Search This Blog

Thursday, November 12, 2009

sehari ber MC

bismillah...
assalamualaikum w.b.t

hari ni aku telah dikurniakan MC oleh seorang doktor yang baik hati..

sedanng nyenyak tidur...
krukkk krukkk(bayangkan sendiri mcam mane bunyiknye)..
perut aku berbunyi dan memulas dengan amat hebat..

dan aku terus mendapatkan segala keperluan dan ke bilik air..
perkara yang sama berulang 4,5 kali dan aku mengambil keputusan ke klinik sewal jam 7.30 pagi..
dan natijahnya..

"Dr. bagi awak rehat ye..Kang terlepas kat opis kang salahkan Dr. plak tak bagi MC"..

terima kasih dan aku tersenyum padanya...

namun aku masih akan ke opis kejap lagi..sebab aku telah menempah makanan nak belanja opismate makan tghhari..hehe...

namun ceritanya masa di klinik tadi...memandangkan ia adalah klinik swasta ini suasananya :-
>>>layanan dari doktor dan nurse yang sentiasa tersenyum dan mesra+++cun plak tuh..hahaha
>>>tempat menunggu yang selesa.
>>>tidak ramai orang.
>>>ada tv besar giler dan mampu dilihat oleh seisi klinik tersebut.
>>>terdapat lebih dari seorang doktor.

berbanding satu ketika dahulu pengalaman membawa kawan ke sebuah hospital kerajaan.
>>>ramai gile orang menunggu.
>>>bising dengan jeritan dan tangisan pesakit(bermula dari raungan kerna eksiden hingga ke bisul pecah di punggung.
>>>tempoh menunggu yang agak lama.(kami sampai jam 9.45 malam..dan bertemu doktor jap 3 pagi)
>>>ada tv yg kecik dan suara tidak dapat didengar+++kebisingan pesakit yang menunggu.
>>>penghawa dingin yang tidak berapa sejuk..mungkin kerana terlalu ramai orang.
>>>staff(doktor dan nurse) yang marah-marah,tidak melemparkan senyuman..dan bercakap kasar dengan pesakit yang telah berumur..
>>>terdapat hanya seorang doktor yang kelihatan sangat penat dan seolah olah mengharapkan semua pesakit mati terus supaya dia tak perlu kerja syif malam..

ini lah bezanya sebuah klinik swasta dengan sebuah hospital kerajaan...
ia tidak mewakili semua klinik dan hospital ye..ada saja di sesetengah tempat keadaannya adalah terbalik sama sekali..

di mana asal usul silapnya semua perkara ini.adakah sikap hospital kerajaan yang tidak professional??

aku suke menggunakan perkataan orang politik...
lihat kembali kepada akar umbi institusi kerajaan sendiri...mungkin akan jumpa silapnya di situ...
mungkin jika negara ini bebas dari sebarang jenis korupsi..
kesihatan,pendidikan,malah ntah ntah perkahwinan pon boleh jadi free...hahaha

kagum dan terpesona seketika tatkala melihat rumah rumah besar yang hanya didiami beberapa orang sahaja berbanding hospital atau klinik kerajaan yang kecik dan pesakitnya melimpah ruah..

No comments:

Post a Comment