Search This Blog

Showing posts with label hospital kerajaan. Show all posts
Showing posts with label hospital kerajaan. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

wad kecemasan

bismillah...
assalamualaikum..
wah sekian lamanya aku tdak update atinondanet ini...
bukan saja tidak update..malah adakalanya macam aku lupe aku ada blog haha..

namun akhirnya aku kembali mengupdate blog ini...
akhirnya aku hampir menamatkan kelas aku di UM..semoga semuanya lulus insyaallah..
akhirnya aku sudah mula mencuba cuba mencari kerja..
akhirnya aku pergi exam PTD dan pegawai pembangunan masyarakat haha..
akhirnya kakak ipar aku bersalin anak perempuan bernama Orkid Insyirah..welcome to da world orkid..get well soon..nnti papatin belanja eskrim haha..

macam macam benda terjadi di dalam hidup ini..
bercerita mengenai kelahiran orkid..
semalam orkid sakit..aku hantar die gi spital serdang...
masuk melalui kecemasan sebab ada surat dari doktor swasta..
masuk dalam tu aku lepak kat luar tgok ragam macam macam manusia..

dan aku telihat ade beberapa perkara menarik...
pada ptg semalam..semua orang kelihatan bersabar dan tak marah marah di wad kecemasan..
malah abang penjaga kaunter pendaftaran sentiasa tersenyum...walau ada orang afrika datang and dua dua macam saling tak paham ape yg diorang cakap..

ada makcik india yang luke di tangan dan kaki..begitu jugak dengan suami die..eksiden motor barangkali..

ada seorang nenek bersama anaknya..sentiasa senyum dan bergelak bersama anaknya walau tiada tempat duduk..

seorang pakcik bersama anaknya ke sana sini kerana mencari dokumen yang tertinggal or ada pada atendant hospital..

seorang adik kecil yang teros menangis bila si emak kata "abang duduk ngan ayah..ibu kene masuk wad..."...si anak bermuka sayu tros nangis and kata..."abang nak ikut ibu..tanak ibu masuk hospital.."...dan ibu tros menjawab..."ibu nak beranak la..mane boleh suke suke nak masuk"...hahaha mungkin si anak belom faham apa itu beranak..

seorang awek bersama ibunya yang kelihatan mcm tak suka menunggu...namun si anak tros ketawa dan tersenyum senyum bila mendapat satu panggilan telefon..seolah olah beliau tidak pernah sakit hehe...

seorang makcik yang sangat sangat sangat kurus dan berjalan perlahan tiba tiba berjalan laju kerana mengejar suaminya yang tersalah jalan mase nak pegi amek ubat...tibe tibe makcik sehat ek..haha...

dua tiga orang atendant hospital yang sempat berguran dengan seorang budak atas wheelchair baru lepad eksiden kot...

hai macam macam bende boleh dilihat selama hampir sejam melangok di wad kecemasan...
dan sape kata wad kecemasan hospital kerajaan lambat servisnya...kadang kadang je begitu..same je mcm swasta pon...

dan paling seronok aku tgok dr dan nurse nurse hspital laki dan pompuan bekerja..sane sini pusingnye..ape pesakit nak diorang layankan aje...

wajar rasanya mereka dihargai atas kerja kerja mulia mereka tuh...
kalaula ada kawan aku jadik nurse kat situ mase tu necaya aku ajak die pi minum haha..aku belanja..hehe

and terima kaseh kat nurse nurse garang yang merawat Orkid dan marah marah kat akak aku sebab akak aku masuk NICU bawak orkid..rupenye NICU parents je leh masuk...ape pon..kalian tetap wat kerja yang mulia...

dah nak maghrib...nnti sambung berceloteh lagi...
salamzzz

Thursday, November 12, 2009

sehari ber MC

bismillah...
assalamualaikum w.b.t

hari ni aku telah dikurniakan MC oleh seorang doktor yang baik hati..

sedanng nyenyak tidur...
krukkk krukkk(bayangkan sendiri mcam mane bunyiknye)..
perut aku berbunyi dan memulas dengan amat hebat..

dan aku terus mendapatkan segala keperluan dan ke bilik air..
perkara yang sama berulang 4,5 kali dan aku mengambil keputusan ke klinik sewal jam 7.30 pagi..
dan natijahnya..

"Dr. bagi awak rehat ye..Kang terlepas kat opis kang salahkan Dr. plak tak bagi MC"..

terima kasih dan aku tersenyum padanya...

namun aku masih akan ke opis kejap lagi..sebab aku telah menempah makanan nak belanja opismate makan tghhari..hehe...

namun ceritanya masa di klinik tadi...memandangkan ia adalah klinik swasta ini suasananya :-
>>>layanan dari doktor dan nurse yang sentiasa tersenyum dan mesra+++cun plak tuh..hahaha
>>>tempat menunggu yang selesa.
>>>tidak ramai orang.
>>>ada tv besar giler dan mampu dilihat oleh seisi klinik tersebut.
>>>terdapat lebih dari seorang doktor.

berbanding satu ketika dahulu pengalaman membawa kawan ke sebuah hospital kerajaan.
>>>ramai gile orang menunggu.
>>>bising dengan jeritan dan tangisan pesakit(bermula dari raungan kerna eksiden hingga ke bisul pecah di punggung.
>>>tempoh menunggu yang agak lama.(kami sampai jam 9.45 malam..dan bertemu doktor jap 3 pagi)
>>>ada tv yg kecik dan suara tidak dapat didengar+++kebisingan pesakit yang menunggu.
>>>penghawa dingin yang tidak berapa sejuk..mungkin kerana terlalu ramai orang.
>>>staff(doktor dan nurse) yang marah-marah,tidak melemparkan senyuman..dan bercakap kasar dengan pesakit yang telah berumur..
>>>terdapat hanya seorang doktor yang kelihatan sangat penat dan seolah olah mengharapkan semua pesakit mati terus supaya dia tak perlu kerja syif malam..

ini lah bezanya sebuah klinik swasta dengan sebuah hospital kerajaan...
ia tidak mewakili semua klinik dan hospital ye..ada saja di sesetengah tempat keadaannya adalah terbalik sama sekali..

di mana asal usul silapnya semua perkara ini.adakah sikap hospital kerajaan yang tidak professional??

aku suke menggunakan perkataan orang politik...
lihat kembali kepada akar umbi institusi kerajaan sendiri...mungkin akan jumpa silapnya di situ...
mungkin jika negara ini bebas dari sebarang jenis korupsi..
kesihatan,pendidikan,malah ntah ntah perkahwinan pon boleh jadi free...hahaha

kagum dan terpesona seketika tatkala melihat rumah rumah besar yang hanya didiami beberapa orang sahaja berbanding hospital atau klinik kerajaan yang kecik dan pesakitnya melimpah ruah..