Search This Blog

Friday, November 20, 2009

strategi itu penting

entry kedua malam ni..
mata takleh nak lelap la plak..adeh..

malas nak intro...
korang tau ape itu strategi?
carik sendiri maksud die..
tau ape itu perancangan??
cari sendiri jugak kalau tak tau..

cume terdetik di hati nak berbicara strategi nabi s.a.w dalam menyebarkan islam..
aku tak cite sume..setakat yang aku tau je..

ingat mase nabi nak berhijrah ke madinah?orang mekah sok sebok nak bunuh baginda mase tu kan...
so baginda keluar rumah bersama abu bakar r.a ketika hari siang panas terik..
mase aku belajar, pensyarah aku tanya..nape agaknya nabi kuar time hari panas gitu..?

bila aku dok kat mekah tros aku dapat jawapan die..
waktu tghhari panas gitu..orang orang arab ni ramainye suke berehat dan tidor..dan mereka tidak keluar rumah kerana ia teramat panas...
malah sehingga kini..ada je aku rasa kedai or pejabat arab ni yang bukak kol 10 pagi..pastu lepas zohor dalam kol 12 die tutup sampai lepas asar..ajaibnye bisnes die tetap maju haha..

seterusnya..
nape nabi tanak bunuh je ketua munafiq walaupon dah dikenal pasti orangnya..
sebabnya ialah..
kalau nabi terus bunuh die..bayangkan ape orang kafir dan orang yang baru menganut islam mase tu akan fikir.
mereka mungkin akan kata..muhammad dan sahabatnya membunuh sesama islam..betulkah agama islam ni??

maka tindakan nabi itu telah menyelamatkan usaha dakwahnya dari terbantut..

seterusnya lagi..

seperti yang semua sedia maklum,penduduk mekkah sebelum fathu makkah telah mendirikan semula kaabah..namun disebabkan kekurangan wang yang tidak terlibat dengan penipuan, size kaabah yang baru telah menjadi lebih kecil berbanding size yang dibina oleh nabi allah ibrahim a.s.

jadik kenapa masa umat islam memasuki kota makkah semula..nabi tidak mengarahkan agar kaabah direnovate menjadi seperti binaan asalnya???

sebabnya..
baginda ingan mengelakkan pandangan negatif orang kafir dan penganut islam yang baru terhadap islam..
jika kaabah diruntuhkan dan diubah..mereka mungkin akan kata..
muhammad dan sahabatnya merosakkan kaabah..

maka dengan tidak berbuat demikian rupa..selamatlah usaha dakwah baginda dari terhenti takat tu je..
islam pon tros berkembang dan berkembang..

dekat sini dapat dilihat kenapa perlunya ada perancangan dan strategi dalam dakwah..

teringat soalan pakcik pakcik jemaah surau berdekatan rumah ni pada seorang sahabat yang sedang kompius nak peluk islam atau tidak..
camni soklan die..

"eh..are you ready to cut off that thing down there(sunat)??"..
ketika itu aku terasa nak aje hayunkan senduk bubur lambuk yang sedang aku cedok kat medula oblongata pakcik tersebut..hahaha

udah le kawan tu baru nak try try kenal islam gi join program kat surau semua..die dah sebok takutkan kawan tu..plak tu pegi gune prkataan "cut off that thing"..
ape ingat sunat ni potong abes sume sekali ke..haha..gile la itu macam machaa..

jadi kepada sape sape yg bace..(kalau ade la)..
jom merancang strategi dalam berdakwah..

salamzzz
islam yang telah berkembang..
laksana bunga yang indah..hehe


aku pon merasa

assalamualaikum..

wohh sungguh lame tak update..

teruskan pada ceritanya...last week..or maybe last 2 weeks..
seorang student di adni pass kat aku blog twin die..
aku pon bace nye bace dan bace...sekali sume entry aku bace daa..
boleh dilihat di sini

ape yg aku sangat suke nak bace..adalah berkenaan aktiviti mereka...
terutamanya bila ia berunsur kebajikan..membersihkan mesjid,kubur,malah mereka juga menziarahi rumah warga emas dan bermesra dengan mereka...

