Search This Blog

Wednesday, February 10, 2010

adakalanya terlupa..

assalamualaikum...
salam pembuka bicara..
sudah salam maka teruskan dengan bicara..haha

manusia..di dalam bahasa arab dipanggil insaan...ada orang kata asalnya dari perkataan nisyaan..yang bermakna lupe...
maka sebab itu manusia dikaitkan dengan penyakit lupa..wallahua'lam sejauh mana kebenarannya..aku tak penah check..
tapi according tu tun dr mahathir..melayu mudah lupe..maybe mamak..arab..india..cina..susah lupa..wallahua'lam..

sebagai manusia adakalanya kita terlupa...adakalanya kita sengaja menimbulkan huru hara..
kedua duanya mampu membawa kepada perpecahan...

kuliah semalam merupakan satu kuliah yang membuka minda..mencabar jiwa..dan membakar amarah...namun pertimbangan akal yang waras dan senyuman terpaksa yang dilemparkan berjaya menghalang lidah dari berkata-kata dan menambah huru hara dan perpecahan..

bermulanya kuliah tanpa sebarang taaruf...pensyarah terus memulakan bicara...
arghh banyak bunyik plak aku nih..straight to da point..

dalam kelas semalam pensyarah yang mengajar menyeru para pelajar yang sedang belajar agar bersifat mu'tadil atau bersederhana atau berada di tengah tengah dua pendapat sambil meraikan kesemua pendapat yang ada sambil menghormati si empunya pendapat...

namun pabila isu menjadi semakin hangat...nasihat yang diberikan awal tadi hanya tinggal kata kata yang tiada membawa sebarang makna...

pensyarah itu sudahnye..mule menghina dan mengata pendapat orang lain yg tidak selari dengan pendapatnya...

aik..pecite??

maka berterusan lah kuliah dalam keadaan begitu hingga ke akhirnya..

mungkin di sini lah apa yg aku maksudkan

adakalanya terlupa..adakalanya sengaja..adakalanya kita sengaja menimbulkan huru hara..

aku tidak mahu membicarakan isu yang dibincangkan semalam..kerana aku merasakan tidak terzahir lagi titik penyelesaiannya buat masa ini...

maka aku berlapang dada dan kuliah semalam merupakan kuliah yang banyak membuatkan aku beristighfar sewaktu di dalam perjalanan balik...

cume sekadar ingin menyatakan pendapat terhadap satu isu yg nampak kecil tapi amat besar nilainya...
aku sangat tidak bersetuju bila mana kata kata ini dikeluarkan..
"tiada perlunya untuk tahu martabat sesuatu hadith..ianya tidak penting..ape bende ni asyik nak dalil dalil dalil..tak payah tahu la martabat hadith hadith ni"...

tidak kira kawan,rakan,musuh,anak murid atau guru yang menyebutnya...aku tetap tidak bersetuu dengan meraka..

sekian

No comments:

Post a Comment