Search This Blog

Friday, September 11, 2009

istauf..istaqim..wa'tadiluuu

seringkali kite tersengar muazzin akan berkata..
"safffff"
sebelum beliau melaungkan iqamah..

teringat ketika belajar dulu...
Dr aku kata..muazzin skrang suke amek aleh tugas imam..

tugas muazzin adalah melaungkan azan dan iqamah...
dan tugas menyebut "saff" atau yang seerti denganya dan memastikan saf makmum dalam keadaan baik adalah tugas si imam..

namun pensyarah aku juga kata..
jangan sebok pertikai muazzin kalau beliau gila kuasa nak buat jugak perkara ini..
tetapi berseboklah kita menegur si imam jika dia tidak melaksanakan tugas dia..

namun minggu lepas aku berpeluang solat terawih di kg halaman..
lame rasenye tak balik ke sana..
alhamdulillah si imam tak lupa tugasnya dan si muazzin juga turut membantu melaksanakan tugas si imam...

namun masih terdapat kekecewaan..

jemaah hanya mendengar arahan imam meluruskan sof...
tetapi mungkin mereka tak perasan imam itu juga menyebut..
"rapatkan sof anda"

aku usaha dua tiga kali meminta jemaah di sebelah kiri aku merapatkan sof dengan aku..
tapi gagal..
malah aku dijeling oleh beliau..
dan aku juga dijeling atas ke bawah oleh jemaah di kanan aku..
hanya kerana aku merapatkan kaki aku dengan kaki dia..

adakah beliau beranggapan aku gay untuk menyentuhnya????
hahaha
aku masih normal...haha

sehingga rakaat ke lapan..aku masih gagal dalam usaha merapatkan sof itu...
maka beredarlah aku balik ke rumah mkcik kerana mengantuk bermusafir di siang hari...

sampai bila agaknya perkara ini akan berlarutan...
pernah sekali aku menjadi imam..
aku menunggu jemaah di sof kedua memenuhkan sof pertama..
namun jemaah tersebut ingkar dengan arahan aku haha..
dan jemaah di sof pertama kata kat aku..
"alah semayang je"..

haha..sib baik aku tak gelak dalam solat aku sebab teringat bende tuh..

so..kepada sesapa yang menjadi imam...
pastikan jemaah anda berada dalam sof yang sebaiknya..
dan kepada makmum....dengarlah cakap imam anda...

sekian

3 comments:

  1. sakit ati tul mase jadi imam terawih ni...makmun xdengar kata...nak kate tak belajar dah byk kitab habes...tapi tak reti2 jugak...tensen gile

    ReplyDelete
  2. tuh sebab aku suka masjid kat bandar... pakcik2 nih tak perlu suruh, dah rapatkan saf.... kat kampung, adoi....

    ReplyDelete
  3. salam..boleh tak bagi seruan penuh untuk imam meluruskan saff...
    -budak ingin belajar-
    emelkan ke alamat
    brother_zone90@yahoo.com.my

    ReplyDelete