Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

nampak bijak...tetapi

assalamualaikum...
semalam aku sangat gembira...
allah beri peluang mengenali seorang hambanya yang baru menerima hidayah untuk kembali kepada agama fitrah ini...
semoga allah memudahkan dan menjadkan segalanya yang terbaik buat nur dayyina dan semoga menjadi seorang muslimah yang solehah mukminah insyaallah.
semakin seronok rasenye untuk terus bersama sama membantu mereka ini walaupun hanya dengan perkara yang kecil dan tidak seberapa...

tapi bukan itu ceritanya pada petang ini...
akan tetapi berkenaan dua bende yang aku terdengar pada hari ini...
1)secara direct depan muka..
2)secara tidak direct melalui radio

perkara yang pertama berlaku apabila terdapat seorang kenalan kepada saudara aku bertanya..."azrin ni belaja mana?"
aku jawab "saya wat masters kat UM"...katenye "owh ust rupenye..."tetapi dengan muka yang sangat sinis...

kemudian beliau sebutkan berkenaan dengan sebuah forum yang terdapat di dalam ruangan maya ini...ape ntah namanya...
di dalam kata-katanya..ini telah beliau katakan..
"orang usuluddin ni hanya tahu al-Quran tapi tak tahu apa ada dalam al-Quran..mereka hanya melihat pada luaran quran sahaja.."
aku bertanya kenapa...
dengat tidak menjawab soalan beliau sebutkan pula berkenaan dengan perbincagan perbincangan yang banyak berunsur hentam menghentam sekarang ini...

aku kemudian berkata.."maaf saya tak suka berbincang tentang masaalah kecil nih...orang kafir dah sampai ke bulan dan mungkin mampu menari di sana..tapi kita masih bertelingkah akan perkara remeh"

beliau kemudian menjawab pula.."dalam forum tu kami tak bergaduh..kami mencari kebenaran...bayangkan orang orang usuluddin yang kata paham al-Quran dan hadith..tapi sebenarnya tak nampak apa yang tersirat di dalam al-Quran"..

aku mula rimas dan senyum tak ikhlas...

beliau menyambung.."bayangkan kalau takda khawarizmi,al-kindi,al-jabar,ibnu batuta...kalau tanpa mereka semua ini bagaimana kita nak tahu matematik..geografi sume"

aku semakin rimas dan tidak lagi senyum...

beliau sambung.."cube kamu suruh orang usuluddin buat kerusi buat kereta...diorang takkan tahu bende tu sebab mane ade quran ajar buat kerusi dan meja...hanya orang yang mencapai tahap makrifat sahaja tahu buat kereta dan kerusi..dan mereka ini adalah orang yang memahami isi kandungan tersirat al-quran"

sumpah aku rasa nak mengeluarkan ilmu ilmu jahiliyah aku dulu berkenaan takfir mentakfir...hahaha

beliau masih tidak mengalah..."kamu mesti bukak forum tu dan masuk berbincang..saya sangat aktif BERHUJAH dalam forum tu...kite tengok sape yang benar"

serius aku rasa die ade makrifat sebab tau tau je aku tak setuju ngan die muwahahaha...ceh

dan akhirnya beliau kata...."ulamak zaman sekarang..kononya pandai quran dan hadith,ada phd dalam usuluddin..tapi tak bermakna semua tu kalau die tak mencapai tahap makrifat dan hakikat..."

baru aku sedar...
1...alexander graham bell adalah seorang wali yang telah mencapai hakikat dan makrifat. itu sebab beliau berjaya mencipta telefon...quran tak ajar kan cara buat telefon..
2...henry ford juga seorang ulamak bertaraf mencapai hakikat dan makrifat kerana berjaya mencipta kereta
3...orville and wilbur wright due sarjana makrifat dan hakikat teragung kerana berjaya dengan kapal terbang yang tidak disebutkan oleh al-quran.
malang sekali aku tak tau sape pencipta asal kerusi...huh


aku sudahnya terus berlalu meninggalkan manusia hakikat tadi bercerita tentang hakikat penceritaannya yang tidak aku fahami...dan aku tidak menoleh lagi ke belakang untuk melihat beliau..akan tetapi terus berlalu pergi membawa diri ke produa servis centre..moga ada hakikatnya di sana kerana banyak ciptaan yg ada di situ tidak disebutkan di dalam quran
1...spana
2...genuine oil engine produa
3...myvi s.e spoiler(rm 3++.00)
4...kuih lapis yang nampak sedap
5...nescafe dan creamer yang disediakan secara percuma
6...sport rim kete akak aku
7...stabelyzer bar alza akak aku yang longgar dan diketatkan secara percuma oleh produa...

siapa agaknya pencipta alat alat ini yang sudah berada pada makam makrifat dan hakikat...

aku tidak menyalahkan fahaman yang berpegang pada perkara perkara makrifat dan hakikat ini..akan tetapi aku merasa rimas akan individu yang menjadi emosi hanya kerana aku mengatakan aku adalah pelajar jurusan usuluddin hadith dan belajar di UM.

dan dari sumber yang aku ketahui...individu itu mendapat ilmu-ilmunya itu hasil dari minat membacanya yang sangat tinggi terhadap buku buku yang dibelikan oleh anaknya.
wallahua'lam...

perkara kedua akan aku ceritakan di dalam entry seterusnya insyaallah

No comments:

Post a Comment