Search This Blog

Wednesday, September 16, 2009

alah..masing masing lah

bismillah..
salamalaykum

ape kabar semua?semoga sehat insyaallah..
aku sehat je..masih berdebar menunggu tawaran sambung wat master..bile la nak dapat surat jawapan nih..

ok..lupekan dulu hal master..

entry sebelum ni kite dah borakkan pasal rapat tak rapat sof di dalam solat..
jadi di dalam entry kali ini..ingin aku bawakan satu lagi fenomena umat islam yang seringkali berlaku di depan mata kita...
tapi kita diamkan kerana sering beranggapan..
"alah biasa lah tu"..

seminggu yang lalu...
kebetulan aku ke sebuah surau untuk bersolat zohor...
alhamdulilah tetibe surau itu ramai pengunjungnya..
mungkin disebabkan ramadhan..
takpe alhamdulillah..
(sekadar gambar hiasan)
so nak dijadikan cerita..selesai berwuduk aku masuk ke surau..
dan kelihatan 5,6 org pengunjung surau mengambil sorang satu sejadah..
dan dibentangkan berjauhan antara satu sama lain..

"eh apehal lak nih.."kata hatiku hehe..
maka dengan spontan aku berkata pada semua..

"eh solat jemaah ah ramai ramai.."

dan ini jawapan sorang dari mereka..

"alah..masing-masing lah solat..."

aku terkedu..terkejut..terkesima...dan alhamdulillah tidak terkentut..haha sib baik tak batal wuduk...

dan pengunjung yang lain juga bersetuju dengan si mamat tadi...

dan seperti biasa..mulut laser aku memainkan peranannya..
"eh korang ni tak tau ke solat jemaah tu dapat ganjaran lebih..semayang zohor je pon..bukan kene bace kuat-kuat..dah dah..meh sini aku jadi imam..."

maka kami pon bersolat berjemaah alhamdulillah...

dan semalam..sekali lagi perkara ini terjadi...
ketika berwuduk ada 4 org pengunjung lain bersama aku...dan mereka selesai berwuduk dulu..
aku terasa gembira..yey dapat jemaah lagi...
sekali aku masuk surau...

huk aloh..semua dah semayang sendiri sendiri...
ape perangai la puak puak nih...

ada org yang akan berkata..

"biasa ah tu..dah jadi adat org mesia"

aku tak setuju...
benda benda yg menampakkan kebodohan umat islam kenapa kita nak anggap sebagai biasa..
org yang beranggapan begini maknenye beranggapan juga bahawa umat islam menjadi bodoh adalah perkara yang biasa...

dan aku terpikir plak..
kepada golongan yang suka menuduh mereka yang berzikir sendirian selepas solat sebagai WAHHABI....apa pula gelaran yang nak korang berikan pada mereka yang datang ke surau dan masjid dan kemudian bersolat secara bersendirian....
adakah ini juga kategori WAHHABI????

hanya orang bodoh akan jawab YA!!!

hahaha...
kasar ke bahasa aku..ahaks sori...ni kan blog aku..jangan lupe ye hehe

Friday, September 11, 2009

istauf..istaqim..wa'tadiluuu

seringkali kite tersengar muazzin akan berkata..
"safffff"
sebelum beliau melaungkan iqamah..

teringat ketika belajar dulu...
Dr aku kata..muazzin skrang suke amek aleh tugas imam..

tugas muazzin adalah melaungkan azan dan iqamah...
dan tugas menyebut "saff" atau yang seerti denganya dan memastikan saf makmum dalam keadaan baik adalah tugas si imam..

namun pensyarah aku juga kata..
jangan sebok pertikai muazzin kalau beliau gila kuasa nak buat jugak perkara ini..
tetapi berseboklah kita menegur si imam jika dia tidak melaksanakan tugas dia..

namun minggu lepas aku berpeluang solat terawih di kg halaman..
lame rasenye tak balik ke sana..
alhamdulillah si imam tak lupa tugasnya dan si muazzin juga turut membantu melaksanakan tugas si imam...

namun masih terdapat kekecewaan..

jemaah hanya mendengar arahan imam meluruskan sof...
tetapi mungkin mereka tak perasan imam itu juga menyebut..
"rapatkan sof anda"

aku usaha dua tiga kali meminta jemaah di sebelah kiri aku merapatkan sof dengan aku..
tapi gagal..
malah aku dijeling oleh beliau..
dan aku juga dijeling atas ke bawah oleh jemaah di kanan aku..
hanya kerana aku merapatkan kaki aku dengan kaki dia..

