Search This Blog

Sunday, December 13, 2009

Allah maha pengampun....

assalamualaikum...
segala puji bagi allah..tuhan yang satu yang telah mencipta sekalian alam...
mengatur perjalanan alam dengan cukup sempurna...
selawat dan salam ke atas junjungan mulia muhammad s.a.w..

alhamdulilah berjaya merajinkan diri mengupdate...
agak busy selepas berenti kerja..
busy dengan bende yang ntah ape ape je...

kembali pada tajuk...

"ALLAH TU KAN MAHA PENGAMPUN DAN SEDANGKAN NABI PON MEMAAFKAN UMAT"

kat mane biasa kita dengar bende nih and bila masa biasa kita lihat orang cakap macam nih..

1>dalam kuliah agama oleh penceramah penceramah samaada bertauliah ataupon tidak,wahabi mahupon sufi,graduan azhari dan juga dari UPSI...haha

itu keadaan yang aku anggap biasa...

ha tapi yang kedua ni keadaan luar biasa bagi pendapat aku...
kata kata tadi juga diungkapkan ketika mana

2>due pasangan yang belum berkahwin ditangkap berkhalwat ataupon berzina..atau ringan ringan atau segala apa yang setaraf atau lebih teruk darinya...

inilah satu fenomena baru yang sering aku perasan..
berlaku di depan mata aku(berdasarkan pengalaman aku bersama golongan ini)..
dan juga berdasarkan cerita orang lain kepada aku atau berdasarkan ape ape jelah..

seakan ianya satu alasan yang kukuh untuk mengelakkan para pencegah maksiat bertindak menasihati,menangkap dan mencegah kemaksiatan yang berlaku..

bayangkan bila mana sepasang anak muda lelaki dan perempuan ditangkap khalwat...dan sebagai saudara seagama dan juga rakan..kita menasihati die..dan mengikatkan die dengan balasan di dunia dan akhirat yang allah janjikan...
balasan jika tidak bertaubat dan sebagainya...

kemudian ini jawapannya

"allah maha pengampun,nabi pon maafkan umat..kenape nak marah marah aku?"

"ngko tak tau ape perasaan aku,camne hati sanubari aku,dan pengaruh sekeliling aku camne..ape hak ngko nak salahkan aku"

"tak adil kalau ngko meletakkan beban salah ni atas aku sorang je...aku taknak pon bende ni berlaku"

"senang untuk kau cakap..tak berlaku pada kau..kau hanya tau nak menyalahkan aku atas ape yang berlaku"

macam macam lagi contoh ayat sebenarnya...

pernah sekali aku berkata pada golongan ini...

"mmg btol allah maha pengampun dan nabi pon maafkan umat...
tapi masa bila yang ko sedar yang allah maha pengampun dan nabi maafkan umat"

dan ini jawapan paling bangsat aku terima..

"tiap kali aku buat bende tu aku sedar dan menyesal...."

ape rase bile korang terima jawapan gitu..nak pelempang..ye mmg rase nak lempang...
tapi org kate berdakwah biar berhemah...
so aku pon tak lempang sebab die jauh dan berlainan jantina ngan aku..haha

ape die ingat allah ni mcm top up celcom???
bile syok ko enjoy gile gaban punye terbabas..
bile abes kredit baru ko menggagau nak gi carik 7 eleven beli kad top up baru...

bile nak berzina..macam macam style ko buat..
bile dah kantoi kene tangkap...baru kata saya memang dah insaf dan bertaubat...

hai la manusia...senang btol main main ngan hukum agama...
semoga allah memberi hidayah kepada kita semua insyaallah...

sebagai tugasan kepada sesiapa yang membaca...

fikirkan jawapan kepada kata kata ini

"apa hak ngko nak ingatkan aku pasal hukum hakam ni..and apsal ko nak kecoh kecoh cakap pasal balasan syurga neraka ni...allah kan maha pengampun dan nabi pon ampunkan umat"

fikir fikir kan...

salam alaykum w.b.t


No comments:

Post a Comment