dan mengurangkan keluasan ruang pejalan kaki
untuk pengunjung pasar malam..

keadaan ini menyebabkan...
fenomena ini berlaku..
bahu berlaga bahu..
tangan tersentuh tangan...
kaki tersadung kaki..
sesama jantina dan berlainan jantina..

hmm memang idea gile kalau aku nak cadangkan pasar malam berasingan lelaki dan perempuan..

and di pasar malam ni gak..
bukan saja makanan dan barang jualan nye pelbagai..
malah ragam dan gaya fesyen manusia juga pelbagai ragam..
jika yang bukan islam...aku taknak cite ape ape..

tapi pandangan aku seringkali tertuju pada fesyen umat islam masa kini di pasar malam tadi..
ada yang bertudung labuh..alhamdulillah..
ada pula lelaki yang berseluar cukup sekadar menutup hingga atas lutut..
ada wanita yang bertudung..suaminya berseluar pendek..
ada lelaki yang ke pasar malam dengan memakai baju tiada berlengan...
(berpeluh ketiak tu bang oih)
dan dua wanita ini yang membuatkan aku paling terkejut bile melihat mereka..

yang pertama..beliau berjalan bersama seorang lelaki..sang suami barangkali..
wanita itu berblaus labuh..(bagus nih..tidak menampakkan bentuk pinggang ke bawah..)
beliau juga bertudung...(alhamdulillah..makin berseri wajah)..
tapi bile tengok kat baju...alamak cik kak..
bajunye warna putih..agak ketat..dan kainnya aaaamat jarang..
hingga menampakkan tali dan warna pakaian dalamnya yang kecil itu..
adoyai...

yang kedua pulak...hmm comel adik sorang nih...
mungkin pelajar sekolah menengah agaknye...
ibunya bertudung mcm wanita malaysia yang lainnya..
ayahnya tidak kelihatan...
beliau dan kakak/adiknya yg sorang lagi same aje fesyennya..
fesyen ape kawan-kawan???
G
O
T
H
I
C
wohoo..
tapi yg dahsyatnya...adik sorang nih..
pakai mini skirt wa cakap lu beb...
ada jugak tukang jual yang terlebih bagi baki agaknya haha..
tapi beliau masih ada rasa malu aku rasa..
kerana di sebalik mini skirt beliau..
beliau memakai seluar yang ketat mcm org gi berenang tuh..
tapi masih menampakkan sebahagian pehanya...
ermmm bahaye kan..

bukan aku mencari kesalahan mereka..
bukan juga aku sengaja mencuci mata ye..hehe
cume ia berlaku di depan aku yang masih mampu melihat dunia ini..
so aku terpikir..

ramai lagi rupanya umat islam di negara ini yang islam hanya kerana namanya
muhamad,nurul,ahmad,abu,ryan giggs..eh..haha..sebok lak die..:P

di manakah salahnya?
pandai hangpa la nak pikir..
anyway..
misi aku hampir gagal..
yow cha koi tadak..
nasik kerabu peniaga yg dicarik juga tadak..
agak kecewa..
tapi air asam boi yg dibeli mmg sangat menyegarkan..
time kasih abang penjual kerana merayu rayu suruh aku beli air asam die haha..

tapi jika ditanya kembali pada aku..
apakah aksi terhebat yang dilihat di pasar malam tadi..
aku akan vote untuk sorang uncle nih..
die jual ikan emas
dalam plastik..
die sampai lambat and selambe katak die redah orang ramai ngan motor die..
sambil lalu tu die kate..
"tepi sikit..tepi sikit..tumpang lalu..
ikan nak lalu nih.."
haha uncle memang sempoi..
aku suke..
ahaks..

sekian..

lupe lak..
charade aura yang merupakan makwe aku yang berlainan kategori telah mula menjalani proses tambah menambah..sesapa ada idea leh ah kongsi ngan aku..

