Search This Blog

Monday, May 3, 2010

dulu lain..sekarang lain...

bismillah
assalamualaikum...

rajin plak aku mengupdate ationdanet nih...
mata dah ngantuk..tapi sementara bersemangat nih aku tulis gak...
esok banyak keje lain plak nak wat...
malam je la waktu nak melarikan dari keceriaan melampau anak buah...
dan merehatkan minda...haha
(padahal bukan aku jage diorang sangat pon haha)

kembali pada tajuk di malam ini..
DULU LAIN...SEKARANG LAIN..
orang ramai akan kate...
"biasak ah bro..bende semua berubah kan"..

ye memang betol...tapi perubahan yang macam mana ek?
postif?...negatif???tentatif???abdul latif???fauziah latiff??? haha

akhir akhir ini pelbagai perkara berlaku di sekeliling kita...
pelbagai perubahan baik dan buruk berlaku di depan mata...

asalnya pengeluar proton dan perodua..malaysia ada plak team formula one lumba kereta..

anak anak kecil lumbe basikal di kampung...muncul pula seorang pengayuh basikal hebat dari terengganu yang mungkin mampu menjadi jaguh pecut dunia..

dari sebuah sekolah yang serba dhaif...dapat 4 juta dari perdana menteri untuk mendirikan bangunan baru

longkang yang dalam keadaan tidak elok diberi peruntukan berjuta juta untuk dipulihkan..

harga makanan di kompleks pkns bangi baru saja naik berkuatkuasa hari ini...

insurans third party untuk kenderaan kini semakin sukar didapati...

polis yang dulu menjadi modal menakutkan anak anak yang jahat kini akhirnya menjadi kenyataan...sememangnya polis kini amat menakutkan...

dengan menjadi seorang pengangkat tilam keluar masuk mahkamah...ianya satu kelayakan yang besar untuk menjadi orang berpangkat besar dan tinggi di dalam sistem keselamatan negara...

seorang peminum arak yang telah bertaubat dicaci dan diungkit-ungkit kesalahan lamanya oleh bekas kawan-kawannya yang turut sama minum arak...

dan yang amat dahsyat dan jelas sekali perbezaannya...

dosa kini boleh diampunkan oleh makhluk juga...huhu

akhir akhir ini juga...terpampang di dada akhbar berkenaan seorang menteri besar yang degil, derhaka dan tidak taat pada seorang ketua negeri...

arahan ketua negeri itu yang dilanggar seolah olah layak untuk menyebabkan si menteri besar dihalang dari memasuki negeri itu..

zuppp
tros aku terfikir...

rasuah yang haram berleluasa...
zina yang haram boleh dilakukan di mana-mana...
rompak,rogol,bunuh seperti sebuah drama di depan mata...
hukum hudud yang allah tetapkan hanya menjadi bahan kritikan dan bualan malah dikatakan tidak sesuai dengan zaman....

owh banyaknya arahan Allah dilanggar...

jika arahan ketua negeri menyebabkan si menteri besar tadi tidak dialu-alukan di negeri itu..

bagaimana pula bagi mereka yang mengingkari arahan allah ini..
tiada tempat untuk mereka dialu-alukan barangkali di dunia ini..

hendak ke luar negara???masih allah yang punya...
hendak ke bulan jauhnya???masih allah yang punya...
hendak ke matahari???kalau boleh idup la...masih ianya tetap allah yang punya...

insaflah wahai diri sendiri dan sesiapa yang membaca..

"Ya Allah..kau ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetangga ku, anak-anak muridku, pemimpin-pemimpin ku, sultan dan raja raja di negara ku dan semua umat islam di muka bumi ini"

"Ya Allah, berilah hidayah kepada muslimin yang leka untuk kembali bertaubat dan mengikut jalanmu yang satu...bukalah pintu hatiku, ibu bapaku ahli keluargaku, guru-guruku, saudara-maraku, sahabat handaiku, jiran tetangga ku, anak-anak muridku, pemimpin-pemimpin ku, sultan dan raja raja di negara ku dan semua umat islam di muka bumi ini, agar kami sedar sesungguhnya tiada yang maha adil dan berkuasa di dunia ini melainkanmu"

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment