Search This Blog

Thursday, November 5, 2009

usah malu jika benar.

assalamualaikum

sering terdengar ini???
"berkata benarlah walaupon ianya pahit".
(",)
and yg ni mesti jarang dengar kan..
"kenapa muke masam pahit je bile dengar sesuatu yang benar??"
hehe

satu fenomena alam yang senang dilihat berlaku pada manusia yang membuat kesalahan dan dengan megahnya tanpa sebarang rasa salah dan malu..mempromosi kesalahan itu di depan orang lain...
akan tetapi..bila mereka ditegur secara terang-terangan..atau mungkin ada yang berseloroh akan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan...

tiba-tiba mereka merasa malu(di manakah kemaluan mereka selama ini???)...tidak dapat menerima kenyataan...segan...seperti mengharapkan mereka tidak dikenali sesiapa..terasa ingin membenam kepala di dalam tanah seperti burung ostrich...dan bermacam aksi yang membahayakan atau langsung tidak memberi cabaran dilakukan..

teringin rasenye membawa contoh berlandaskan pengalaman..

mulekan dari segi politik..
satu ketika..semasa masih bergelar mahasiswa al-azhar di bumi tanta, mesir...hadir seorang teman..ke lawan ek??due due la..
beliau terus bertanya..."Azrin..sehat ke?ingat abang lagi?(kerana beliau tua setahun dari aku)..
aku melihat mukenye dan kemudian tersenyum..seraya berkata..
"owh..abg (*-*)(name perlu dicensored)..mane leh lupe..abang jadi fasilitator Kelab UMNO Selangor masa kursus Bahasa Arab pelajar baru Selangor kan??"
serentak dengan itu beliau tersentak...muke ala ala blushing kemerahan gitu...dan cube mengelak aku dari meneruskan perbualan...dan dalam masa yang sama ramai sahabat lain yang mula mengalihkan pandangan pada dia dan membuat muke terkejut dan tidak suka...

"baru aku sedar..dia segan dilabelkan sebagai ahli Kelab UMNO Selangor di Mesir"
kenape?mungkin kerana UMNO itu salah...

kisah kedua..

aku terlihat gambar seorang kawan lama..berpegangan tangan dengan seorang wanita...alhamdulillah aku bersyukur.
beliau jauh lebih muda dari aku dan sudah berpeluang mendirikan rumah tangga(betapa aku bersangka baik dengan beliau)
hinggalah satu masa...aktiviti berpegangan tangan mereka berlangsung di depan mata kepala aku sendiri..
dengan spontan dan terenyum aku berkata..
"wahhh tahniah ek..lagi cepat dari abang kawennya..tak jemput pulak tu..senyap senyap je"
si wanita lantas menarik tangan dan berlalu..
aku serba salah..adakah aku mengganggu hubungan intim mereka..
kemudian kawan aku pula berkata..
"abg tak payah la nak perli perli saya depan org ramai..saje nak malukan kitorang"
rupe-rupenye diorang tak kawen pon lagi..
haha..aku hanya tersenyum dan berkata.."pegilah pujuk die..tapi pastikan dengan cara yang dibenarkan leh agama..and aku takkan mintak maaf kat korang berdua atas ape aku cakap tadi"

ape perlunya die merasa malu bila ditegur?
owh mungkin dia baru tahu bahawa bukan mahram tidak boleh berpegang-pegangan

kes seterusnya..

hampir 3 tahun tidak bertemu seorang kawan lama..hai la rindunya...sms dibalas balas..sepakat untuk berjumpa di KLCC..
"jom ikut saya jumpa kawan"..katanya pada aku...dan aku bergurau.."nak perkenalkan makwe kat ke?.."..."takdelah" jawabnya..
maka kami berjalan..hingga bertemu seorang gadis..
cantik mukanya...berseri..terasa ingin melihat berulang kali..tetapi rambut yang menjurai hingga ke bahgian blkang badan menghalang untuk pandangan yang seterusnya.
"u sehat ke?.."mereka saling bertanya khabar selepas mereka bersalaman dan bertemu pipi seperti sepasang suami isteri..
aku terkedu,terkejut,terkesima,ter ter dan ber ter ter lagi..
aku hanya mengalihkan pandangan dari mereka..
dan kemudian..
"meet my very best friend..ini azrin..kawan sekolah dulu"..
si gadis cantik menghulur tangan kat aku...aku hanya mampu tersenyum dan meletakkan tangan di dada tanda hormat padanya...beliau terkejut namun kemudian tersenyum jua.
selesai mereka bertemu dan berbual mesra seketika..kami beredar..dan aku memulakan bicara ketika lunch..
"dah lama and dah biasa ke bersalan and berlaga pipi dengan pompuan?kenapa tak bercium mulut je tadi?alang alang nak wat dosa kan.."
suara aku yang kuat membuatkan pengunjung meja sebelah memandang kami dan terlopong seketika.
dan kawan aku berkata..
"slow la sikit..malu la orang lain dengar"

barangkali dia tak pernah tahu selama ini bahawa perbuatan itu salah..tapi jika tak tahu kenapa perlu malu??

kenapa dikala maksiat kita lakukan..kita megah..kita bersungguh..dan selesai dari itu..kite berbangga dan menceritakan kejahilan kita pada semua..

kenapa ketika maksiat itu berlangsung..tiada langsung rasa malu pada manusia sekeliling..tiada rasa segan pada mata mata yang melihat..

dan amat buruk

tiada rasa bersalah pada pihak yang memberi pinjam kepada kita akal,mata,badan kaki dan tangan..

usah malu jika kita di pihak kebenaran...tetapi jika kesalahan kita diperbetulkan oleh orang lain..terima lah ia..dan merasa malulah untuk melakukannya lagi..

wahai orang-orang yang beriman..masuklah kamu ke dalam kebaikan@keselamatan, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan..sesungguh syaitan itu bagimu adalah musuh yang nyata

Saturday, October 31, 2009

jangan tinggalkan mereka

bismillah..alhamdulillah

wohh sungguh lama tak berupdate..
busy busy busy..

johor dah pegi alhamdulillah..
sabah tak jadi...
mid valley pon same cancel jugak...

itu antara kerja promosi usim yang aku kene wat hehe..

kembali pada tajuk asal....

ketika di johor seminggu yang lalu....
sorang sorang aku jalan kol 11 malam gi carik makanan..
sebabnya aku tunggu kawan yang tak sampai sampai and aku tertido..

maka dikala malam aku berjalan itu..
terlihat di dalam pub di bawah hotel...
anak melayu dan cina berpakaian seksi menjolok mata..
dirangkul pinggang oleh pasangannya..

hehe...ape la diorang nih..nak menggalakkan aku kawen cepat nih haha..

maka teringat aku pada diri sendiri beberapa tahun yang lalu..

dulu aku membenci kawan aku yang merokok...
aku membenci kawan aku yang join skin head@punk@bla bla bla..
aku membenci kawan aku yang berpakaian seksi..
aku membenci kawan aku yang cerita pada aku bahwa die telah berzina...
aku membenci kawan aku yang derhaka pada mak ayah dia...
aku membenci kawan aku yang kuat melawan cikgu...

gile ramai aku benci..sape je yang aku suke kalo camni???
haha
mak papa aku sayang..abang kakak keluarga aku sayang..makwe aku pon aku sayang..hahaha ramai ramai..

hingga la satu masa aku ditegur sendiri oleh sorang kawan aku yang berciri ciri seperti salah satu yang tersenarai di atas..

gini kata kata die..
"aku tau la ko belaja agama..ngaji jejauh naik flight ke hulu ke hilir..tapi kalo ilmu ko tu tak digunekan nak tegor org perangai jahanam cam aku ape pekdahnya...setakat ko nak dok kat mesjid gi ajar org org tue yang tak reti nak buat dosa mcm aku ni ape guneye..diorang sume baik dah...tobat dah..takde nak gi kepit ngan pompuan sume..."

aku tersentak..terdiam..terkejut..terkesima..terkentut tidak sama sekali ye..
pastu ngan selambe aku meneruskan aktiviti makan aku yang terhenti tadi...kawan aku pon wat muke hangin ngan aku...

punce die cakap gitu kat aku sebab die perasan aku cube menjauhkan diri dari bergaul dengan die dan kawan kawan yang lain yang jugak menurut die separa jahanam...

bermula pada detik itu sebenarnya aku merasa aku perlu merubah diri aku..
btol gak kate kawan tuh..
sape lagi nak menegur puak puak separa jahanam ni kalau bukan kengkawan diorang sendiri..

jadi kalau aku menjauhkan diri dari diorang..sampai bile diorang nak sedar akan kesalahan yang dibuat...dieorang maybe tahu itu salah..tetapi terlupa aje rasenye..

jadi aku bertekad untuk terus berkawan dengan kawan kawan aku yang berperangai separa jahanam ini...
pernah sekali kawan aku menghembuskan asap rokok kat muke aku..sebab nak ajak aku try bende tuh...aku jerit TAK NAK!!!!haha x la sampai menjerit...

