Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

kasih ibu...

assalamualaikum

"ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..."
"who next..ur mother..who next..ur mother"

uish banyak sebenarnye lagu yang mengesahkan tentang ibu ni kan...
dari iklan susu
sampaila ke nasyid..
yang ala ala rock pon ade..

nape ek banyak sangat lagu pasal ibu nih...

bulan lepas aku menemani abang aku membawa anak sulong beliau menjalani terapi di HKL.
terapi yang dijalankan ini khas untuk kanak kanak yang mempunyai masaalah..
anak buah aku ni dr kate ada gaya autism..btol ke aku eja nih?

sesi pagi di HKL takde bende sangat nak aku kaitkan dengan entry kali ni..
tapi pada sesi petang tu...banyak perkara berlaku di depan mata aku semasa di HKL yang membuatkan aku rasa masih tidak cukup penghargaan yang diberikan kepada para ibu di dunia ini...

kisah pertama:
ketika anak sedara aku bersama bapaknya di dalam bilik rawatan...
di barisan hadapan tempat duduk aku kelihatan seorang ibu muda bersama anak lelakinya.
berdasarkan perbualan bersama orang di sebelahnya aku mendapat beberapa maklumat..
anak lelakinya berusia lima tahun dan sehingga ke hari itu anak itu tidak boleh bercakap melainkan mengeluarkan bunyik yang sama sahaja untuk segala benda...
si anak dengan ragamnya berjalan ke sana sini...
meminta biskut dan bile diberi membalingnya ke lantai..
menghirup air dan kemudian menyemburkannya ke baju ibunya...
namun si ibu masih tersenyum...dan mengeluarkan kata kata begini
"alah anak mama nih...nak nyakat mama la nih"
"alamak kotor dah biskut adik..mama bagi yang baru ye"
anaknya kelihatan normal baginya barangkali..
gembira si anak kerana tetap dicium ibunya selepas apa yang dilakukannya

namun bila si ayah tiba...
"ni yang ayah tak suka ni,nak makan makan la. buang buang ape hal plak"
"kalau ayah panggil tu pandang la.jangan sampai ayah panggil pakai tangan"
"adik nak rase sangat tangan ayah kan..meh sini ayah bagi adik rasa"

dan si anak menangis kerna dicubit...

kisah ke2:
seorang ibu berbangsa india berada di ruang menunggu bersama dua anaknya..
mungkin berumur 12-17 kedua-duanya
anak yang kecil tidak boleh bercakap dengan sempurna..
namun tangisannya kerap kali kedengaran..
dan ibu adakalanya dipukul dengan tangannya dan diherdik olehnya.

akan tetapi si abang lebih bersahaja perangainya..
peramah dan gemar berjalan ke sana sini bertanya khabar orang di sekelilingnya..

seorang wanita bertanya kepada si ibu..
"aci..anak aci kenape?"
si ibu menjawab..."dua dua pon sakit slow punya..tarak boleh pikir sangat"

"suami aci mane"

jawapannya.."biarla dia buat apa dia mau..saya mau jaga ini anak rezeki tuhan selagi saya hidup"

kisah ke3:
kelihatan seorang wanita muda berlari mengejar seorang anak kecil
tawa riang si kecil kedengaran ketika mencelah celah orang ramai dan adakalanya terlanggar mereka..
si wanita muda terus mendapatkannya dan berkata..
"oo ingat kakak tak boleh kejar ye..tangkap die."
ketika anak itu didukung dan dibawa semula menuju ke ruang menunggu...
owh anak kecil ini cacat rupanya..bukan saja mentalnya,malah fizikalnya juga.
juga sama nasibnya seperti anak kecil yang pertama..tidak boleh berkata-kata..

sedang maksunya bergurau menggeleteknya..kedengaran deringan telefon..
selepas berbual beberapa ketika
"abang kakak aku sebok ah..biar ah aku tolong jage adik aku ni..adik aku jugak kan,bukan adik orang lain"

3kisah yang berlaku di depan mata aku ini cukup untuk menjadi jawapan kepada persoalan yang timbul di benak ini...
kenapa islam memuliakan wanita...kenapa rasul s.a.w menyuruh umatnya mendahulukan ibu dari ayah mereka...

rupa rupanya..sungguh banyak pengorbanan kaum wanita terutama ibu ibu ini terhadap keluarga mereka...begitu tinggi kesabaran di dalam diri mereka..dan begitu banyak dan mudah limpahan kasih sayang mereka

pengalaman menunggu terapi sesi petang selama hampir dua jam memberi pengajaran yang banyak kepada aku...

tidak cukup rasanya kasih sayang dibalas kepada kedua ibu bapa sepanjang 25 tahun hayat aku di atas muka bumi ini..

entah siapa kan pergi dulu..aku atau mereka..tiada siapa yang tahu melainkan Allah maha pencipta..

semoga allah mengampunkan dosaku,dosa kedua ibu dan bapaku dan dosa semua umat islam di atas muka bumi ini...


2 comments:

  1. atin bila mahu cari ibu anak awak~?

    ahaks.. sayang ibu!

    ReplyDelete
  2. haha..
    calonnya dah ada..
    tapi anaknye blom ada..hahaha

    ReplyDelete