Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

kecil tapi power

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrohim...

akhirnya timbul rasa rajin mengupdate blog ni setelah agak lame tidak berisi...

hujung minggu merupakan satu kebiasaan bagi family aku terutamanya parents aku untuk pergi bekebun serba siket kat kebun kami di kuang..
dan hari ni alhamdulillah aku berpeluang dan diberi tenaga untuk membantu mereka menjalankan rutin mingguan mereka yang biasa...

dan nak dijadikan cerita..peristiwa beberapa bulan lepas berulang lagi pada hari ini...
sebulan yang lalu kalau tak silap aku...ketika sedang syok memotong rumput..dengan tak sengaja aku termesin sekali sebuah sarang tebuan kat pangkal pokok ape ntah dalam kebun tu...

maka cam biasa...pandai carik pasal pandai tanggung ah akibatnya...
dengan sepantas tebuan aku telah terkena 2@3 das sengatan tebuan yang sehat sehat badan mereka..sengatan yang hinggap di pergelangan telah menyebabkan tangan kanan aku keseluruhannya hingga ke bahu terasa kebas dan pedih pedih...

seminggu kemudian sarang tersebut selamat dimusnahkan oleh bapak aku...hehe

dan tadi ketika sedang menghayun hayun mesin pemotong rumput di celah celah pokok..
zupp..ada satu sengatan hinggap kat kening kanan aku..perghh gile nye pedih beb..aku dah pikir..
"aduh..tebuan lagi ke?"...maka aku pon berlari lari bapak untuk menyelamatkan diri sambil memegang dahi yang mule pedih...

tapi bile pusing belakang..tak nampak plak aku tebuan or sarangnye...dan aku juga tidak terus dikejar serangga serangga KECIl itu...

so aku berhenti seketika dengan harapan nak sambung memotong semula...

tak sampai seminit...sakit di kening dan dahi merebak ke hidung dan bahagian kepala menjadi kebas dan sangat pedih...

aku tros balik carik bapak aku tanye kot ada ubat yang best best ke...

ada katenye...sejenis minyak panas disapu ke kening...dan disebabkan bapak aku tak nampak kat mane kesan sengatannya...dengan segala hormatnya beliau sapu minyak tu kat mata aku sekali...

adoyai...nak nangis rasenye bile minyak panas masuk mata...alhamdulillah teknik membasahkan tuala dan menekannya sekuat hati kat mata mampu mengurangkan sakit...

dan kesannya...skrang nih mata kanan aku sepet sikit sebab dah bengkak kene sengat haha...

ape nak cite kat sini bukan pasal sakit yang dialami...akan tetapi, dua peristiwa ini membuat aku berfikir akan manusia yang berbadan besar berakal sehat tapi tidaklah sehebat mana pon..

baru baru ni ade berita student kene buli sampai mati...
pastu ada plak cite askar pon kene buli sampai mati...
belum dikira dulu nye kes polis tembak budak sampai mati...
pastu plak kerajaan dok tangkap orang masuk ISA berulang kali...

entah kenapa manusia ini semuanya merasa megah dan hebat sehingga sanggup melakukan segala jenis keburukan ini...

adakah kerana pangkat yang besar??
duit yang berlipat kali ganda jumlahnya???
kereta dan rumah mewah yang dimilikinya??
bodyguard yang dirasakan setia melindunginya??

ada baiknya jika kita jadi seperti si tebuan ini sume...
tubuhnya kecil...adakalanya tak perasan pon bila melihatnya...

kerjanya tidak pernah membuli,menganiaya atau sengaja menyakiti sesama makhluk yang lain..
tetapi hanya bertindak bilamana dirinya terasa diancam...
dan tindakannya btol btol memberi kesan yang mendalam...

maka janganlah kita merasa diri kita hebat dengan kebesaran yang ada...
lebih elok jika rasa rendah diri dijadikan peneman setiap masa...
nescaya dunia ini aman bahgia...

dan 2 peristiwa disengat ini juga membuka mataku untuk melihat dan mengatakan bahawa..

kemenangan bukanlah sentiasa milik mereka yang besar dan kuat
juga bukan selalu dimiliki oleh mereka yang merasakan dirinya hebat
cuba kalau puak puak sengal ni kene sengat
kompem menggelabah macam dunia depan mata dah nak kiamat..

hehe
wassalam

Thursday, July 1, 2010

pelaris yang memualkan

bismillah...alhamdulillah..assalamualaikum w.b.t...
lamenye tak update mr bloggy aku nih..lebih sebulan rasenye..
idea banyak..masa banyak..tapi sikap suka bertangguh tu masih pekat mengalir dalam diri nih haha..

