Search This Blog

Monday, August 31, 2009

kasihan si babi

assalamualaikum
selamat berposa kepada mereka yang berposa..
kepada yang tidak berposa..jangan lupa ganti..agak agak tanak ganti...siapkan diri nak kene bakar ngan api neraka haha..

entry aku kali ni berbunyi seolah olah aku berperikemanusiaan kepada sejenis haiwan yang menjadi punca penyakit dahsyat dan haram dimakan oleh seantero umat islam.
so..apsal lak aku nk kesian kat die??

aku menjadi kesian kepada spesis babi ini kerana mereka telah menjadi satu ikon bagi manusia pelik yang ingin menyamakan taraf mereka dengan spesis babi..

jika sebelum ini..mungkin kita biasa mendengar percakapan seperti nih..
"gile babi cun minah tu"..
"mamat tu kaye gile babi siot.."
"pandai gile babi ah student tuh.."
atau..
"anda ni mempunyai simptom dijangkiti selesema babi ni.."..kata si doktor.. haha..

tapi populariti babi semakin meningkat dari hari ke hari..
baru je tadi aku melayari satu blog yang agak bersahaja penulisannya..aku suka..
dan di dalam tu lebih banyak menceritakan perihal kehidupan harian si empunya blog..

bace punye bace..sambil menghayati gambar gambar beliau dan kawan-kawannya...
aku terperasan satu benda...
minah ini amat menggemari perkataan babi..

aku tak tau kenape babi begitu mendapat tempat di hatinya..
ini antara anasir babi yang terdapat di dalam blognya..
beliau menyatakan rumah kawan beliau besar gile babi...ada kawan yang berperangai macam babi...gambar kawannya dilabelkan sebagai babi...dan sekolah yang bosan gile babi..

babi babi begitu banyak bertebaran di dalam blog beliau sehingga aku sampai kepada satu gambar dan penulisan yang membuatkan aku terus tutup blog beliau dan tak hingin lagi membaca keselamberan penulisan beliau...

di bawah gambar beliau yang comel,cute,cun dan sudah tentu menjadi buruan pakwe pakwe di zaman ini...beliau meletakkan label ini

"senyum macam babi"..

akhirnya aku sedar...kenape begitu banyak istilah babi di dalam hidup beliau...
kerana beliau sendiri menyatakan yang senyumannya yang sebenarnya manis itu adalah seperti babi...

jika beliau seburuk babi...semoga suatu masa beliau sedar dan tidak membabikan diri sendiri...
akan tetapi jika babi kelihatan seperti beliau...haha sudah tentu ramai yang menjadikan babi sebagai haiwan peliharaan kesayangan dan disimpan di bilik tidur.

aku taknak nyatakan laman blog beliau di sini...kerana aku tidak suka mempromosi keburukan orang lain...
dan aku tidak mahu babi babi di dunia merasa bangga kerana dikatakan comel seperti awek tadi..
atau
aku juga tidak mahu babi babi di dunia kecik hati dengan beliau kerana menyamakan spesis babi dengan beliau...

bukan niat aku untuk membabikan sesape di sini...semoga semua umat islam di atas muka bumi ini menjaga kehormatan diri dan kemuliaan diri yang allah kurnniakan.

sekian

No comments:

Post a Comment