Friday, July 17, 2009

oi rindunye la

salam

heh kali ni aku nak cakap pasal rindu..
tapi bukan aku rindu kat anak murid aku,rindu nak main muzik cam dulu,rindu nak jalan jalan..bukan bukan dan buuuuuuuuuukan..

rindu ni kembali berputik dua hari yang lalu.
dikala mentari pagi semakin meninggi...
memanjangkan bayang setiap objek pegun yang gagal ditembusi cahaya sang mentari..
aku di dalam pejabat..
terkurung...
tidak bebas...
menghadap pc..

sekali baru perasan...
alamak..sengal btol..buku dari library blom pulang lagi...
tekan tekan tekan..laptop and pc pon tertutup..

"saya nak gi library jap ek"..pesan aku pada staff staff di opis...
terasa plak kaki ni nak melangkah sahaja...
selama ini walau ke library yang hanya seratus meter jauhnya..
kaki ini hanya menekan padel minyak,brek dan clutch..
kali ini ia melangkah sendiri...

"ok encik azrin...buku dah dipulangkan"..kata si pembantu library..
maka langkah aku pon diteruskan menuju ke ppintu keluar...
kelibat 5 orang pelajar universiti menarik minat anak mata yang agak perang warnanya ini...
macam biase...aku hanya melemparkan senyuman pada mereka...

op op op stop...
aku stop melangkah..stop tersenyum and stop melihat kelibat mereka...
"aha..yang ini lebih menaikkan nafsu.."kataku dalam hati...

'HADITH'

wah wah wah..aku berada betul betul di hadapan ruangan buku untuk bidang hadith...
tet tenet..aku melangkah masuk..
howaaaaa
tuhfatul ashraf...subulus salam dan bla bla bla...

"alamak..dah 10 minit kat sini"..aku pon berlalu pergi menuju kembali ke opis...
sempat lagi sekali tersenyum kepada pelajar-pelajar tadi dan makcik cleaner yang sedang bekerja...

wah rindunya aku ingin kembali bergelumang dengan buku buku...
zaman persekolahan dan kolej dan universiti kembali merewang rewang di dalam kotak mindaku ini...
perjalanan pulang ke opis di bawah terik mentari tidak menghilangkan senyuman ku melambangkan gembiranya rasa hati ini disebabkan 10 minit di library tadi...

"assalamualaikum..."sapaku..
"boss nak mintak sign surat nih"...

hidupku kembali seperti tadi...kebosanan mula mengisi ruangan kosong ini kembali...

hai la rindunyeee...

Thursday, July 16, 2009

be what you really want to be

i was in my office mate room that time..
discussing with her about the problems occurred to the students final mark..
she was talking with her loud voice as usual..
annoying but what can i do...thats her..
while she was bla bla blaing(ade ke perkataan nih??haha)
suddenly i saw i picture of a baby on her wall..
and i am damn sure that its not her baby...
coz the baby is extremely cute to be hers.haha

but actually its not the cute face of that little fella that attracts me..
it was the things written on the picture next to the baby...

"be what you really want to be"

so i was like looking at a hot gorgeous sexy female model in front of me..
my eyes were not blink blink..and i loss everything that i discuss with my friend..

untill..

"paham tak ape kite bincang nih..."..ms friend said haha

the "be what you really want to be" thing btol btol buat aku lupe kat aku nye discussion..

then for the rest of my boring working day,aku asyik terpikir bende tuh..
and try to check my self...

"am i doing what i really want to do???"

hrmm..i dont think so...
anyway...as long as someone else is happy...i'll try to make myself happy too.

tengah dengar hitz.fm skrang nih...
sekali ade lak diorang iklan liverpool nak gi singapore and lawan singapore national team...erghh the song untk iklan tu...**** tak sedap langsung...benci aku dengar..haha...

bia liverpool kalah ngan singapore..but bia MAN U menang besar ngan MESIA..wakakakakak sabor nak tgok player mesia terkapai kapai di tgh stadium haha...

anyway good luck to malaysia'a national team...kalahkan lah Man U tu kalau boleh...ape salahnye mencube kan...adat la kalah menang..hehe

Wednesday, July 15, 2009

murahnya!!!

ape yang murah??
senyum...
murah ke??
err maksud saya..
encik sorang tu..murahnya diri dia dengan senyuman...
sape die?
penjaga toll kat bandar seri putra bangi.

