Search This Blog

Tuesday, December 15, 2009

kecik kecik cili padi

kecik kecik cili padi...padi di tanam di dalam sawah...
badan kecik tak cukup gigi...tapi perangai memang macam nak kene belasah

haha pantun plak aku..

semalam aku gi beli burger...dah kol 7lebih mase tuh..(buruk perangai dah megrib baru nak gi beli). masa dok tunggu brader berger tu memasak dengan penuh rintangan(gas abes,anak yang banyak soal dan bertanya..nape ayah jual berger???)...sesuatu yang maha dahsyat berlaku depan aku.jeng jejengggg..

tgh dok bosan tunggu..datang dua beradik...si adik lelaki lingkungan umur 3@4 tahun,dan si kakak 5@6 tahun..kedua duanya mempunyai raut wajah yang amat comel dan muka yang ceria...dan begitu mesra bergurau senda...

sehinggalah gurauan mereka berubah menjadi malapetaka yang sangat menakutkan...

tgh si adik tggu berger yang diorder...kelihatan mereka berdua tergelak gelak...amat mencuit hati...hingga aku terdengar dialog ini dari si kakak..
"aku tarik k**e(zakar lelaki) kau"..

pergh aku terkejut gile gaban ah...and aku pandang diorang..mcm takde ape berlaku...
hmm maybe tersalah dengar...

kemudian gelak tawa merea bersambung lagi..hingga terdengar pulak sesuatu yang lebih dahsyat dari si adik...ni kata dia..

"aku cucuk p*p*k(faraj wanita) ko"

aku mase tu menahan diri dari memijak mijak due orang budak tersebut..dan kali ini aku pasti tidak salah kerana mamat disebelah aku tros usha diorang ngan muke tak puas hati and sound ape bende tah kat bebudak tuh...

dan rupanya baru aku perasan..apa yang membuat mereka tergelak gelak tadi adalah kerana permainan si adik menarik seluar si kakak dan si kakak menarik seluar si adik...

nauzubillah..ya allah kau peliharalah zuriat aku dari melakukan perkara seperti ini...

di mane salahnya hingga ia berlaku...fikir fikir kan sendiri...

cuma yang membuat aku terfikir selepas itu....
jika di hadapan orang lain gurauan mereka adalah sebegitu rupa..bagaimana agaknya ketika mereka berada berdua saja di rumah...

semoga allah mengembalikan fahaman islam kepada mereka yang mengaku diri mereka muslim...ameen

Sunday, December 13, 2009

Allah maha pengampun....

assalamualaikum...
segala puji bagi allah..tuhan yang satu yang telah mencipta sekalian alam...
mengatur perjalanan alam dengan cukup sempurna...
selawat dan salam ke atas junjungan mulia muhammad s.a.w..

alhamdulilah berjaya merajinkan diri mengupdate...
agak busy selepas berenti kerja..
busy dengan bende yang ntah ape ape je...

kembali pada tajuk...

"ALLAH TU KAN MAHA PENGAMPUN DAN SEDANGKAN NABI PON MEMAAFKAN UMAT"

kat mane biasa kita dengar bende nih and bila masa biasa kita lihat orang cakap macam nih..

1>dalam kuliah agama oleh penceramah penceramah samaada bertauliah ataupon tidak,wahabi mahupon sufi,graduan azhari dan juga dari UPSI...haha

itu keadaan yang aku anggap biasa...

ha tapi yang kedua ni keadaan luar biasa bagi pendapat aku...
kata kata tadi juga diungkapkan ketika mana

2>due pasangan yang belum berkahwin ditangkap berkhalwat ataupon berzina..atau ringan ringan atau segala apa yang setaraf atau lebih teruk darinya...

inilah satu fenomena baru yang sering aku perasan..
berlaku di depan mata aku(berdasarkan pengalaman aku bersama golongan ini)..
dan juga berdasarkan cerita orang lain kepada aku atau berdasarkan ape ape jelah..

seakan ianya satu alasan yang kukuh untuk mengelakkan para pencegah maksiat bertindak menasihati,menangkap dan mencegah kemaksiatan yang berlaku..

bayangkan bila mana sepasang anak muda lelaki dan perempuan ditangkap khalwat...dan sebagai saudara seagama dan juga rakan..kita menasihati die..dan mengikatkan die dengan balasan di dunia dan akhirat yang allah janjikan...
balasan jika tidak bertaubat dan sebagainya...

kemudian ini jawapannya

"allah maha pengampun,nabi pon maafkan umat..kenape nak marah marah aku?"