coretan kali ini rasenye masih lagi berkenaan dengan isu semasa..
biasak ah...manusia kan..ape kite nampak mesti mau cerita punye...

sejak due menjak bermenjak menjak nih...
aku sering melihat sebuah akhbar yang sangat terkenal dengan berita berita sensasinya..
tapi bukan laporan sukannya membuat ia terkenal..
bukan juga laporan berita nasionalnya...
bukan juga laporan antarabangsanya..
dan bukan juga laporan politiknya membuat ia terkenal..

tetapi ia terkenal dengan laporannya mengenai keruntuhan akhlak yang berlaku di dalam negara..
bagus bagus dan bagus..
satu usaha murni untuk membuka minda manusia yg membaca..

tetapi akhir akhir ini aku merasa meluat melihat akhbar ini dan memutuskan untuk tidak lagi membelinya...

kerana laporannya yang memualkan...
tajuknya yang lebih sensasi dari isi kandungannya..
dan kerana aku merasa malu kerana akhbar itu kelihatab seperti sebuah tabloid lucah...

malu aku nak membelinya...

ape perlunya meletakkan tajuk muka depan begini...

"urut jumaat.."
"urut batin..."
"sedekah dengan wang jual badan..."

dan banyak lagi...

jika dulu peniaga ramai melariskan perniagaan dengan berjumpa bomoh dan mintak itu ini...
tapi kini aku rasa penerbit akhbar ini melariskan perniagaan dengan tajuk tajuk lucah begini..

mungkin benar sedikit sebanyak ia membantu pembaca berhati hati dengan keruntuhan akhlak ini dan mengambil berat tentang benda nih...

tapi adakalanya aku rasa..akhbar ini satu masa nanti akan menjadi agen yang menyebarkan maklumat di mana tawaran urut batin la..urut jumaat la...body to body la...ditawarkan..

niat yang asal untuk mencegah kemungkaran tapi kalau dah melampau lampau mungkin akan membuatkan ia menjadi penaik napsu dan penggalak kepada pembaca untuk mencari dan menggunakan khidmat yang bertentangan syarak ini ditawarkan

wallahua'lam..

semoga kalau ada yang membaca mendapat manfaat
dan semoga terpelihara dari perangai editor akhbar ni dan juga dari terlibat dengan orang yang menawarkan khidmat2 yg disebutkan di ata

Thursday, May 20, 2010

ya memang mereka baik

bismillah
assalamualaikum..

melayari internet masuk tahun yang ke 17 ni..aku masih tidak jemu membaca ape yang dihidangkan di dalamnya...
namun akhir akhir ni..mata dan minda yang masih beroperasi ini sering dihidangkan dengan entry entry sesat yang cukup menyampah aku membacanya...
kesesatan yang aku maksudkan adalah kesesatan yang dizahirkan oleh mereka yang ego,sombong,bersangka buruk dengan orang lain dan tidak berani menerima teguran apatah lagi mengubah diri keluar dari kesesatan..

terbaca sebuah blog baru baru ini yang dimiliki oleh seorang sahabat wanita yang aku pon tak tahu sape die sebenarnya..
di dalamnya mengisahkan tentang dirinya berbaju ketat dan bertudung...dan dibandingkan dirinya dengan wanita yang berjubah berbaju kurung dan bertudung...

kemudian di akhirnya dikatakan...tidak semestinya wanita bertudung berjubah itu lebih baik dari beliau yang berbaju ketat kerana beliau masih lagi bertudung...

tidak semestinya wanita bertudung litup dan labuh itu baik budi pekertinya...

tidak semestinya wanita berjubah itu tidak seksi pakaian di dalamnya...

memang pelik bilamana pelajar peringkat universiti ini berfikiran sebegini...
rasenye bilamana kita melihat sebuah kenderaan mewah..
BMW lah katakan..sekali lihat kita akan terus kata..
"wah BMW..hebat nih"
nampak plak mercedes..
"subhanallah indah cantiknye lah kereta tu"...

maknanya kita sebagai manusia akan menghukum apa yang di depan mata kata berdasarkan zahirnya...

jadi kepada empunya blog yang merasakan dirinya lebih baik dari wanita yang bertudung labuh dan berbaju kurung atau jubah...

ingatlah satu perkara...mata yang melihat anda hanya mampu mengakses anda berdasarkan luaran anda..luaran anda mencerminkan dalaman anda...

jadi memang benar sebenarnya wanita bertudung labuh dan berjubah mahupon berbaju kurung itu adalah lebih baik dari anda...

kerana pada zahirnya pakaian mereka tidak menjolok mata berbanding pakaian anda yang masih bertudung..tetapi berpakaian ketat..seksi lagi menyeksakan..

janganlah cakap sesedap mulut dan hati perasaan kita je..
mungkin di masa akan datang kita perlu lebih berhati hati dan ingat bahawa..mata kita sama dengan mata orang lain yang melihat kita..kesemuanya hanya mampu menilai orang dari segi luarannya sahaja..

andaikata mata dapat mengakses hingga ke hati semua manusia...aku rasakan nescaya tiada masaalah untuk menbgamalkan poligami di negara islam malaysia ini ...hahahaha..

assalamualaikum

Monday, May 3, 2010

dulu lain..sekarang lain...

bismillah
assalamualaikum...

rajin plak aku mengupdate ationdanet nih...
mata dah ngantuk..tapi sementara bersemangat nih aku tulis gak...
esok banyak keje lain plak nak wat...
malam je la waktu nak melarikan dari keceriaan melampau anak buah...
dan merehatkan minda...haha
(padahal bukan aku jage diorang sangat pon haha)

kembali pada tajuk di malam ini..
DULU LAIN...SEKARANG LAIN..
orang ramai akan kate...
"biasak ah bro..bende semua berubah kan"..

ye memang betol...tapi perubahan yang macam mana ek?
postif?...negatif???tentatif???abdul latif???fauziah latiff??? haha

akhir akhir ini pelbagai perkara berlaku di sekeliling kita...
pelbagai perubahan baik dan buruk berlaku di depan mata...

asalnya pengeluar proton dan perodua..malaysia ada plak team formula one lumba kereta..

anak anak kecil lumbe basikal di kampung...muncul pula seorang pengayuh basikal hebat dari terengganu yang mungkin mampu menjadi jaguh pecut dunia..

dari sebuah sekolah yang serba dhaif...dapat 4 juta dari perdana menteri untuk mendirikan bangunan baru

longkang yang dalam keadaan tidak elok diberi peruntukan berjuta juta untuk dipulihkan..

harga makanan di kompleks pkns bangi baru saja naik berkuatkuasa hari ini...

insurans third party untuk kenderaan kini semakin sukar didapati...

polis yang dulu menjadi modal menakutkan anak anak yang jahat kini akhirnya menjadi kenyataan...sememangnya polis kini amat menakutkan...

dengan menjadi seorang pengangkat tilam keluar masuk mahkamah...ianya satu kelayakan yang besar untuk menjadi orang berpangkat besar dan tinggi di dalam sistem keselamatan negara...

seorang peminum arak yang telah bertaubat dicaci dan diungkit-ungkit kesalahan lamanya oleh bekas kawan-kawannya yang turut sama minum arak...

dan yang amat dahsyat dan jelas sekali perbezaannya...

dosa kini boleh diampunkan oleh makhluk juga...huhu

akhir akhir ini juga...terpampang di dada akhbar berkenaan seorang menteri besar yang degil, derhaka dan tidak taat pada seorang ketua negeri...

arahan ketua negeri itu yang dilanggar seolah olah layak untuk menyebabkan si menteri besar dihalang dari memasuki negeri itu..

zuppp
tros aku terfikir...

rasuah yang haram berleluasa...
zina yang haram boleh dilakukan di mana-mana...
rompak,rogol,bunuh seperti sebuah drama di depan mata...
hukum hudud yang allah tetapkan hanya menjadi bahan kritikan dan bualan malah dikatakan tidak sesuai dengan zaman....

owh banyaknya arahan Allah dilanggar...

jika arahan ketua negeri menyebabkan si menteri besar tadi tidak dialu-alukan di negeri itu..

bagaimana pula bagi mereka yang mengingkari arahan allah ini..
tiada tempat untuk mereka dialu-alukan barangkali di dunia ini..

hendak ke luar negara???masih allah yang punya...
hendak ke bulan jauhnya???masih allah yang punya...
hendak ke matahari???kalau boleh idup la...masih ianya tetap allah yang punya...

insaflah wahai diri sendiri dan sesiapa yang membaca..

"Ya Allah..kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetangga ku, anak-anak muridku, pemimpin-pemimpin ku, sultan dan raja raja di negara ku dan semua umat islam di muka bumi ini"

"Ya Allah, berilah hidayah kepada muslimin yang leka untuk kembali bertaubat dan mengikut jalanmu yang satu...bukalah pintu hatiku, ibu bapaku ahli keluargaku, guru-guruku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetangga ku, anak-anak muridku, pemimpin-pemimpin ku, sultan dan raja raja di negara ku dan semua umat islam di muka bumi ini, agar kami sedar sesungguhnya tiada yang maha adil dan berkuasa di dunia ini melainkanmu"

wallahua'lam

Saturday, May 1, 2010

dua jam berkomuter..

assalamualaikum...

alhamdulillah berpeluang sekali lagi mengupdate blog yang lame tak bersentuh nih...
umur yang telah mencecah lebih 25 tahun ini telah melihat banyak perkara yang berlaku di depan mata...
dan dua jam darinya allah s.w.t takdirkan aku berada di dalam komuter dari ukm menuju ke rawang..
tujuannya adalah untuk mengambil kereta akak aku yang baru dibeli..janji dengan agen penjual untuk bertemu di sana...
dan nak diceritakan di sini...pengalaman dua jam bersama komuter..

disebabkan aku berada di dalam fatrah imtihan akhir...maka aku memutuskan untuk membawa bersama nota untuk dibaca di dalam perjalanan(dua jam nota yang dibaca tak kuar satu hapa pon soalan berkenaannya mase exam..tapi ada manfaat dengan pembacaan tu insyaallah)

maka perjalanan bermula dengan mudah alhamdulillah..
masuk train dapat tempat duduk selepas berdiri sejauh 3 stesyen. dan aku cuba memanfaatkan masa dengan membaca nota yang dibekalkan...
namun terdapat beberapa adegan yang berlaku di sekeliling aku agak mencuri dan mengganggu tumpuan membaca aku..

kelihatan 3 orang gadis melayu sedang rancak berbual..manis senyuman mereka diselang seli dengan tawa kecil yang agak terkawal dan sopan...
namun berdepan dengan mereka terdapat sekumpulan 2 orang remaja cina sedang mengulangkaji pengajian mereka sementara sampai ke destinasi..

kemudian tertarik pula mata ini akan seorang pakcik melayu yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum...tersenyum sambil membaca tugasan yang barangkali dihantar oleh anak muridnya...sambil menandakan bulat dan garis dan pangkah dengan pen berwarna merah..beliau sekali sekali menggeleng kepala dan tergelak kecil dengan apa yang dibacanya...teringin untuk membaca bersama dengannya tetapi segan..haha

dan berlaku sesuatu yang paling menyakitkan mata sepanjang perjalanan tersebut...ia bermula dari stesyen kuala lumpur hingga ke rawang..
kelihatan beberapa orang pelajar sekolah swasta menaiki train..lelaki dan perempuan...seorang pelajar lelaki duduk di sebelah aku..dan beliau sempat melemparkan senyuman pada aku sebelum mengeluarkan buku..dan beliau berbangsa india...berdepan dengannya kelihatan seorang pelajar cina dan melayu berbincang mengenai sebuah buku yang dikeluarkan oleh pelajar melayu tersebut..

dan berdekatan dengan pintu kelihatan satu fenomena alam yang berlaku tidak pada tempatnya dan tidak pada masanya...

terpandang mata ini akan sepasang pelajar lelaki dan perempuan sekolah swasta tadi..mereka berbangsa melayu dan beragama islam barangkali...
apa yg memeranjatkan dan menjengkelkan adalah keadaan keduanya...
si lelaki meletakkan tangannya pada pinggang si remaja perempuan...dan adakalanya ia turun ke punggung pelajar perempuan itu...

dan semakin mengaibkan adalah pada seluar pelajar lelaki itu kelihatan kemaluannya semakin menegang dan digesekkan atau dikenakan kepada si pelajar perempuan setiap kali train bergoyang. dan mereka tertawa kecil...aku sudah merasa tidak tenang dan terasa ingin menegur..

secara tiba tiba datang seorang brader dan berdiri sangat rapat di sebelah pelajar perempuan itu dan merenung mata si pelajar lelaki...
maka tekejutlah mereka dan merahlah muka si perempuan...dengan suara yang jelas kedengaran si brader berkata..
"ko ni apsal?dah takleh tahan ke?"...dan sepanjang perjalanan brader ini berdiri di sebelah awek tersebut sambil merenung si pelajar lelaki tu..hahaha...

aku dan passenger lain menahan gelak tawa yang jika dilepaskan aku rasa due orang budak tu akan terjun dari train sebab x tahan malu haha...

jelas lagi terang takyah suluh ngan spotlite bahawa akhlak remaja kini berada pada tahap yang amat teruk sekali...
dengan berpakaian sekolah juga mereka berani melakukan perkara sedemikian rupa..di depan orang ramai plak tu..
adoyai sungguh memalukan dan menyakitkan..
namun aku berharap tindakan brader tu yang sungguh berani dan bertanggungjawab dapat memberi pengajaran kepada mereka dan menjadi pengajaran kepada passenger lain termasuk aku untuk bertindak mencegah maksiat sekiranya ia berlaku di depan mata insyaalah....