sejak akhir akhir ni aku makin susah nak senyum..
aku tau nape tapi aku tanak cite..
sebab makin susah aku nak senyum nanti.
sape yg tau rezeki die ah..

aye kate..."smile!!its simple"
yeah i agree with her...

anyway..
tadi petang gi umah auntie aku..
lalu kat toll sri putra..
ahaks brader yang same jage toll tu sejak tahun 2005 or 2006 kot...
lame tuh..
maybe sebab die selalu senyum and suke ngan keje die..

brader tu aku tak ingat name die..
walau ade display tepi pondok toll tu..hehe

brader ni byk kali aku bayar toll asyik nampak muke die..
pastu die kompem senyum nye ah..
camne nye banyak kete or hari panas..aku perasan die senyum je..

penah satu ketika aku bawak gile nye laju(mase aku student kuis lagi)..
sampai kat toll die tanye aku..
"ada kelas ke bang..laju benor macam nak runtuh kete tu"
haha ko kutuk kete aku bro takpe takpe..
aku pon layan borak kate saje nak test kete haha..
so bermula hari tu kalo aku bayar ngan die duit toll kalo kete tak banyak sempat ah tanye tanye kabo...
pasal study aku pon die tanye...
gempak ah bro tuh

so aku terpikir..
btol ah aye kate...
tak susah nak senyum..
islam pon suruh kite bermurah hati senyum kat org lain kan..

maka mari bermuhasabah diri..
jom kite senyum..(bia betempat la ye)
walaupon nampak simple..tapi ada pahala di situ..
and mane tau senyuman kite leh buat org lain bahgie..
wah wah ada pahala lagi insyaalah..hehe

so pengajarannya...
banyakkan senyuman..
kerana senyuman mu itu membahagiakan

Tuesday, July 14, 2009

jOm kAhweN!!1

SAPE NAK KAWEN NGAN AKU????
HAHA.
APSAL SUME HURUP BESAR NIH??
haa kecik dah haha..suke..

ade kawan aku nak KAWEN..
bukan ngan aku ye..hehe
aritu ade kawan aku dah kawen..
die jemput tapi aku tak dapat gi..
sorry bang MAN..CAKKKK..ahaks

ari tu ade kawan kawen gak...
pon aku tak pegi...
sebab die tak jemput..
haha

tapi ape nak kesah jemput tak jemput..
yang penting die kawen..
so terlepas sudah die dari maksiat berlagak laki bini sebelum kawen..
satu trend masa kini yang kuno...

dulu ada kawan aku tanye..
rin dlm hp ko takde gambar awek ko?
aku jawab ada..
die tgok and die tanye lagi..
aik takkan ni je bro..
gambar tadak tudung ke..
ehem ehem sket ke tak simpan ka...

haha sengal...masuk neraka la ko kalo tak bertobat..
kalo tobat alhamdulillah..
apa nye TAK PANDAI manusia jenis tu..
mengharpa nak tgok gambar seksi makwe org lain..
KEJI..
korang jgn jadi camtu tau.
dose..nnti masuk neraka kalau tak tobat..

skrang ramai tanye aku..
rin gaji besar dah..bile nak kawen?
aku senyum je..
INSYAALLAH..jawapan terbaik kot aku leh bagi..

so kepada HELMI KHAIRI a.k.a abu_qura...
eh apsal lak die ade sini...haha nyebok dalam blog aku
aku tau ko kecewa ngan diskriminasi oleh puan Mai*****
namun aku harap ko bahgie ngan tunang ko..
jgn sedey sedey ye hahah

tapi kalo aku tak dapat kad..
aku sumpah ko jadi bola boling retak mid valley..
haha
takut tak..
kalo aku tak datang tu lain cite ah..
umah ko ko kan jauh haha..

so kepada mereka yg nak kawen...
tahniah...
and igt..jangan pegang pegang pasangan anda sebelum kawen..
dose..
bile berdose ape jadi anak muridd..
if they dont do tawbah..they will go to hell ustaz...
wohooo terkenang jawapan anak murid kat adni dulu
misz them sooo damn much..