pernah juga kawan aku berlaga pipi dengan kawan berlainan jantina di depan aku...dan awek cun tersebut mempelawa aku melakukan perkara yang sama...wohoo..alhamdulilah iman kuat...kalau tak sudah tentu aku ada pengalaman baru dan dosa yang baru..haha

dan pernah aku berjumpa ngan kawan yang matanya merah menyala..aku tanya..ko lepas abes shooting cite padiyappa ke??
dan selambe die jawab.."tak ah bro..baru layan ganja and main ngan awek gua..."

perghh gile kentang beb...kawan aku tu haha...

so aku ni ngan mulut yang tidak dicover insurans oleh takaful ikhlas(terima kasih kepada agent yang sentiasa mengambil berat)haha..
aku pon sound le kawan kawan yg wat silap nih...tapi ngan cara yang baik dan die respond baik..

tak la aku kate..wohh berzina..rejam rejam rejammmmmmmmmmm....

kesimpulan yg nak aku katakan...

kepada kengkawan lulusan azhar...kuis@kisdar...kiblah..smapkajang dan sesape je la..
kalo kawan kite berperangai separa or fully jahanam...jgn terus menjauhkan diri dari mereka..
bantu mereka sekadar yang kita mampu...nasihatkan mereka dan ingatkan mereka akan balasan atas kesilapan yang mereka lakukan..

and kalau nak selamat..kat ujung nasihat tu selitkan ayat gini..
"kali ni aku tegur salah silap ngko..tak bermakna aku ni suci bersih macam iklan dobi..jauh lagi nak kata aku maksum...so satu masa kalo ko nampak aku wat silap..ko tegur aku balik..kite manusia beb"...

sekian dari aku...

Tuesday, October 20, 2009

hai la sampah..

assalamualaikum..
lemenye tak update..
jom bicara lagi pasal akhlak..hehe

semalam ptg gi pasar malam..
jalan jalan sambil minum air kelapa dalam cawan plastik dibeli dengan harga singgit..
sedut sedut sedut..eii dah abes plak...

maka mata meliar mencari...
"mane gerangan uncle Ton??...uncle TONG SAMPAH sebenarnya..hehe

sekali tak kelihatan la plak..
so masa beli bawang..saje ah tanye si peniaga Melayu itu..
"dik..kedai ko ade tong sampah tak..nak buang cawan ni bole??..(baikkan aku..minta kebenaran nak bagi sampah kat orang lain)..hahaha

sekali si adek itu menjawab..
"sampah buang bawah je bang.."

wohh aku terkesima..terkejut..teruja ke??terkentut tak lagi ye hehe..

aku tgok die..and tanye lagi..
"buang kat mane??"

"bawah meja"..die kate..

aku lantas menjawab.."takpe saya pegang"..

di dalam hati aku mempersoalkan..camane gerangan latarbelakang pendidikan agama beliau..

sudah amat bagus beliau berkecimpung dalam perniagaan...itu mmg islam galakkan..
tapi bab kebersihan..aku tak sure die ikut ajaran agama mana...

aku tidak mengkafirkan die..jangan salah faham ye...

maka aku berusaha mencari tong sampah..dan terjumpe alhamdulillah..
maka bersemadilah sampah itu di tempat yang wajar baginya.

namun aku masih keliru...
kenapa begitu bengapnya manusia ini yang tidak menjaga kebersihan alam pinjaman tuhan ini..

bayangkan ada org meminjam kereta anda..
dan kereta tersebut dipulangkan dalam keadaan berpasir,berlumpur dan sebagainya..marah kan??
bayangkan orang meminjam baju anda dan dipulangkan dalam keadaan ia basah berpeluh dan waaaaangiiiiiiiiii...marah kan?
bayangkan orang meminjam buku anda dan dipulangkan dalam keadaan berconteng monteng..marah kan??
dan bayangkan orang meminjam anak gadis anda dan dipulangkan dalam keadaan tidak suci..laaagi anda marah kan????

maka bayangkanlah..anda meminjam alam ciptaan tuhan dan tidak dipulangkan padanya dalam keadaan yang sepatutnya...anda ingat die tak marah kat anda???

haha..

bersama menjaga kebersihan..
aku mintak maap kat sorang pakcik yang mana anak die kene jerit ngan aku sebab buang sampah dari tingkap kereta depan mata aku...nasib pakcik la aku bukak tingkap mase tu and anak pakcik kene maki ngan aku..haha..aku suke toyota rush yg pakcik bawak..tapi aku kasihan kat kereta tu sebab dapat tuan yang tak reti nak menghargai pinjaman tuhan..

and kepada peniaga pasar malam..
bersama kita menjaga kebersihan..yehaaaa...!!!