adakah beliau beranggapan aku gay untuk menyentuhnya????
hahaha
aku masih normal...haha

sehingga rakaat ke lapan..aku masih gagal dalam usaha merapatkan sof itu...
maka beredarlah aku balik ke rumah mkcik kerana mengantuk bermusafir di siang hari...

sampai bila agaknya perkara ini akan berlarutan...
pernah sekali aku menjadi imam..
aku menunggu jemaah di sof kedua memenuhkan sof pertama..
namun jemaah tersebut ingkar dengan arahan aku haha..
dan jemaah di sof pertama kata kat aku..
"alah semayang je"..

haha..sib baik aku tak gelak dalam solat aku sebab teringat bende tuh..

so..kepada sesapa yang menjadi imam...
pastikan jemaah anda berada dalam sof yang sebaiknya..
dan kepada makmum....dengarlah cakap imam anda...

sekian

Monday, September 7, 2009

good luck guys

salam..

good luck to primary 6 students sekolah islam adni
UPSR is easy..dont worry just be happy and make sure u dont get E..
hehe

semoga allah memudahkan urusan anak anak murid aku jawab exam UPSR diorang insyaallah
6 ghifari rulezzz...haha

E,E,E a never ending E

just came back from a meeting..
huhu 3 hours meeting..demn it

anyway..everybody were laughing in the meeting..
dunno why..
sometime the things are not funny..
they lough still..
maybe becoz of the fasting..hehe

then sumbody mention about e-student..
maka otak aku bergerak..

e-student
e-mail
e-banking
e-service
e! online

eeeeee meluat aku kalo dah banyak sangat huruf E...

haha..

Monday, August 31, 2009

kasihan si babi

assalamualaikum
selamat berposa kepada mereka yang berposa..
kepada yang tidak berposa..jangan lupa ganti..agak agak tanak ganti...siapkan diri nak kene bakar ngan api neraka haha..

entry aku kali ni berbunyi seolah olah aku berperikemanusiaan kepada sejenis haiwan yang menjadi punca penyakit dahsyat dan haram dimakan oleh seantero umat islam.
so..apsal lak aku nk kesian kat die??

aku menjadi kesian kepada spesis babi ini kerana mereka telah menjadi satu ikon bagi manusia pelik yang ingin menyamakan taraf mereka dengan spesis babi..

jika sebelum ini..mungkin kita biasa mendengar percakapan seperti nih..
"gile babi cun minah tu"..
"mamat tu kaye gile babi siot.."
"pandai gile babi ah student tuh.."
atau..
"anda ni mempunyai simptom dijangkiti selesema babi ni.."..kata si doktor.. haha..

tapi populariti babi semakin meningkat dari hari ke hari..
baru je tadi aku melayari satu blog yang agak bersahaja penulisannya..aku suka..
dan di dalam tu lebih banyak menceritakan perihal kehidupan harian si empunya blog..

bace punye bace..sambil menghayati gambar gambar beliau dan kawan-kawannya...
aku terperasan satu benda...
minah ini amat menggemari perkataan babi..

aku tak tau kenape babi begitu mendapat tempat di hatinya..
ini antara anasir babi yang terdapat di dalam blognya..
beliau menyatakan rumah kawan beliau besar gile babi...ada kawan yang berperangai macam babi...gambar kawannya dilabelkan sebagai babi...dan sekolah yang bosan gile babi..

babi babi begitu banyak bertebaran di dalam blog beliau sehingga aku sampai kepada satu gambar dan penulisan yang membuatkan aku terus tutup blog beliau dan tak hingin lagi membaca keselamberan penulisan beliau...

di bawah gambar beliau yang comel,cute,cun dan sudah tentu menjadi buruan pakwe pakwe di zaman ini...beliau meletakkan label ini

"senyum macam babi"..

akhirnya aku sedar...kenape begitu banyak istilah babi di dalam hidup beliau...
kerana beliau sendiri menyatakan yang senyumannya yang sebenarnya manis itu adalah seperti babi...

jika beliau seburuk babi...semoga suatu masa beliau sedar dan tidak membabikan diri sendiri...
akan tetapi jika babi kelihatan seperti beliau...haha sudah tentu ramai yang menjadikan babi sebagai haiwan peliharaan kesayangan dan disimpan di bilik tidur.

aku taknak nyatakan laman blog beliau di sini...kerana aku tidak suka mempromosi keburukan orang lain...
dan aku tidak mahu babi babi di dunia merasa bangga kerana dikatakan comel seperti awek tadi..
atau
aku juga tidak mahu babi babi di dunia kecik hati dengan beliau kerana menyamakan spesis babi dengan beliau...

bukan niat aku untuk membabikan sesape di sini...semoga semua umat islam di atas muka bumi ini menjaga kehormatan diri dan kemuliaan diri yang allah kurnniakan.

sekian