Sunday, July 12, 2009

senget btol!!

government officer..
that's me now..
ceh..bosan..
not happy at all..
huh

last week..eh no lah..
last two week..hmm..
yeah correct..correct..correct(suppose to sound as korek korek korek)
credit to Linggam..haha

i was forced to join two days orientation(is this how they spell it??) for new staffs.
so i went la...terpakse kan..
within these 2 days..
yeah as usual like what others will say
"waa a lot of new things i know"
"yeah the program benefit me a lot"
"wohoo i wish they change it from two days to two weeks program"

but me..
"damn i hate it.a lot of work pending on my tray..they still want me to join it..huh bull****.."

oi azrin..no bad word in here ah..watch ur mouth young man...
owh sorry..but i didn't use my mouth..i use my fingers only what..thanks coz u think i'm still young..ahaks i likeee

haha gile.

so by the end of the 2nd day..
i was talking to this guy..a nice guy..true he is nice..hehe..no talking shit maa haha.

he asked me..hows ur job azrin..
i said.."hmm dont ask me la..u know hows my job..we are in the same position.."
then he loughed..huh i am expecting him to go away at that time..but seem like he really like my answer..ceh

so i added some more answer la to his question..
i said.."i'm sick of going to 4-5 hours meeting.."

pastu korang tau ape die jawab..

"eh..ok pe..jimat duit..everytime ade meeting..breakfast ada..kalau lame..lunch pon ade..lagi lame..siap minum petang lagi..takyah kuar duit belanje"

aku tengok die..aku abeskan teh depan aku..aku bangun and salam die and aku kata..aku nak balik..

dalam hati aku aku meminta minta supaya die kene attend meeting 24 jam sehari dalam idup die..

ceh..patut la aku makin tak suke ngan keje nih..

aku sekarang makin terbiase dgn perkataan dan perbuatan TERPAKSA...
layan ah..asal org lain bahgia...

topi dan tudung

tadi aku kuar.
gi beli barang.
nescafe mak aku pesan.
sambil tu aku gi singgah bank islam.
adoi..gaji bulan lepas pon tak masuk lagi.
aku nak gi tanye kat bendahari..
aku malas..
sebab aku tak suke keje nih.
keje tak susah..cume banyak..
tapi gaji pon banyak..idup macam bos..
tapi aku tak happy.

tapi bukan tu entry aku kali ni..
on da way gi mydin seksyen 7 bangi.
(Ada komisyen tak aku tlg promote nih) hehe.
mase kat round about seksyen 4 bangi..
ade satu motor tu...
tuingg ade cap terpelanting jatuh dari die..
aku pon jerit sesorang dalam kete..
oi cap jatuh..
hehe bukan die dengar pon..emosi plak..
mase tu aku tgh dalam traffic jem..
(sengal system roundabout nih..wat crossroad ada traffic lite kan senang)

so..
aku pon tgok penunggang motor tu berenti and turun dari motor die..
"mak aih gengster btol care jalan mamat nih"
kata aku dalam hati..
die siap cekak pinggang tengok cap die ngan muke tak puas hati..
rambut panjang ikat tocang lagi terkeluar dari helmet die..

maka berjalan lah die menuju ke arah cap die..
kete aku pon bergerak sedikit menghampiri kedudukan die..
sekali jeng jeng jeng..
baru aku perasan..

loh pompuan rupenye...
gile punye cun plak tuh..
muke ayu gile..tak gile ye ayu je hehe..
tapi jalan cam gangster..
adoiyai...
satu lagi bukti die pompuan ialah..
aku tau ah camne bentuk badan pomuan dari depan...
haha

so aku tersenyum kat die..
ade reply beb..ahaks suke
and aku terpikir..
kalau awek tu pakai tudung kan senang
tak de la tudung die terjatuh sebab dilindungi helmet..
and kan indah kalau wanita itu
memakai baju yang baik dan tidak lah
jeans dan baju ketat sebagaimana keadaan die tadi..

anyway aku gembira sebab die tak ilang topi die
and kalau die bace blog aku..
aku harap die terbuka hati satu masa nanti untuk menjadi
lebih baik dari sekarang

cayalah awek..
lu memang cun haha..
and ko mmg cool sebab senyum balik kat aku walaupon aku tak pakai kereta BmW 7 series..
haha