"ngko tak tau ape perasaan aku,camne hati sanubari aku,dan pengaruh sekeliling aku camne..ape hak ngko nak salahkan aku"

"tak adil kalau ngko meletakkan beban salah ni atas aku sorang je...aku taknak pon bende ni berlaku"

"senang untuk kau cakap..tak berlaku pada kau..kau hanya tau nak menyalahkan aku atas ape yang berlaku"

macam macam lagi contoh ayat sebenarnya...

pernah sekali aku berkata pada golongan ini...

"mmg btol allah maha pengampun dan nabi pon maafkan umat...
tapi masa bila yang ko sedar yang allah maha pengampun dan nabi maafkan umat"

dan ini jawapan paling bangsat aku terima..

"tiap kali aku buat bende tu aku sedar dan menyesal...."

ape rase bile korang terima jawapan gitu..nak pelempang..ye mmg rase nak lempang...
tapi org kate berdakwah biar berhemah...
so aku pon tak lempang sebab die jauh dan berlainan jantina ngan aku..haha

ape die ingat allah ni mcm top up celcom???
bile syok ko enjoy gile gaban punye terbabas..
bile abes kredit baru ko menggagau nak gi carik 7 eleven beli kad top up baru...

bile nak berzina..macam macam style ko buat..
bile dah kantoi kene tangkap...baru kata saya memang dah insaf dan bertaubat...

hai la manusia...senang btol main main ngan hukum agama...
semoga allah memberi hidayah kepada kita semua insyaallah...

sebagai tugasan kepada sesiapa yang membaca...

fikirkan jawapan kepada kata kata ini

"apa hak ngko nak ingatkan aku pasal hukum hakam ni..and apsal ko nak kecoh kecoh cakap pasal balasan syurga neraka ni...allah kan maha pengampun dan nabi pon ampunkan umat"

fikir fikir kan...

salam alaykum w.b.t


Wednesday, December 2, 2009

publisiti murahan

assalamualaikum..

berikut disenaraikan teknik teknik mencari publisiti murahan yang berkesan...eh berkesan ke??

1. laksanakan pengajaran dan pembelajaran math dan sains dalam bahasa inggeris...
kemudian tukar semula kepada bahasa melayu dengan alasan "selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

2. keluarkan undang-undang kenderaan tua@lama@reput@old skool@tidak bergetah diwjibkan menjalani ujian di puspakol...
kemudian dibatalkan dengan alasan "selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

3. berjanji akan mengkaji semula kandungan kursus BTN selepas berapa punya lama doktrin rakyat dengan alasan
"selaras dengan gagasan 1 MALAYSIA...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..."

ini hanyalah teknik teknik terkini yang telah dipraktikan dan insyaallah teknik teknik lain akan menyusul lagi di masa masa mendatang...

selamat mencuba!!!!satuuuuu malaysia.............


Tuesday, December 1, 2009

sekali sekala je....

salam...
sekali sekala...kdg kdg ditulis skali skala...
beza ejaan je..pi lantak lah..

tapi sekali sekala yang macam ni takleh nak pi lantak..

sekali sekala je daing berdue ngan awek
sekali sekala je pegang tangan die
sekali sekala je main cuit cuit
sekali sekala je nyanyi same same dalam karaoke box
sekali sekala je gi tengok wayang bedua
sekali sekala je pi dok kat taman ngan si die
sekali sekala je kuar sampai lewat malam
sekali sekala je dok rapat rapat
sekali sekala je ium pipi die
sekali sekala je ringan ringan
sekali sekala je berzina
sekali sekala je awek aku mengandung
sekali sekala je nak dapat anak luar nikah
sekali sekali je anak aku nnti nak wat ape yang sekali sekala aku wat..

sekali sekala je allah turunkan bala..
tapi sekali turun kaw-kaw punye beb..


apsal la ramai sangat manusia bodoh (dikatakan bodoh sebab aku yakin mereka tahu perbuatan mereka salah) yang sekali sekala berbangga dengan kemaksiatan mereka..

muke hensem..alhamdulillah.
dapat plak awek cun..alhamdulillah.

pastu pi kepit awek..usung ke hulu ke hilir..rapat rapat amek gambar boh dalam internet and wat caption..
"my hero"
"my baby"
"my honey"
"my one and only"

*^$(&$(&$(^%$)&*(*)(%#&$@ la wei!!!!

nak doa kene mintak yang baik baik je..doa kecelekaan bagi mereka adalah bercanggah dengan ajaran islam...(fahaman timbalan perdana menteri)

tapi ni blog aku..

semoga allah memberi mereka ini peluang untuk bertaubat dan memalinkan hati mereka dari kemaksiatan...
dan semoga allah memberi mereka balasan jika masih lagi degil
(ada mana mana puak umno nak kate aku sesat???)..
muwahahahaha