jauh di sudut hati ini aku seriously merasa sangat jeles...kenape time aku sekolah takde program mcm ni?..kenapa time aku kolej dulu due kali je prog ngan anak yatim?..kenape time universiti aku kat mesir persatuan asyik wat program baca buku je manjang dan melancong??

usah dikenang perkara yang lalu..haha

namun minggu lepas..sesuatu telah berlaku...
aku merasa sangat gembira kerna berjaya melibatkan diri dalam tragedi yang berlaku di depan mata...aku yakin allah itu adil..jika hafsah bersama kembarnya aisyah dan rakan mereka yang lain berpeluang membuat kebajikan..aku juga sama...

ketika pulang dari KLIA dan LCCT menghantar 3 orang muallaf pulang ke sabah dan sarawak..sesuatu telah berlaku di depan mata aku di exit bangi dari arah seremban..

di kala hujan lebat telah mula reda..sebuah peugeut(btol ke ejaan die) telah terbabas dan berpusing dan melanggar pembahagi jalan di depan aku..abes bersepah sepah organ dalam enjin kete tu kat tengah jalan...

maka aku yang hanya due kereta di belakang beliau tros berhenti dan keluar membantu..hehe
alhamdulillah si pemandu selamat..cume keretanya..adoyai..mmg kasim selamat cucuk mata pakai cangkul kalao tgok kete jadi gitu haha...

maka di kesempatan yang ada..aku dan beberapa pemandu lain berpeluang membuat beberapa kebajikan pada pagi itu..
kami telah memberi kata kata semangat kepada driver tersebut dan kami membersihkan jalan raya dari serpihan kaca dan parts kereta yang berterabur..sambil kami juga lari bertempiaran bile kereta lain yg drebarnya sengal dah nampak eksiden pon nak bawak laju laju lagi...

ahaks bestnya bila dapat membantu orang di dalam kesusahan...

peristiwa tersebut membuat aku berfikir betapa allah maha adil...setiap hamba pasti diberikan peluang untuk membuat amal kebajikan tidak kira di mana saja mereka berada..hanya si hamba saja perlu pandai mencari ruang untuk melakukannya..

fikiran kembali melayang ke zaman sekolah dan kolej...ada je sebenarnya program kebajikan sebegini rupa dijalankan..mungkin aku yang sebenarnya tidak mahu melibatkan diri dan tidak mencari peluang yang allah taala berikan...

sekian..bersama memperjuangkan negara berkebajikan..

Thursday, November 12, 2009

sehari ber MC

bismillah...
assalamualaikum w.b.t

hari ni aku telah dikurniakan MC oleh seorang doktor yang baik hati..

sedanng nyenyak tidur...
krukkk krukkk(bayangkan sendiri mcam mane bunyiknye)..
perut aku berbunyi dan memulas dengan amat hebat..

dan aku terus mendapatkan segala keperluan dan ke bilik air..
perkara yang sama berulang 4,5 kali dan aku mengambil keputusan ke klinik sewal jam 7.30 pagi..
dan natijahnya..

"Dr. bagi awak rehat ye..Kang terlepas kat opis kang salahkan Dr. plak tak bagi MC"..

terima kasih dan aku tersenyum padanya...

namun aku masih akan ke opis kejap lagi..sebab aku telah menempah makanan nak belanja opismate makan tghhari..hehe...

namun ceritanya masa di klinik tadi...memandangkan ia adalah klinik swasta ini suasananya :-
>>>layanan dari doktor dan nurse yang sentiasa tersenyum dan mesra+++cun plak tuh..hahaha
>>>tempat menunggu yang selesa.
>>>tidak ramai orang.
>>>ada tv besar giler dan mampu dilihat oleh seisi klinik tersebut.
>>>terdapat lebih dari seorang doktor.