Saturday, July 11, 2009

jage hati konon

assalamualaikum..
aku lagi yang membebel kat sini..
pedulik hape..ni blog aku kan..
NI BLOGG SAPE????..sAyE!!!!
haha sengal..syok sendiri la plak..

semalam gi dengar ceramah...kantoi ari ni tak pegi hehe
ade sorang ust sape name ntah...
die ceramah pasal agama(standard ah..)

ust tu suare gile nye lantang...nada tinggi manjang...
kalo aku mesti dah sakit tekak..

so tu bukan isi penting nye

ape yg nak aku bebelkan kali ini adalah berkenaan budaya orang melayu kite..awak dan mereka.
orang melayu ni sangat penuh dengan ADAB...KASIH SAYANG...SOPAN SANTUN...PEMAAF...
sampai berzina pon diringankan hukuman dengan bayaran je...penuh dengan kasih sayang kan hukum manusia kat mesia nih..SENGAL....REFORMASI...TUKAR KERAJAAN...haha(emosi plak)

so ust tu memberi satu cadangan dalam usaha mengajak manusia islam ke masjid...

korang biase bace kan papan tanda gini...
"sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

ust tu kate nape tak wat ngan lebih direct dan kompem memberi kesan kepada pembaca di setiap peringkat umur...jadikan ia begini

"sembahyanglah kamu sebelum kamu MATI"..pastu letak gambar mayat bawah tu hehe...credit to ust..aku suke..

so aku dapat satu idea dan aku nak cadang kat kerajaan kite yang penuh ngan kasih sayang nih..ONE MALAYSIA..hoyeh hoyeh..bile malaysia ade lebih dari 1???(dengan berwajah kompius)

baca ye..

"berhati-hati ketika memandu,ingat orang tersayang"..tukar kepada.."berhati-hati ketika memandu..ingat MALAIKAT MAUT"..

"patuhi had kelajuan untuk mengelakkan kecelakaan"..tukar kepada...
"bawaklah laju-laju dan moga terus mati bila eksiden...hospital dah penuh..semoga allah mengampunkan anda"

"dilarang membunyikan hon,kawasan hospital"..tukar kepada...
"dilarang membunyikan hon...nanti orang sakit kat hospital sebelah terganggu"

"perlahankan kenderaan...kanak-kanak sekolah melintas"
...tukar kepada...
"perlahankan kenderaan...kanak-kanak sekolah melintas...bayangkan kalau anda yang dilanggar...best??"

..banyak lagi nak bagi cadangan...tapi nanti ah....
aku dah terkesan ngan cadangan sembahyang sebelum mati tu..so aku nak gi suran plak..kot kang mati depan laptop nih..huhu

ok korang...
babai

salamzzz

Friday, July 10, 2009

dalam hidup yang sementara


dalam hidup yang sementara ni...
adakalanya bermacam benda kita nak dalam satu masa...
namun tangan yang hanya dua...
tak mampu menggapai segalanya...

dalam hidup yang sementara ini...
pelbagai perkara yang kita suka...
tapi apa kan daya...
adakalanya...lebih baik kita cuba dapatkan satu
daripada terlepas kesemuanya...

dalam hidup yang sementara ini...
ramai orang yang kita sayang...
ramai juga yang kita cinta...
namun ada ketikanya...
percintaan dan kasih sayang itu perlu dikorbankan...
sebagai tanda sayang kita pada mereka...

to my students...
guys...if you read this...
its a "NO" from her..
what can i say...i must obey her..
anyway...the "NO" was in indirect way..
maybe i still have the 2nd chance..

let us pray together...


