Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

ya memang mereka baik

bismillah
assalamualaikum..

melayari internet masuk tahun yang ke 17 ni..aku masih tidak jemu membaca ape yang dihidangkan di dalamnya...
namun akhir akhir ni..mata dan minda yang masih beroperasi ini sering dihidangkan dengan entry entry sesat yang cukup menyampah aku membacanya...
kesesatan yang aku maksudkan adalah kesesatan yang dizahirkan oleh mereka yang ego,sombong,bersangka buruk dengan orang lain dan tidak berani menerima teguran apatah lagi mengubah diri keluar dari kesesatan..

terbaca sebuah blog baru baru ini yang dimiliki oleh seorang sahabat wanita yang aku pon tak tahu sape die sebenarnya..
di dalamnya mengisahkan tentang dirinya berbaju ketat dan bertudung...dan dibandingkan dirinya dengan wanita yang berjubah berbaju kurung dan bertudung...

kemudian di akhirnya dikatakan...tidak semestinya wanita bertudung berjubah itu lebih baik dari beliau yang berbaju ketat kerana beliau masih lagi bertudung...

tidak semestinya wanita bertudung litup dan labuh itu baik budi pekertinya...

tidak semestinya wanita berjubah itu tidak seksi pakaian di dalamnya...

memang pelik bilamana pelajar peringkat universiti ini berfikiran sebegini...
rasenye bilamana kita melihat sebuah kenderaan mewah..
BMW lah katakan..sekali lihat kita akan terus kata..
"wah BMW..hebat nih"
nampak plak mercedes..
"subhanallah indah cantiknye lah kereta tu"...

maknanya kita sebagai manusia akan menghukum apa yang di depan mata kata berdasarkan zahirnya...

jadi kepada empunya blog yang merasakan dirinya lebih baik dari wanita yang bertudung labuh dan berbaju kurung atau jubah...

ingatlah satu perkara...mata yang melihat anda hanya mampu mengakses anda berdasarkan luaran anda..luaran anda mencerminkan dalaman anda...

jadi memang benar sebenarnya wanita bertudung labuh dan berjubah mahupon berbaju kurung itu adalah lebih baik dari anda...

kerana pada zahirnya pakaian mereka tidak menjolok mata berbanding pakaian anda yang masih bertudung..tetapi berpakaian ketat..seksi lagi menyeksakan..

janganlah cakap sesedap mulut dan hati perasaan kita je..
mungkin di masa akan datang kita perlu lebih berhati hati dan ingat bahawa..mata kita sama dengan mata orang lain yang melihat kita..kesemuanya hanya mampu menilai orang dari segi luarannya sahaja..

andaikata mata dapat mengakses hingga ke hati semua manusia...aku rasakan nescaya tiada masaalah untuk menbgamalkan poligami di negara islam malaysia ini ...hahahaha..

assalamualaikum

4 comments:

  1. cmne plak yg menilai diri kita melalui penulisan?sebagai contoh : pakdam2 kat alex ni haa...huhu...

    ReplyDelete
  2. luaran ah tu..penulisan tu kan sumthing yang zahir dan boleh dipandang hehe

    ReplyDelete
  3. kalau cmtu.....nk pakai tudung labuh semula....huhuhuhuhu...:(

    ReplyDelete
  4. pakai aje sesuatu yang btol btol menutup aurat...rambut..leher..jangan menampakkan bentuk dada dan belakang..settle ah..hehe

    ReplyDelete