berbanding satu ketika dahulu pengalaman membawa kawan ke sebuah hospital kerajaan.
>>>ramai gile orang menunggu.
>>>bising dengan jeritan dan tangisan pesakit(bermula dari raungan kerna eksiden hingga ke bisul pecah di punggung.
>>>tempoh menunggu yang agak lama.(kami sampai jam 9.45 malam..dan bertemu doktor jap 3 pagi)
>>>ada tv yg kecik dan suara tidak dapat didengar+++kebisingan pesakit yang menunggu.
>>>penghawa dingin yang tidak berapa sejuk..mungkin kerana terlalu ramai orang.
>>>staff(doktor dan nurse) yang marah-marah,tidak melemparkan senyuman..dan bercakap kasar dengan pesakit yang telah berumur..
>>>terdapat hanya seorang doktor yang kelihatan sangat penat dan seolah olah mengharapkan semua pesakit mati terus supaya dia tak perlu kerja syif malam..

ini lah bezanya sebuah klinik swasta dengan sebuah hospital kerajaan...
ia tidak mewakili semua klinik dan hospital ye..ada saja di sesetengah tempat keadaannya adalah terbalik sama sekali..

di mana asal usul silapnya semua perkara ini.adakah sikap hospital kerajaan yang tidak professional??

aku suke menggunakan perkataan orang politik...
lihat kembali kepada akar umbi institusi kerajaan sendiri...mungkin akan jumpa silapnya di situ...
mungkin jika negara ini bebas dari sebarang jenis korupsi..
kesihatan,pendidikan,malah ntah ntah perkahwinan pon boleh jadi free...hahaha

kagum dan terpesona seketika tatkala melihat rumah rumah besar yang hanya didiami beberapa orang sahaja berbanding hospital atau klinik kerajaan yang kecik dan pesakitnya melimpah ruah..

Thursday, November 5, 2009

usah malu jika benar.

assalamualaikum

sering terdengar ini???
"berkata benarlah walaupon ianya pahit".
(",)
and yg ni mesti jarang dengar kan..
"kenapa muke masam pahit je bile dengar sesuatu yang benar??"
hehe

satu fenomena alam yang senang dilihat berlaku pada manusia yang membuat kesalahan dan dengan megahnya tanpa sebarang rasa salah dan malu..mempromosi kesalahan itu di depan orang lain...
akan tetapi..bila mereka ditegur secara terang-terangan..atau mungkin ada yang berseloroh akan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan...

tiba-tiba mereka merasa malu(di manakah kemaluan mereka selama ini???)...tidak dapat menerima kenyataan...segan...seperti mengharapkan mereka tidak dikenali sesiapa..terasa ingin membenam kepala di dalam tanah seperti burung ostrich...dan bermacam aksi yang membahayakan atau langsung tidak memberi cabaran dilakukan..

teringin rasenye membawa contoh berlandaskan pengalaman..

mulekan dari segi politik..
satu ketika..semasa masih bergelar mahasiswa al-azhar di bumi tanta, mesir...hadir seorang teman..ke lawan ek??due due la..
beliau terus bertanya..."Azrin..sehat ke?ingat abang lagi?(kerana beliau tua setahun dari aku)..
aku melihat mukenye dan kemudian tersenyum..seraya berkata..
"owh..abg (*-*)(name perlu dicensored)..mane leh lupe..abang jadi fasilitator Kelab UMNO Selangor masa kursus Bahasa Arab pelajar baru Selangor kan??"
serentak dengan itu beliau tersentak...muke ala ala blushing kemerahan gitu...dan cube mengelak aku dari meneruskan perbualan...dan dalam masa yang sama ramai sahabat lain yang mula mengalihkan pandangan pada dia dan membuat muke terkejut dan tidak suka...

"baru aku sedar..dia segan dilabelkan sebagai ahli Kelab UMNO Selangor di Mesir"
kenape?mungkin kerana UMNO itu salah...

kisah kedua..

aku terlihat gambar seorang kawan lama..berpegangan tangan dengan seorang wanita...alhamdulillah aku bersyukur.
beliau jauh lebih muda dari aku dan sudah berpeluang mendirikan rumah tangga(betapa aku bersangka baik dengan beliau)
hinggalah satu masa...aktiviti berpegangan tangan mereka berlangsung di depan mata kepala aku sendiri..
dengan spontan dan terenyum aku berkata..
"wahhh tahniah ek..lagi cepat dari abang kawennya..tak jemput pulak tu..senyap senyap je"
si wanita lantas menarik tangan dan berlalu..
aku serba salah..adakah aku mengganggu hubungan intim mereka..
kemudian kawan aku pula berkata..
"abg tak payah la nak perli perli saya depan org ramai..saje nak malukan kitorang"
rupe-rupenye diorang tak kawen pon lagi..
haha..aku hanya tersenyum dan berkata.."pegilah pujuk die..tapi pastikan dengan cara yang dibenarkan leh agama..and aku takkan mintak maaf kat korang berdua atas ape aku cakap tadi"

ape perlunya die merasa malu bila ditegur?
owh mungkin dia baru tahu bahawa bukan mahram tidak boleh berpegang-pegangan

kes seterusnya..

hampir 3 tahun tidak bertemu seorang kawan lama..hai la rindunya...sms dibalas balas..sepakat untuk berjumpa di KLCC..
"jom ikut saya jumpa kawan"..katanya pada aku...dan aku bergurau.."nak perkenalkan makwe kat ke?.."..."takdelah" jawabnya..
maka kami berjalan..hingga bertemu seorang gadis..
cantik mukanya...berseri..terasa ingin melihat berulang kali..tetapi rambut yang menjurai hingga ke bahgian blkang badan menghalang untuk pandangan yang seterusnya.
"u sehat ke?.."mereka saling bertanya khabar selepas mereka bersalaman dan bertemu pipi seperti sepasang suami isteri..
aku terkedu,terkejut,terkesima,ter ter dan ber ter ter lagi..
aku hanya mengalihkan pandangan dari mereka..
dan kemudian..
"meet my very best friend..ini azrin..kawan sekolah dulu"..
si gadis cantik menghulur tangan kat aku...aku hanya mampu tersenyum dan meletakkan tangan di dada tanda hormat padanya...beliau terkejut namun kemudian tersenyum jua.
selesai mereka bertemu dan berbual mesra seketika..kami beredar..dan aku memulakan bicara ketika lunch..
"dah lama and dah biasa ke bersalan and berlaga pipi dengan pompuan?kenapa tak bercium mulut je tadi?alang alang nak wat dosa kan.."
suara aku yang kuat membuatkan pengunjung meja sebelah memandang kami dan terlopong seketika.
dan kawan aku berkata..
"slow la sikit..malu la orang lain dengar"

barangkali dia tak pernah tahu selama ini bahawa perbuatan itu salah..tapi jika tak tahu kenapa perlu malu??

kenapa dikala maksiat kita lakukan..kita megah..kita bersungguh..dan selesai dari itu..kite berbangga dan menceritakan kejahilan kita pada semua..

kenapa ketika maksiat itu berlangsung..tiada langsung rasa malu pada manusia sekeliling..tiada rasa segan pada mata mata yang melihat..

dan amat buruk

tiada rasa bersalah pada pihak yang memberi pinjam kepada kita akal,mata,badan kaki dan tangan..

usah malu jika kita di pihak kebenaran...tetapi jika kesalahan kita diperbetulkan oleh orang lain..terima lah ia..dan merasa malulah untuk melakukannya lagi..

wahai orang-orang yang beriman..masuklah kamu ke dalam kebaikan@keselamatan, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan..sesungguh syaitan itu bagimu adalah musuh yang nyata