Tuesday, July 7, 2009

damn..aku disentuh


semalam

mase aku dok layan sorang pak arab yang cam biase bertanya macam aku ni kaunter pertanyaan yang selalu update ngan google news...haha

seorang kenalan pompuan aku lalu kat belakang aku...

dengan keadaan aku yang sedang mencekak pinggang...

tibe tibe die menepuk lengan aku(antara siku ke bahu tu lengan le kan) dan berkata..
"rin..ada rambutan tu..gi ah makan"

wohh berderau darah den time tuh...rase naik darah ke kepala otak aku and jem seketika..even pak arab tu pon tercengang and terus tgok kawan aku tu berlalu..

wohh aku kompius...

tapi aku memakai baju lengan panjang ah time tu...so kulit die tak bersentuhan ngan kulit aku..

tapi...

boleh ke??

bestnye kalau boleh huahuahuahua(gelak jahat gitu)

aku pon tak paham..adakah beliau merasakan rambutan tu telah menghalalkan perbuatan beliau..

atau mungkin beliau terlupe kot...

tapi peristiwa tu membawa ingatan aku pada sorang kawan yang menceritakan pasal kawan die..

kawan aku si N(bukan nama sebenar) telah menegur kawannya si D(bukan jua nama sebenar). tegurannya adalah kerana si N terlihat si D memegang tangan makwenye... kemudian si D menjawab camni lebih kurang "eh berlapik ek..die pakai sarung tangan".. haha bestnye(tambahan dari aku) pastu si N dengan selamba menjawab... "kalau macam tu takpela berzina dengan menggunakan kondom.kan berlapik"...

haha N,,ngko memang bijak dan berotak pantas...aku suke..dan tahniah..

Sunday, July 5, 2009

wohoo rekod baru


malam tadi aku drive kete vios abg aku
jauh gak tempat aku gi tuh..bole la jamak solat
on da way balik...
sekali tetibe tangan kanan aku lenguh gile swine punye ah..
sejurus selepas aku masuk highway.
kereta lak betul punye banyak kat highway
menyebok je..
kalo tak leh aku perah abes meter vios tu.
so sebab tangan aku dah sakit
and mate aku ngantuk bangat..
aku pon wat satu desicion..
hehe..
aku drive vios yang 1.5cc tu dengan kelajuan tidak melebihi 100km/j
sebab aku terpikir satu bende..
kalo bawak laju ngan tangan yg sakit and mate ngantuk..
kate ah kalo eksiden..teruk woo..
so aku bawak slow..
adakalanya aku bawak 40 km/j je.
sebab ade lori simen kat depan aku..layannn haha
maka disebabkan itu aku lewat sampai umah.
ade satu kete tu..
die dok belakang aku kat slow lane..
pastu horn horn aku..
flash flash high beam lite kat aku..
"oi gile ke ape..aku dah kat slow lane ko nak suruh aku ketepi camne?"
bisik hati aku...
and aku makin pelik..mid lane and fast lane tu ade apsal ko nak menyempit belakang aku
jkr or what so ever dah buat 3 lane ko nak sebok
ngikut aku.
so aku pon wat muke ketat kekal kan drive slow.
dah lame die potong aku pecut laju laju..
gile kot..haha
sampai kat jejantas sungai buloh..sume kedai nak tutup dah..
bengang btol..
baru ingat nak cari nescafe ngan dunkin donat.
apsal la korang tutup kedai sedangkan highway tu beroperasi 24 jam
kecewa aku
dah ah takde kedai tujuh sebelas..
huh
so aku pon menyambung perjalanan perlahan aku menuju ke destinasi
and at last..kol 1pagi kot
aku sampai depan umah..
hehe
aku rase kalo aku bawak dengan nafsu memandu aku yg biase
mesti kol 11.30 aku dah sampai umah..
haha
sekian..ape je la aku ngarut time lunch hour nih..


Saturday, July 4, 2009

serba salah aku weh

4.26 a.m

gile aku tak tido lagi...pasang ngaji tak ngantuk..pasang lagu tak ngantuk..bace buku tak ngantuk..ngaji tak ngantuk..solat tak ngantuk..penyakit ape ni weh...
adoi...

maka ape lagi...aku online lagi sekali...YM pon online tadak sape nak borak ngan aku..sume tido..

cam biasa..belek friendster,myspace,facebook(macam macam aku ada)...

eh dah ujan la kat luar hehe bestnye...

tett sampai kat myspace..."eh ade mesej aku blom bace"...wah dari anak murid aku..azreen namenye..best nih..nak bace ngan semangat..

bukak je..huhu tetibe aku SERBA SALAH...berenti plak ujan kat luar tuh..

