Search This Blog

Thursday, November 5, 2009

usah malu jika benar.

assalamualaikum

sering terdengar ini???
"berkata benarlah walaupon ianya pahit".
(",)
and yg ni mesti jarang dengar kan..
"kenapa muke masam pahit je bile dengar sesuatu yang benar??"
hehe

satu fenomena alam yang senang dilihat berlaku pada manusia yang membuat kesalahan dan dengan megahnya tanpa sebarang rasa salah dan malu..mempromosi kesalahan itu di depan orang lain...
akan tetapi..bila mereka ditegur secara terang-terangan..atau mungkin ada yang berseloroh akan kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan...

tiba-tiba mereka merasa malu(di manakah kemaluan mereka selama ini???)...tidak dapat menerima kenyataan...segan...seperti mengharapkan mereka tidak dikenali sesiapa..terasa ingin membenam kepala di dalam tanah seperti burung ostrich...dan bermacam aksi yang membahayakan atau langsung tidak memberi cabaran dilakukan..

teringin rasenye membawa contoh berlandaskan pengalaman..

mulekan dari segi politik..
satu ketika..semasa masih bergelar mahasiswa al-azhar di bumi tanta, mesir...hadir seorang teman..ke lawan ek??due due la..
beliau terus bertanya..."Azrin..sehat ke?ingat abang lagi?(kerana beliau tua setahun dari aku)..
aku melihat mukenye dan kemudian tersenyum..seraya berkata..
"owh..abg (*-*)(name perlu dicensored)..mane leh lupe..abang jadi fasilitator Kelab UMNO Selangor masa kursus Bahasa Arab pelajar baru Selangor kan??"
serentak dengan itu beliau tersentak...muke ala ala blushing kemerahan gitu...dan cube mengelak aku dari meneruskan perbualan...dan dalam masa yang sama ramai sahabat lain yang mula mengalihkan pandangan pada dia dan membuat muke terkejut dan tidak suka...

"baru aku sedar..dia segan dilabelkan sebagai ahli Kelab UMNO Selangor di Mesir"
kenape?mungkin kerana UMNO itu salah...

kisah kedua..

aku terlihat gambar seorang kawan lama..berpegangan tangan dengan seorang wanita...alhamdulillah aku bersyukur.
beliau jauh lebih muda dari aku dan sudah berpeluang mendirikan rumah tangga(betapa aku bersangka baik dengan beliau)
hinggalah satu masa...aktiviti berpegangan tangan mereka berlangsung di depan mata kepala aku sendiri..
dengan spontan dan terenyum aku berkata..
"wahhh tahniah ek..lagi cepat dari abang kawennya..tak jemput pulak tu..senyap senyap je"
si wanita lantas menarik tangan dan berlalu..
aku serba salah..adakah aku mengganggu hubungan intim mereka..
kemudian kawan aku pula berkata..
"abg tak payah la nak perli perli saya depan org ramai..saje nak malukan kitorang"
rupe-rupenye diorang tak kawen pon lagi..
haha..aku hanya tersenyum dan berkata.."pegilah pujuk die..tapi pastikan dengan cara yang dibenarkan leh agama..and aku takkan mintak maaf kat korang berdua atas ape aku cakap tadi"

ape perlunya die merasa malu bila ditegur?
owh mungkin dia baru tahu bahawa bukan mahram tidak boleh berpegang-pegangan

kes seterusnya..

hampir 3 tahun tidak bertemu seorang kawan lama..hai la rindunya...sms dibalas balas..sepakat untuk berjumpa di KLCC..
"jom ikut saya jumpa kawan"..katanya pada aku...dan aku bergurau.."nak perkenalkan makwe kat ke?.."..."takdelah" jawabnya..
maka kami berjalan..hingga bertemu seorang gadis..
cantik mukanya...berseri..terasa ingin melihat berulang kali..tetapi rambut yang menjurai hingga ke bahgian blkang badan menghalang untuk pandangan yang seterusnya.
"u sehat ke?.."mereka saling bertanya khabar selepas mereka bersalaman dan bertemu pipi seperti sepasang suami isteri..
aku terkedu,terkejut,terkesima,ter ter dan ber ter ter lagi..
aku hanya mengalihkan pandangan dari mereka..
dan kemudian..
"meet my very best friend..ini azrin..kawan sekolah dulu"..
si gadis cantik menghulur tangan kat aku...aku hanya mampu tersenyum dan meletakkan tangan di dada tanda hormat padanya...beliau terkejut namun kemudian tersenyum jua.
selesai mereka bertemu dan berbual mesra seketika..kami beredar..dan aku memulakan bicara ketika lunch..
"dah lama and dah biasa ke bersalan and berlaga pipi dengan pompuan?kenapa tak bercium mulut je tadi?alang alang nak wat dosa kan.."
suara aku yang kuat membuatkan pengunjung meja sebelah memandang kami dan terlopong seketika.
dan kawan aku berkata..
"slow la sikit..malu la orang lain dengar"

barangkali dia tak pernah tahu selama ini bahawa perbuatan itu salah..tapi jika tak tahu kenapa perlu malu??

kenapa dikala maksiat kita lakukan..kita megah..kita bersungguh..dan selesai dari itu..kite berbangga dan menceritakan kejahilan kita pada semua..

kenapa ketika maksiat itu berlangsung..tiada langsung rasa malu pada manusia sekeliling..tiada rasa segan pada mata mata yang melihat..

dan amat buruk

tiada rasa bersalah pada pihak yang memberi pinjam kepada kita akal,mata,badan kaki dan tangan..

usah malu jika kita di pihak kebenaran...tetapi jika kesalahan kita diperbetulkan oleh orang lain..terima lah ia..dan merasa malulah untuk melakukannya lagi..

wahai orang-orang yang beriman..masuklah kamu ke dalam kebaikan@keselamatan, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan..sesungguh syaitan itu bagimu adalah musuh yang nyata

1 comment: