Search This Blog

Wednesday, March 3, 2010

di mana akhlaknya

assalamualaikum...
alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan tarian jari jemari di atas keyboard laptop ini...seterusnya menghasilkan cebisan idea yang tudak seberapa dengan olahan penyedap bahasa untuk bacaan kalian...

terasa diri ini semakin gemar menonton t.v kebelakangan ini..dr.House..E.R..CSI..malah The Nanny yang kuat menjerit itupon adakalanya menjadi penghibur hati..terlalu terhibur hingga adakalanya terasa diabaikan pula tanggungjawab sebagai pelajar..

keasyikan menonton t.v ini membawa kepada satu perkara...terfikir di minda yang terbatas ini..sejauh mana rancangan di t.v ini memberi faedah pada semua penontonnya..

jika dulu ade terdengar anak kecil bertanya...
"Ibu ibu..liwat tu ape..kenapa saiful ngan anwar ni asyik cakap pasal liwat"..
"ayah...malam tadi kaki ramsiy pemain arsenal tu patah kene tendang...bridge pon tanak salam ngan john terry sebab skandal terry main suke suke dengan makwe die"...

tapi kini...anak anak ini telah berubah ke arah sesuatu yang lebih musical..ini nyanyian mereka
"jongang jongang jongang halimah jongang....bla bla bla..."

musnah sudah akhlak anak anak ini sejurus mereka mula menyanyikan lagu ini...

aku pelik dengan manusia bergelar pengarah dan penerbit filem..malah pelakon yang bersubahat belakon dalam sebuah "komedi" yang dipanggil Halimah Jongang.

apa agaknya yang membuat pemikiran golongan ini terbatas dan menjadi sangat BANGANG sehingga hanya mampu berfikir sedemikian rupa...
tidakkah wujud di hati mereka perasaan sensitif kepada mereka yang memang bergigi jongang..
walaupon telah keluar komen komen di akhbar berkenaan dengan perkara ini.."komedi: ini masih lagi diteruskan..

dan bertambah buruk bila mana sudah keluar plak iklan cerita "Fatimah Juling"..

aku memang perasan akan kebosanan filem filem melayu ini(tapi aku sendiri tak pandai mengarah filem ye)...tapi aku tak kesah kalau ia bosan kerana memang aku jarang tengok...
yang aku kesah ialah apabila filem termasuk pengarah,penerbit dan pelakonnya adalah membosankan dan bangang.

cube bayangkan kesannya kepada mereka yang sememangnya jongang..mereka mungkin akan dijadikan bahan gelak tawa orang lain selepas ini...

bayangkan kanak kanak pula mula mengejek rakan rakan mereka yang jongang..dan mangsa mungkin terganggu hingga tidak mahu ke sekolah...

ini mungkin tidak berlaku kepada krew filem ini...tapi mereka sewajarnya berfikir akan kesan yang bakal lahir dari idea mereka ini..

aku sangat berharap agar semua yang terlibat dengan cerita tidak berfaedah..tidak berakhlak...cerita biadab dan tidak bermoral seperti ini dihentikan..

dan wajar aku rasa mereka semua bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas kebangangan mereka menerbitkan karya seperti ini...

dan aku meletakkan kekejian ini kepada mereka beserta sesiapa yang aku rasa suka untuk menonton karya ini lebih lebih lagi yang menjadikannya modal untuk menghina orang lain...

sekian

1 comment:

  1. Salam..wah...komen ni kena post ke web2 berita ni. Br aa smpi kat depa.

    1 contoh lg filem, 'nizam kambing'

    ReplyDelete