hmm rupenye mesej dari student aku tuh same mcm mesej kengkawan die...
mintak aku datang mengajar semula kat adni...
erghh siannye diorang

kekadang aku terpikir..napelah aku baik ngan diorang..nape aku takleh nak lupekan diorang..nape aku tak jadi cam certain cikgu lain yg kata.."wohoo bestnye dapat keje lain takyah ngadap muke bebudak nih.."

wohh aku bukan camtu..diorang student aku...aku nak diorang berjaya jadi manusia dan bukan selain manusia(sila paham maksud manusia menurut ape yg seharusnya manusia yg baik buat ye...bukan manusia yang bekerja sebagai perompak hehe)..

kembali pada tajuk...

to all my students..
6 ghifari>>>>memang gang selambe katak bebudak nih..paling banyak wat aku tersenyum bile balik keje...

4 jubair>>>>wohh soklan diorang bagi memang mantap...bergerak laju otak aku nak mencari jawapan..sampai migrain pon ade haha...

4 zahrawi>>>cool..student die mmg polite..full of kindness bak kate arina..

4 fadhlan(arabic)>>>miss the time we had the quiz together..gile havoc kelas jadinya..

guys if you read this...

ust memang nak sangat pegi balik sane ajar korang...but its hard for me to do that.like i said before..i need to consider my family's opinion and so on...especially my parents..
believe me...the day i received the offer letter to the new place..erghh i wish i gave them the wrong adress...so that it will not reach me..

and now, i really dont know when is the best time,where is the best place,and how is the best way to let my family know what i really really wanna do.
the marriage reason and bla bla bla that they gave straightly cut my words.huhu

aku pandai suruh anak murid aku bgtau parents diorang ape diorang nak..tapi aku sendiri takleh buat..sengallllllllllllll!!!

anyway guys..ape jadi pon,sape ajar korang pon,camne cara die ajar pon..u people must try ur best..never give up..

"study sampai muntah..."haha..bende yang aku ckp kat diorang mase first week keje sane.

hujan pon makin lebat...adoi mate aku segar lagi...

baru aku sedar nape aku takleh tido and ape yang aku dok terpikir....

rupe rupenye aku rase SERBA SALAH...

perlu ke wat gitu

salamz...

setiausaha...satu pekerjaan yang jarang diberikan kepada kaum lelaki kan...
english siket ah..org kate P.A keje die.pembantu peribadi la kan.

tapi kenape ek..bile sebut pasal P.A...secara kebiasaannya jawatan ini akan disandang oleh kaum wanita...adakah kerana kaum lelaki tidak teliti dalam membuat kerja...ade je yang ok kan..

kalo diberikan alasan ini adalah tugas yang sesuai dengan wanita...eh orang pompuan pon dah mule jadi polis...org pompuan pon dah mule jadi drebar bas dan teksi...orang pompuan pon dah ade yg nak jadi crocodile hunter...

ade je tugas yang sebaiknya dibuat oleh orang lelaki tapi kini dibuat oleh orang pompuan...yang nak jadi cam jantan(tomboy) pon banyak gak skrang nih..

tapi takpelah..kembali pada isu bilamana P.A disandang oleh org pompuan...

hehe nak halang memang susah dengan keadaan negara malaysia yg macam ni...

tapi PERLU KE seorang P.A wanita melembutkan suaranya bilamana berdepan dengan boss ataupon pegawai atasan yang lain..atau maybe dengan sesape saje rakan sekerja..(yang berlainan jantina lah ye)..

and PERLU KE seorang P.A wanita memakai baju yang "emmmm dahsyat"...kain belah lagi nampak betis you!!!

lagi...PERLU KE seorang P.A wanita memakai wangian yang "wahhh semerbak baunya..saya suke"....

atau..PERLU KE seorang P.A wanita menggunakan suara atau bunyian yang aku rasa leh menaikkan syahwat kaum yang berlainan jantina bila berkomunikasi...

aku nak jawab terus...TAK PERLU...hehe

and kepada yang berlainan jantina...

PERLU KE kite nak cakap begini kat P.A wanita yang berciri-ciri seperti di atas tadi.."geram aku tengok ko ni..dah la cantik,wangi pulak tu..eii tak tahan aku"

jawapan aku...sangat TAK PERLU