Search This Blog

Wednesday, July 29, 2009

tahan dan kurung die

apesal menggelabah je tajuk entry kali ni kan..
suke aku la..ni blog aku haha..
hari ni aku tak tau ape nak buat kat opis..
keje aku dah siap..
so aku dok saje melangut..
time rehat gi library bace buku..
and kembali buhsan...
maka terbukaklah di monitor laptop aku segala jenis berita..
politik..sukan..hiburan..sume aku bukak..
peluang kerja kosong juga tidak aku abaikan..
aplyyyyyyyyyy haha..

hah jom patah balik kat tajuk entry aku nih...
tahan dan kurung die...sambung lagi..
biarkan dia terseksa..
macam binatang di zoo negara...hmm lebih teruk kot..

tajuk ni aku buat sebabnya 1 ogos ni ada himpunan mansuh ISA..
bagi mereka yang bernama ISA..
jgn risau..bukan anda yang dimaksudkan haha

aku TERbace blog blog para reformis..
terlihat akan satu dua penulisan dari seorang anak tahanan ISA..
dan Isteri seorang tahanan ISA..

sang bapa dan suami ini ditahan tanpa sebarang perbicaraan..

namun apa yang menarik minat aku bukanlah penulisan itu sendiri...
tetapi komen komen yang dilemparkan oleh para pendukung ISA terhadap penulisan sebegini rupa yang inginkan kebebasan dan pengadilan kepada tahanan ISA.

pengomen yang mengguna nama seperti..
'anak melayu'
'pendukung ISA'
dan sebagainya giat memberikan hujah hujah yang berunsur carutan,cacian,makian dan biadab lagi tidak beradab terhadap para pejuang ini..

dan mereka melibatkan pula bangsa lain di negara ini di mana bangsa lain turut dicaci dan dimaki..

dan seperti biasa...
pimpinan UMNO dan BN dipuji akhirnya..

hmm ok la kot..kalo kite marah die maybe die kate..
'aku komen seimbang..ada maki ada puji"

dahulu aku pelik dengan perangai pendukung ISA,UMNO dan BN ini...
tetapi kini aku tak pelik lagi...
sebab rupa rupanya memang perangai die gini..

setiap kali aku membaca komen sebegini rupa..
aku hanya mendoakan dua perkara..
semoga puak puak ini bertaubat..
ataupon semoga mereka masuk ISA dan disebat-sebat..
sekali tetibe mati tak sempat nak taubat..
alamak..tak terkira sakitnya badan bile kene libas ngan malaikat..

ape pon...
aku tetap menyokong gerakan mansuh ISA..
dan semoga himpunan aman sabtu ini membuka sudut pandang orang UMNO dan BN untuk sedar akan kezaliman pemimpin mereka..
aku mencadangkan agar mereka belajar dan mencari maklumat tentang lensa kamera..
supaya mereka boleh menjadikan mata dan minda mereka seperti lensa yang mampu menangkap gambar dalam ruang lingkup yang lebih besar dari kamera biasa..

berfikirlah di luar kotak..(aku menyokong bahasa melayu..so pepandai ah pikir ape bahasa inggeris die haha)

kalo lah ramai yang bace blog aku pasnih..mau ramai yang menyokong UMNO dan BN nak hentam aku kat sini..

tapi ape aku kesah..
ini blog aku yang punya...hahahah
silekan silekan

salamzzz

2 comments:

  1. aku ingat nak keje jadi PM ah bila dah grad nanti...

    ReplyDelete
  2. mase tu..kite kawan baik kan kan kan hehe

    ReplyDelete