Search This Blog

Wednesday, February 24, 2010

tak tau nak letak tajuk

bismillah..

assalamualaikum..

terbukak juga blog sendiri untuk diupdate..hehe

tiada sebarang isu ingin diperkatakan..cuma sekadar bersuka hati menceritakan pengalaman..

minggu lepas terima panggilan...sahabat di UM dimasukkan ke wad...serangan stroke..alhamdulillah hanya minor sahaja...alhamdulillah juga telah doktor benarkan untuk pulang ke rumah semalam..

sempat menziarahi beliau di hospital sungai buloh...dan tolong menguruskan urusan penangguhan pengajian....
dan alhamdulillah...memang sakitnya itu satu kedukaan yang insyaallah mengampunkan dosa yang dilakukan...namun terdapat juga secebis kegembiraan bilamana bertemu..
tambahan pula..isterinya adala ustazah aku ketika sekolah rendah dahulu...walaupon tidak pernah belajar darinya secara langsung..dan sekarang dia pula berpurdah...namun aku masih teringat namanya...

itu satu cerita...

sehari sebelum itu..berita sedih yang aku terima..
datuk kepada pelajar aku di adni meningal dunia...semoga allah mengampunkan dosa dosa beliau..
walaupon tidak aku mengajar mereka...namun bagi aku mereka tetap pelajar aku..
berpeluang melakukan solat jenazah..mengiringinya ke kubur dan membantu melihat proses pengebumian)walau lebih banyak memerhati)..satu pengalaman yang baru aku terima..
adakalanya..lain tempat lain cara tanamnya..apa yang penting..jenazah ditanam dan bukan disimpan lama lama dengan alasan sayang untuk ditinggalkan berseorangan..
takziah...semoga kalian bersabar dan semoga kita mendapat iktibar dan pengajaran dalam menunggu tibanya waktu kita pula...

itu yang kedua..

malam tadi pula..
ke KLIA menghantar seorang saudara baru...
praktikal ke Korea sebulan setengah..semoga allah memelihara beliau..
sempat berbual bersama sahabatnya..
"its already one year dah..keep on asking..this guy Muslim or not..nak bagi salam ke tak"...
itu katanya pada aku setelah akhirnya die berani bertanya sendiri kepada saudara baru itu berkenaan status agamanya...
aku hanya tersenyum..dan menasihatkannya supaya memperkenalkan lagi islam kepada kawan-kawannya yang berlainan agama...
10.30 malam mereka berangkat..

itulah update terkini pengalaman aku ketika masih bernyawa...
sekian
salamzzz

Wednesday, February 10, 2010

adakalanya terlupa..

assalamualaikum...
salam pembuka bicara..
sudah salam maka teruskan dengan bicara..haha

manusia..di dalam bahasa arab dipanggil insaan...ada orang kata asalnya dari perkataan nisyaan..yang bermakna lupe...
maka sebab itu manusia dikaitkan dengan penyakit lupa..wallahua'lam sejauh mana kebenarannya..aku tak penah check..
tapi according tu tun dr mahathir..melayu mudah lupe..maybe mamak..arab..india..cina..susah lupa..wallahua'lam..

sebagai manusia adakalanya kita terlupa...adakalanya kita sengaja menimbulkan huru hara..
kedua duanya mampu membawa kepada perpecahan...

kuliah semalam merupakan satu kuliah yang membuka minda..mencabar jiwa..dan membakar amarah...namun pertimbangan akal yang waras dan senyuman terpaksa yang dilemparkan berjaya menghalang lidah dari berkata-kata dan menambah huru hara dan perpecahan..

bermulanya kuliah tanpa sebarang taaruf...pensyarah terus memulakan bicara...
arghh banyak bunyik plak aku nih..straight to da point..

dalam kelas semalam pensyarah yang mengajar menyeru para pelajar yang sedang belajar agar bersifat mu'tadil atau bersederhana atau berada di tengah tengah dua pendapat sambil meraikan kesemua pendapat yang ada sambil menghormati si empunya pendapat...