Sunday, October 11, 2009

masuklah UMNO

salamz...

kali ini entry politik lagi..
kalau tak suke dan nak kate aku fanatik..
boleh pegi baca blog lain yang korang rasa tak fanatik..
kalau rase entry aku kali ni bersifat berat sebelah dan hanya menilai sebuah parti sahaja..
ye memang benar..sebab ade satu lagi parti dah kompem tak berguna..hahaha

ini blog aku..harap maklum..

Ingin menyertai UMNO dan sekutunya @ BN..
sile lengkapkan borang jika anda memiliki krateria berikut..

Berkemahiran dalam memberi dan menerima rasuah..

Mempunyai kepakaran memutar belit..

Kreatif mengampu dan mengipas pimpinan parti..

Mempunyai leher yang longgar untuk mengangguk tanda setuju dengan segala keputusan parti..

Berkeupayaan memarang kepala para petugas parti lain..

Tidak berprinsip dan mampu menjadi fleksible dengan slogan perdana menteri yang berubah-ubah

Merasa sakit bilamana anda ditepuk..dan menunjukkan kesan lebam di tengkuk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar..

dalam kata lain..jika anda seorang yang BAIK HATI, AMANAH, BERPRINSIP, JUJUR, IKHLAS dan segala sifat mahmudah yang seangkatan dengannya...maka permohonan keahlian anda tidak akan diluluskan..

hehe..blog aku...aku punye suke la..

tahniah kepada ISA SAMAD...atas kemenangan bermajoriti 5000...
teruskan perjuangan kepada pakatan rakyat...lawan tetap lawan..
dan tahniah juga kepada umno dan pengundinya..kerana berjaya istiqomah mencalon dan memilih pemimpin yang kaki rasuah..haha

Thursday, October 8, 2009

jangan salahkan mereka...mereka hanyalah....

bismillah...
sunyi blog nih..lame tak update..
banyak isu nak cerita tapi lagi tebal rasa malas nak memulakan bicara..haha

kali ini aku nak bicara hal politik...eh mungkin keselamatan negara...hmm atau cerita pihak berkuasa???..maybe berkait semuanya..

saban hari bermacam cacian dan makian dan kejian danpenghinaan juga cemuhan..hamburan..tuduhan dan ber an an an an lagi dilemparkan kepada pihak berkuasa negara...iaitu polis..jarang sekali kepada golongan tentera...

pernah sekali aku menyertai tunjuk perasaan...jeritan begini pernah aku dengari..

"jage jage..ada anjing(polis) mai tu.."

pernah juga berbunyi gitu..

"polis anjing umno..."

namun tidak semua polis begitu..

pernah aje aku senyum pada sorang polis dan kata padanya..

"tadah la tangan doa sekali ngan kitorang sume..."..muke die still macam nak mintak diterajang..tapi die tadah jugak tangan..sekali aku tengok tag nama die...loh...polis hindu rupenye..ahaks aku malu sendiri...

kenape ye...

bile pimpinan pembangkang dikasari....kite memarahi polis dan mengatakan mereka tiada etika..

bila pemimpin kerajaan di kawal sepanjang hari...kita kata polis adalah balaci..

bila polis suruh bersurai...abes depa sume kene maki...

bila polis kejar..sume penunjuk perasaan berterabur lari...sambil memaki maki...

bila beng hock "terjun" bangunan...org kata polis berdiam diri...

bila exco umno kata "ditumbuk"...sume polis bekerja mencari bukti

bila pemuda pas kene taji..panggg parang hinggap di dahi...polis kate masih belum tahu siapa yang nak disyaki..

macam macam kita dengar hal pak polisi kat malaysia nih...
ada yang busuk hati...ada juga yang baik hati...
ada yang berhaluan kanan..ada juga yang berhaluan kiri...
ada yang benar benar ikhlas berbudi..ada yang suke jadi SB..siput babi ke?

macam macam lah kesahnya kan...
dan dari hari ke hari kekurangan polis ini semakin dikenal pasti..
bukan oleh mereka sendiri tapi oleh org yang dizalimi..

dan dengan itu juga smakain bertambah pandangan negatif dan caci maki pada pak polisi(nape aku menyokong bahasa indonesia nih???)

jangan salahkan mereka...mereka hanyalah manusia yang bisu,buta dan tuli...kire ok lah aku kata mereka masih lagi manusia..

hahaha..polis polis..patutla dari kecik aku tak penah teringin nak jadi polis...