Search This Blog

Thursday, July 1, 2010

pelaris yang memualkan

bismillah...alhamdulillah..assalamualaikum w.b.t...
lamenye tak update mr bloggy aku nih..lebih sebulan rasenye..
idea banyak..masa banyak..tapi sikap suka bertangguh tu masih pekat mengalir dalam diri nih haha..

coretan kali ini rasenye masih lagi berkenaan dengan isu semasa..
biasak ah...manusia kan..ape kite nampak mesti mau cerita punye...

sejak due menjak bermenjak menjak nih...
aku sering melihat sebuah akhbar yang sangat terkenal dengan berita berita sensasinya..
tapi bukan laporan sukannya membuat ia terkenal..
bukan juga laporan berita nasionalnya...
bukan juga laporan antarabangsanya..
dan bukan juga laporan politiknya membuat ia terkenal..

tetapi ia terkenal dengan laporannya mengenai keruntuhan akhlak yang berlaku di dalam negara..
bagus bagus dan bagus..
satu usaha murni untuk membuka minda manusia yg membaca..

tetapi akhir akhir ini aku merasa meluat melihat akhbar ini dan memutuskan untuk tidak lagi membelinya...

kerana laporannya yang memualkan...
tajuknya yang lebih sensasi dari isi kandungannya..
dan kerana aku merasa malu kerana akhbar itu kelihatab seperti sebuah tabloid lucah...

malu aku nak membelinya...

ape perlunya meletakkan tajuk muka depan begini...

"urut jumaat.."
"urut batin..."
"sedekah dengan wang jual badan..."

dan banyak lagi...

jika dulu peniaga ramai melariskan perniagaan dengan berjumpa bomoh dan mintak itu ini...
tapi kini aku rasa penerbit akhbar ini melariskan perniagaan dengan tajuk tajuk lucah begini..

mungkin benar sedikit sebanyak ia membantu pembaca berhati hati dengan keruntuhan akhlak ini dan mengambil berat tentang benda nih...

tapi adakalanya aku rasa..akhbar ini satu masa nanti akan menjadi agen yang menyebarkan maklumat di mana tawaran urut batin la..urut jumaat la...body to body la...ditawarkan..

niat yang asal untuk mencegah kemungkaran tapi kalau dah melampau lampau mungkin akan membuatkan ia menjadi penaik napsu dan penggalak kepada pembaca untuk mencari dan menggunakan khidmat yang bertentangan syarak ini ditawarkan

wallahua'lam..

semoga kalau ada yang membaca mendapat manfaat
dan semoga terpelihara dari perangai editor akhbar ni dan juga dari terlibat dengan orang yang menawarkan khidmat2 yg disebutkan di ata

No comments:

Post a Comment