Search This Blog

Wednesday, March 17, 2010

si kafir menari di angkasa..si muslim pula....?

assalamualaikum..
sape die orang kafir yang menari di angkasa tuh???
hehe takde pon..saje nak wat gempak wat perumpamaan macam tuh..
isunya ialah..
orang kafir semakin maju ke depan...tetapi umat islam masih sebok mewujudkan perpecahan..

seperti yang diketahui ramai..
umat Islam Malaysia hanya lebih kurang 60% sahaja..
tolak perpecahan politik..perpecahan mazhab..perpecahan akidah dan sebagainya..campur yang murtad sume..ntah bape je yang tinggal...

apa yang nak aku perkatakan adalah mengenai perpecahan umat islam yang amat femes dilihat berlaku di malaysia selain perpecahan politik..itulah dia perpecahan mazhab..

di kalangan ahli pengajian ilmu agama..kemungkinan perbincangannya adalah sekitar isu akidah..salaf atau khalaf..syiah atau asyairah dan sebagainya..

namun di kalangan umat biasa..perbincangannya lebih bertumpu pada amalan mazhab..syafiie begini katanya..hambali kalau nak amal pergi ke mekah..orang pakistan saja yang ahnaf dan mazhab maliki di mauritania tempatnya...

belajar di UM membuatkan sudut pandang dan fikir aku banyak berubah...
jika dilihat dari segi sejarah ilmu islam dan penyebaran islam...begitu banyak ulamak menulis buku untuk memperbetulkan kesilapan dan kekurangan buku ulamak yang lain..
segalanya dilakukan dengan penuh adab dan akhlak mulia...

tujuannya hanya satu..membetulkan apa yang salah..melengkapkan apa yang kurang..saling melengkapi antara satu sama yang lain

namun jika dlihat hari ini...
ya ia masih berlaku...akan tetapi pada pandangan aku akhlak dan adabnya entah ke mana...
bukan saja di dalam penulisan..malah ceramah di masjid pada hari ini juga adakalanya tidak bersifat menegur,melengkapkan atau menambah apa yang kurang...

tetapi ia bersifat menyalahkan orang lain..menyemarakkan kebencian...menimbulkan ketaasuban dan segala apa yang seerti dengannya...

dan bezanya dulu dan sekarang...
dulu...
yang ditegur akan berlapang dada dan berbincang..malah mengakui dan menerima teguran yang disampaikan..

kini...
yang ditegur akan melenting dan mula membalas semula serangan ke atasnya..

adoyai...ape masaalah mereka..

jika entry sebelum ini aku menyatakan bahawa artis,penyanyi,pelakon dan penerbit tidak berakhlak...mungkin kali ini wajar aku sebutkan agar...

alim ulama,ustat ustazah..cikgu cikgi dan bla bla bla..wajar juga mendalami ilmu akhlak dan adab...
agar ilmu yang ada pada mereka dapat disampaikan kepada orang lain dengan penuh akhlak dan adab sopan sekaligus membuatkan mereka menerimanya ataupon paling tidak..mereka menghormatinya..

sekian..
wassalam

Wednesday, March 10, 2010

jam 3.27 pagi

berhenti seketika menaip assignment..
haish macam macam bende nak buat tapi tak kesampaian..
kita hanya mampu merancang..

hati ni rase nak sangat pergi semula ke jordan..kalau bukan untuk belajar semula di sana sekalpun...cukup sekadar jika diberi peluang menziarahi tanah yang indah itu..tapi apakan daya..bukan semua kehendak kita mampu dipenuhi.

melihat gambar gambar ketika di mesir yang masih ada di flickr.com.kecewa rasanya hard disk yang banyak menyimpan kenangan manis di sana telah rosak..ada ke sesiapa yang boleh bgtau cara untuk dapatkan semula data di dalam hard disk yang telah rosak..huhu..

semakin ramai rakan rakan yang bakal mendirikan rumahtangga..tahniah kepada mereka semua.

letih berfikir tentang kerja yang sesuai untuk dilakukan..jauh sekali rasanya untuk kembali kepada kerja yang baru aku tinggalkan hujung tahun lalu..namun jika keadaan mendesak dan kerja itu saja yang ada..apa kan daya..korbankan lah diri demi kebhgiaan insan lain.

asignment juga sangat meletihkan..berjaga hingga 3 pagi..masih banyak yg perlu dilakukan..erghh..

merasa gembira bila berjaya menghadiahkan buku berkenaan bunga orkid pada emak terchenta..biar mahal yang penting puas...menunggu murahnya rezki untuk memperolehi kamera yang dahsyat...untuk mengambil gambar gambar bunga di laman rumah...

rasa macam nak cuba memancing...namun mungkin tidak sampai hati bile melihat kail di mulut ikan yang dipancing...lupekan..

umur telah mencecah 25 tahun 9hari..lame mane agaknya peluang yang allah bagi...ya allah kau ampunkan dosa hamba mu ini ya allah..

masih sensitif bila melihat gambar gambar palestine di flickr.com...semoga allah meringankan bebanan mereka..amin...

kehidupan wajib diteruskan dengan diisi dengan kebaikan dan menjauhi segala kemungkaran...
semoga hati ini tenang

~~azrin~~11-03-2010~~03.40 a.m~~

Wednesday, March 3, 2010

di mana akhlaknya

assalamualaikum...
alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan tarian jari jemari di atas keyboard laptop ini...seterusnya menghasilkan cebisan idea yang tudak seberapa dengan olahan penyedap bahasa untuk bacaan kalian...

terasa diri ini semakin gemar menonton t.v kebelakangan ini..dr.House..E.R..CSI..malah The Nanny yang kuat menjerit itupon adakalanya menjadi penghibur hati..terlalu terhibur hingga adakalanya terasa diabaikan pula tanggungjawab sebagai pelajar..

keasyikan menonton t.v ini membawa kepada satu perkara...terfikir di minda yang terbatas ini..sejauh mana rancangan di t.v ini memberi faedah pada semua penontonnya..

jika dulu ade terdengar anak kecil bertanya...
"Ibu ibu..liwat tu ape..kenapa saiful ngan anwar ni asyik cakap pasal liwat"..
"ayah...malam tadi kaki ramsiy pemain arsenal tu patah kene tendang...bridge pon tanak salam ngan john terry sebab skandal terry main suke suke dengan makwe die"...

tapi kini...anak anak ini telah berubah ke arah sesuatu yang lebih musical..ini nyanyian mereka
"jongang jongang jongang halimah jongang....bla bla bla..."

musnah sudah akhlak anak anak ini sejurus mereka mula menyanyikan lagu ini...

aku pelik dengan manusia bergelar pengarah dan penerbit filem..malah pelakon yang bersubahat belakon dalam sebuah "komedi" yang dipanggil Halimah Jongang.

apa agaknya yang membuat pemikiran golongan ini terbatas dan menjadi sangat BANGANG sehingga hanya mampu berfikir sedemikian rupa...
tidakkah wujud di hati mereka perasaan sensitif kepada mereka yang memang bergigi jongang..
walaupon telah keluar komen komen di akhbar berkenaan dengan perkara ini.."komedi: ini masih lagi diteruskan..

dan bertambah buruk bila mana sudah keluar plak iklan cerita "Fatimah Juling"..

aku memang perasan akan kebosanan filem filem melayu ini(tapi aku sendiri tak pandai mengarah filem ye)...tapi aku tak kesah kalau ia bosan kerana memang aku jarang tengok...
yang aku kesah ialah apabila filem termasuk pengarah,penerbit dan pelakonnya adalah membosankan dan bangang.

cube bayangkan kesannya kepada mereka yang sememangnya jongang..mereka mungkin akan dijadikan bahan gelak tawa orang lain selepas ini...

bayangkan kanak kanak pula mula mengejek rakan rakan mereka yang jongang..dan mangsa mungkin terganggu hingga tidak mahu ke sekolah...

ini mungkin tidak berlaku kepada krew filem ini...tapi mereka sewajarnya berfikir akan kesan yang bakal lahir dari idea mereka ini..

aku sangat berharap agar semua yang terlibat dengan cerita tidak berfaedah..tidak berakhlak...cerita biadab dan tidak bermoral seperti ini dihentikan..

dan wajar aku rasa mereka semua bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas kebangangan mereka menerbitkan karya seperti ini...

dan aku meletakkan kekejian ini kepada mereka beserta sesiapa yang aku rasa suka untuk menonton karya ini lebih lebih lagi yang menjadikannya modal untuk menghina orang lain...

sekian