namun pabila isu menjadi semakin hangat...nasihat yang diberikan awal tadi hanya tinggal kata kata yang tiada membawa sebarang makna...

pensyarah itu sudahnye..mule menghina dan mengata pendapat orang lain yg tidak selari dengan pendapatnya...

aik..pecite??

maka berterusan lah kuliah dalam keadaan begitu hingga ke akhirnya..

mungkin di sini lah apa yg aku maksudkan

adakalanya terlupa..adakalanya sengaja..adakalanya kita sengaja menimbulkan huru hara..

aku tidak mahu membicarakan isu yang dibincangkan semalam..kerana aku merasakan tidak terzahir lagi titik penyelesaiannya buat masa ini...

maka aku berlapang dada dan kuliah semalam merupakan kuliah yang banyak membuatkan aku beristighfar sewaktu di dalam perjalanan balik...

cume sekadar ingin menyatakan pendapat terhadap satu isu yg nampak kecil tapi amat besar nilainya...
aku sangat tidak bersetuju bila mana kata kata ini dikeluarkan..
"tiada perlunya untuk tahu martabat sesuatu hadith..ianya tidak penting..ape bende ni asyik nak dalil dalil dalil..tak payah tahu la martabat hadith hadith ni"...

tidak kira kawan,rakan,musuh,anak murid atau guru yang menyebutnya...aku tetap tidak bersetuu dengan meraka..

sekian

Tuesday, February 9, 2010

5-0..tahniah zambry

assalamualaikum dan selamat pagi..

setelah beberapa lama bertarung..para hakim yang arif lagi bijaksana memberikan kemenangan 5-0 kepada zambry untuk menjadi menteri besar perak pilihan hakim..
dan kepada nizar yang merupakan menteri besar pilihan rakyat...aku pasti beliau tidak akan berhenti sekadar itu sahaja...
punye lame pikir pastu dapat 5-0..boh la 4-1 ke..3-2 ke..nampak ah sengit sket adil sket..tak la nampak sangat dramanye haha...

hari ni aku nak cerita pasal politik sebab...ni blog aku kan hehe..

semalam aku tonton telivisyen program hujjah..
ada dua orang panel dijemput untuk melayan kerenah dr.agus yang sangat sinis pandangan dan senyumannya itu...hehe..
panel yang dijemput merupakan bekas ahli pkr yang telah kembali kepada umno no no..berjawatan tinggi ketika di dalam pkr.
rase nak tergelak bila melihat reaksi mereka apabila diajukan soalan oleh dr.agus..dan kekerapan menjadi "blur" dan ilang punca yang berlaku ke atas salah seorang dari mereka aku rasa wajar dijadikan satu "kemaluan" yang amat besar..

dan berkenaan kes tuduhan meliwat saiful bukhari ke atas anwar ibrahim...
saiful telah membuat laporan polis atas ugutan bunuh yang dilakukan ke atas beliau...begitu takut sekali beliau dengan kematian...hehe..
memang la kan..sume org takut ngan kematian..tapi ada je org yang tidak takut akan kematian..para mujahidin contohnya..dalam berjuang..syahid yang mereka harapkan..
tapi bagi mereka yang masih dalam kemaksiatan,kesalahan dan kesesatan...mereka inilah org yang sentiasa berasa sangat takut akan kematian..
nasib baik tiada cara untuk mereka membuat aduan berkenaan malaikat maut yang menarik nyawa org..

p/s: untuk pengetahuan..aku telah add saiful bukhari dalam facebook dan die approve..hehe...

