Search This Blog

Saturday, May 1, 2010

dua jam berkomuter..

assalamualaikum...

alhamdulillah berpeluang sekali lagi mengupdate blog yang lame tak bersentuh nih...
umur yang telah mencecah lebih 25 tahun ini telah melihat banyak perkara yang berlaku di depan mata...
dan dua jam darinya allah s.w.t takdirkan aku berada di dalam komuter dari ukm menuju ke rawang..
tujuannya adalah untuk mengambil kereta akak aku yang baru dibeli..janji dengan agen penjual untuk bertemu di sana...
dan nak diceritakan di sini...pengalaman dua jam bersama komuter..

disebabkan aku berada di dalam fatrah imtihan akhir...maka aku memutuskan untuk membawa bersama nota untuk dibaca di dalam perjalanan(dua jam nota yang dibaca tak kuar satu hapa pon soalan berkenaannya mase exam..tapi ada manfaat dengan pembacaan tu insyaallah)

maka perjalanan bermula dengan mudah alhamdulillah..
masuk train dapat tempat duduk selepas berdiri sejauh 3 stesyen. dan aku cuba memanfaatkan masa dengan membaca nota yang dibekalkan...
namun terdapat beberapa adegan yang berlaku di sekeliling aku agak mencuri dan mengganggu tumpuan membaca aku..

kelihatan 3 orang gadis melayu sedang rancak berbual..manis senyuman mereka diselang seli dengan tawa kecil yang agak terkawal dan sopan...
namun berdepan dengan mereka terdapat sekumpulan 2 orang remaja cina sedang mengulangkaji pengajian mereka sementara sampai ke destinasi..

kemudian tertarik pula mata ini akan seorang pakcik melayu yang kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum...tersenyum sambil membaca tugasan yang barangkali dihantar oleh anak muridnya...sambil menandakan bulat dan garis dan pangkah dengan pen berwarna merah..beliau sekali sekali menggeleng kepala dan tergelak kecil dengan apa yang dibacanya...teringin untuk membaca bersama dengannya tetapi segan..haha

dan berlaku sesuatu yang paling menyakitkan mata sepanjang perjalanan tersebut...ia bermula dari stesyen kuala lumpur hingga ke rawang..
kelihatan beberapa orang pelajar sekolah swasta menaiki train..lelaki dan perempuan...seorang pelajar lelaki duduk di sebelah aku..dan beliau sempat melemparkan senyuman pada aku sebelum mengeluarkan buku..dan beliau berbangsa india...berdepan dengannya kelihatan seorang pelajar cina dan melayu berbincang mengenai sebuah buku yang dikeluarkan oleh pelajar melayu tersebut..

dan berdekatan dengan pintu kelihatan satu fenomena alam yang berlaku tidak pada tempatnya dan tidak pada masanya...

terpandang mata ini akan sepasang pelajar lelaki dan perempuan sekolah swasta tadi..mereka berbangsa melayu dan beragama islam barangkali...
apa yg memeranjatkan dan menjengkelkan adalah keadaan keduanya...
si lelaki meletakkan tangannya pada pinggang si remaja perempuan...dan adakalanya ia turun ke punggung pelajar perempuan itu...

dan semakin mengaibkan adalah pada seluar pelajar lelaki itu kelihatan kemaluannya semakin menegang dan digesekkan atau dikenakan kepada si pelajar perempuan setiap kali train bergoyang. dan mereka tertawa kecil...aku sudah merasa tidak tenang dan terasa ingin menegur..

secara tiba tiba datang seorang brader dan berdiri sangat rapat di sebelah pelajar perempuan itu dan merenung mata si pelajar lelaki...
maka tekejutlah mereka dan merahlah muka si perempuan...dengan suara yang jelas kedengaran si brader berkata..
"ko ni apsal?dah takleh tahan ke?"...dan sepanjang perjalanan brader ini berdiri di sebelah awek tersebut sambil merenung si pelajar lelaki tu..hahaha...

aku dan passenger lain menahan gelak tawa yang jika dilepaskan aku rasa due orang budak tu akan terjun dari train sebab x tahan malu haha...

jelas lagi terang takyah suluh ngan spotlite bahawa akhlak remaja kini berada pada tahap yang amat teruk sekali...
dengan berpakaian sekolah juga mereka berani melakukan perkara sedemikian rupa..di depan orang ramai plak tu..
adoyai sungguh memalukan dan menyakitkan..
namun aku berharap tindakan brader tu yang sungguh berani dan bertanggungjawab dapat memberi pengajaran kepada mereka dan menjadi pengajaran kepada passenger lain termasuk aku untuk bertindak mencegah maksiat sekiranya ia berlaku di depan mata insyaalah....

No comments:

Post a Comment