dan malam tadi aku tulis satu pasal UMNO no no kat wall facebook aku...
tgh dok wat asignment..ade la masuk satu email kate kawan lame kat sekolah aku komen wall aku tuh..ahaks..
aku pon bukak le..due kali berbalas komen..tros die melemparkan teguran kat aku(teguran ke)..
katenye kat facebook ni bukan tempat untuk berpolitik..nak berpolitik buat blog sendiri...
barangkali die masih baru dengan facebook dan die tak perasan facebook aku ni dah di link kan dengan blog aku yang dah lame aku wat nih haha..
aku rasa nak ulang kata kata seorang senior di mesir dulu...
golongan ini mereka semua adalah golongan yang berpemikiran politik sempit...
bukan mat rempit atau adnan sempit..tapi golongan berpemikiran politik sempit...adakalanya hujah mereka seolah olah mereka kurang berakal kerana bersepah sepah facebook berkenaan UMNO no no terdapat di dalam facebook ini...

rasa tak sabar nak tunggu pilihanraya umum lagi...dan harapannya kali ni..biarlah aku berpeluang untuk mengundi setelah terlepas peluang mengundi pada pilihanraya yang lalu....
setakat itu dulu..ingin menunaikan janji memotong pokok di depan rumah yang telah tertangguh selama dua hari...

salamzz

Wednesday, February 3, 2010

cerita lucah..

perhatian..anak-anak murid aku jangan baca..

assalamualaikum...
hangat-hangat dan hangat...kes bicara anwar ibrahim bermula...

dan aku yang tidak pernah membaca cerita cerita lucah seolah olah hampir mengetahui bagaimana cerita lucah itu dicipta...

semalam tgok berita di tv#(censored..nnti kene saman)..haha..berita melaporkan macam macam..nak masuk sebut nama mokhtar la...can i fuc* you lah..saya lihat anwar bertuala di hujung katil lah...air mani di celah bontot lah...ape lah..huh lucah..

aku tidak menyalahkan tv#..kerana memang tugas mereka merapu.memodek dan memutar belit..tanpa aku menafikan terdapat juga berita mereka yang benar dan bermanfaat..

namun aku melihat satu perkara sahaja di dalam isu anwar dituduh meliwat..dan saiful mengaku diliwat...

sama seperti kes lain seperti isu nama Allah...aku melihat ade sebuah parti Melayu memainkan peranan yang amat besar..
tujuan parti Melayu ini aku rasakan bukanlah 100% untuk memenjarakan Anwar dan menggembirakan saiful dengan kesan hitam yang dialami di duburnya...(aku pon dah nak melucah plak kat sini)..

akan tetapi..mereka juga cukup gembira dan berbangga walaupon anwar di dapati tidak bersalah kerana mereka berjaya merosakkan imej beliau di depan mata rakyat 1Malaysia.

aku rasa..bagi mereka..apa yang penting..tergerak atau terdetik walau hanya seketika di hati orang melayu terutamanya yang Islam(aku tak tau kalau yang murtad tu terasa ke tak)..

"eish..boleh percaya ke anwar ni?"
"takkan kite nak ada pemimpin macam anwar?"
"pakatan rakyat ni bahaye ni..karang abes sume diliwat"..

ini antara perang minda yang ditimbulkan oleh segolongan manusia yang takutkan perubahan di dalam negara ini..

cuma aku kagum dengan seorang pemimpin mereka ini...
dituduh main bom bom seorang awek cun..beliau rileks wat selamba je...
kagum beb camne die ade daya ketahanan mental yang tinggi.
mungkin ini yang dimaksudkan oleh sesetengah menteri di dalam negara ini yang gemar mengeluarkan kata-kata begini dalam perkara yang pelbagai..."jangan cepat melatah"..

sehingga hari ini,,macam macam org kata kat die..tapi die sikit pon tidak melatah..respectable from up and under the table lah..haha

tak sabar dengan penuh kejijikan menanti..apa lagi agaknya edisi cerita lucah yang akan disampaikan pada hari ini...

p/s: jelas kelihatan kesan hitam di dahi saiful...semoga taubat kita semua diterima wahai saiful...